Tuesday, July 03, 2007

Ramai remaja perokok tegar !!!!

Dewan diberitahu pada hari ini bahawa , 24 peratus daripada 3.1 juta perokok tegar di kalangan rakyat Malaysia adalah remaja termasuk pelajar sekolah rendah.Perangkaan itu didedahkan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon ketika membentangkan maklumat terkini sempena Program Jom-Tak Nak Merokok peringkat kebangsaan yang dilancarkan 16 Jun lalu.
"Kita sangat dukacita dengan jumlah perokok tegar terutama di kalangan remaja terutama mereka terbabit sejak usia yang tidak sepatutnya. Ia memberi gambaran masa depan menakutkan."Apa yang lebih menyedihkan apabila ribuan orang tidak merokok turut maut setiap tahun akibat terhidu asap rokok yang mewujudkan pelbagai penyakit kronik," katanya, di lobi Parlimen, semalam.
Kempen Jom-Tak Nak Merokok itu adalah susulan program amalkan Cara Hidup Sihat dilancarkan kerajaan pada 2005. Lee berkata, kementerian melancarkan Program Jom-Tak Nak Merokok bagi mewujudkan masyarakat dan persekitaran bebas merokok.
"Ia bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya merokok, di samping menggalakkan perokok berhenti merokok. Program ini juga menggalakkan remaja supaya tidak memulakan tabiat merokok," katanya.
"Kementerian Kesihatan akan memperhebat serbuan di kawasan persinggahan remaja seperti kompleks membeli-belah untuk penguatkuasaan."Kita juga akan ke sekolah seluruh negara untuk mengadakan ceramah dan pergi ke bilik darjah untuk memeriksa pelajar dan beg mereka untuk mengesan jika mereka membawa rokok,” katanya.
Beliau berkata, Peraturan Pengawalan Produk Tembakau yang diwartakan baru-baru ini juga akan memastikan remaja berusia kurang 18 tahun yang ditangkap mengunyah, menghisap atau membeli tembakau atau rokok boleh didenda RM1,000.
Kesimpulannya, rata-rata rakyat yang bakal memimpin genarasi akan datang adalah dikalangan mereka yang 'ketagih candu', Kesannya boleh dijangkakan dan kecenderungan-kecenderungan bakal pencinta candu ini mencorakkan negara. Bagaimana bandingan mereka jika mereka yang begini bertanggungjawab mempertahankan negara, bagaimana pencinta candu ini dalam bidang sukan, sejauh manakah mereka dapat dan berjaya harumkan nama negara.

No comments: