Tuesday, July 03, 2007

Kelesuan pemimpin berfikir dan akibatnya ?

Dikacamata Malaysia seolah-olah semua terkawal dan Singapura bawah kawalan dengan isu berbangkit WPI. Situasi terkawal dan bawah kawalan inilah alan berulang peristiwa 1965 sehingga Singapura dipisahkan daripada tanah besar Malaysia. Situasi terkawallah juga bagai dijanjikan akan dilantik seorang presiden Singapura di kalangan orang Melayu. Kini semua sudah terjawab dan masing-masing rakyat ada jawabannya.
Maka berkokoklah Syed Hamid, kokokan sama oleh pembuat dasar dan penyokong dasar ini, saban hari , telahan rakyat ,jangkaan para penganalisa, ahli ekonomi dan pemikir strategik yang berlainan aliran tidak mahu dijengah, hatta dibaca pun.
Inilah sikap bebal para pemimpin kita, jika para pelajar telah dideahkan dengan pelbagai aspek ilmu dan kaedah pendidikan, salah satunya dalah kajian masa depan (KMD). Namun bagi pemimpin dahlah malas berfikir, cuma rajin mengenyangkan tembolok masing-masing, mereka malas mahu fikir apa akan jadi 30 ke 50 tahun akan datang kepada generasi akan datang.
Singapura perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan Malaysia selain tidak boleh menetapkan apa yang mereka kehendaki jika ingin melabur mengambil bahagian dalam pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).Sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata tidak timbul dakwaan yang mengatakan negara itu menekan Malaysia dalam perbincangan mengenai WPI kerana republik itu mengetahui dengan jelas berhubung pembabitannya dalam WPI."Memang kadang kala Singapura terperanjat dalam perbincangan pelbagai isu semasa yang berlaku di Malaysia tetapi ia berpunca daripada perbezaan persekitaran politik dengan kita."Saya tidak fikir Singapura hendak memperkecilkan kemampuan kita kerana ia akan membawa kesan negatif. Kita berkongsi pandangan dengan Singapura bahawa lebih baik bekerjasama untuk manfaat bersama," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ronald Kiandee (BN-Beluran) di Dewan Rakyat, semalam.Ronald mempersoalkan tindakan Malaysia yang dilihat sering beralah kepada Singapura dalam perbincangan mengenai WPI. Malah, beliau mahu penjelasan sama ada perbalahan itu berpunca pembangunan WPI yang cuba dieksploitasikan Singapura untuk manfaat ekonomi mereka.Syed Hamid berkata, Singapura sedar adalah tidak menguntungkan republik itu untuk bersaing secara negatif dan mereka mengiktiraf kedudukan Malaysia untuk bergerak dan maju secara bersendirian sebagai negara merdeka dan berdaulat.Menjawab soalan asal Ronald mengenai hasil pertemuan tidak rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Perdana Menteri Singapura, baru-baru ini, beliau berkata: “Pertemuan itu secara asasnya adalah untuk mencari jalan untuk memperkukuhkan semula perhubungan dua hala selepas kegagalan rundingan pelbagai perkara tertangguh tahun lalu dan ia adalah permulaan baru yang baik kepada kedua-dua negara.”Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) mengenai kenyataan Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew berhubung Umno Johor yang tidak mengalu-alukan penyertaan pelabur Singapura dalam WPI, beliau berkata, ia bukan pandangan rasmi Singapura.

No comments: