Sunday, July 08, 2007

Bernas dipanggil konon-kononya . Kerajaan yang perihatin dan sentiasa memikirkan masalah rakyat mahu penjelasan kenapa harga beras naik mendadak. Utusan dilaporkan melaporkan perkara ini.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan perjumpaan khas dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) esok berhubung pengumuman mendadak kenaikan harga beras oleh syarikat itu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr. Zulkifli Idris memanggil pihak pengurusan Bernas untuk menjelaskan asas kenaikan harga beras import berkenaan.

Beliau berkata, sebarang kenaikan harga sepatutnya dibincangkan dengan kementerian kerana komoditi itu adalah keperluan asas rakyat dan sebarang kenaikan harga akan memberikan implikasi kepada pengguna.

“Pada pandangan saya tidak boleh buat begitu mesti ada perbincangan dengan kementerian walaupun (kenaikan harga melibatkan) beras import dan bukan beras yang dikawal di bawah Akta Kawalan Harga,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Tan Sri Muhyiddin Golf Challenge 2007 di Kelab Golf Negara Subang (KGNS), dekat sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Bernas menaikkan harga borong beras putih, beras wangi, beras basmati dan beras pulut kerana alasan kenaikan harga beras di pasaran dunia serta kenaikan kos pengendalian.

Kenaikan harga beras di peringkat pemborongan itu berkuat kuasa 1 Julai lepas membabitkan antara 5 sen dan 10 sen sekilogram bagi beras putih, beras wangi dan beras basmati, manakala 20 sen bagi beras pulut.

Bernas dalam kenyataan Khamis lalu berkata, kenaikan pelbagai gred beras itu tidak menjejaskan kawalan harga pengguna bagi beras tempatan dengan kandungan hancur 15 peratus yang ditetapkan kerajaan membabitkan harga antara RM1.65 dan RM1.80 sekilogram.
Muhyiddin berkata, perbincangan khas esok akan membincangkan langkah-langkah yang sewajarnya diambil supaya Bernas, selaku pengimport beras tunggal di negara ini, tidak menaikkan harga tanpa berbincang dengan kerajaan.

“Soal kenaikan harga perlu ada kata sepakat. Adakah kenaikan ini munasabah dan kalau boleh tangguh lebih baik tangguh,” katanya.

No comments: