Bocor lagi -- Tuala wanita punca air kumbahan melimpah di kafeteria HSAH
Maka berbunyilah pengarah hospital yang hospitalnya bernilai RM468 juta dengan harga tuala wanita sekadar RM2 satu dalam menjadikan punca masalah. Justeru keluh dan kecewalah beliau atas sikap , tidak berhemahnya pengguna tandas khasnya yang bergelar wanita dalam mempuncakan kepada berlaku lelhan sisa kumbahan di Sg Petani.
Kita nak tanya menteri pelajaran , ini apa bentuk deraan da... yang dibuat oleh kaum wanita kat sungai petani kepada keseleuruhan doktor dan jururawat di HSAH di situ
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini yang berharga RM468 juta sekali lagi mengalami kebocoran paip pada silingnya menyebabkan sebahagian ruang kafeteria hospital itu dilimpahi air sisa kumbahan.
Kejadian paip bocor hari ini adalah yang kelima sejak HSAH memulakan operasi Disember lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi ini, sebahagian besar pengunjung kafeteria terpaksa menikmati sarapan pagi dalam keadaan kurang selesa dan ada antara mereka beredar ke tempat lain.
Pengarah HSAH, Dr. Hariff Fadzilah Hashim berkata, siasatan awal mendapati kebocoran paip di kafeteria itu berpunca daripada sikap orang ramai membuang lampin pakai buang ke dalam mangkuk tandas.
“Apabila lampin itu dibuang, ia menyebabkan tandas tersumbat sehingga mengakibatkan paip bocor dan sisa kumbahan meleleh ke lantai kafeteria,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.
Beliau kesal dengan sikap orang ramai itu kerana pihak hospital telah menyediakan tong sampah di dalam bilik air bagi mengelakkan lampin atau tuala wanita dibuang ke dalam mangkuk tandas, namun kejadian tersebut terus berlaku.
“Kejadian siling bocor itu berulang lagi kerana kurang kesedaran di kalangan pengunjung hospital mengenai fungsi sebenar tandas,’’ kata Dr. Hariff Fadzilah.
Pada 11 Jun lalu, sebahagian ruang kafeteria hospital itu juga dilimpahi air sisa kumbahan akibat kebocoran paip pada silingnya.
Kejadian yang sama pernah berlaku pada 18 Disember tahun lepas, penghujung Februari lalu dan pada 14 Mac.
Menurut Dr. Hariff Fadzilah, dalam kejadian hari ini pihaknya terpaksa bertindak menutup sementara kafeteria hospital itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
“Kafeteria itu hanya dibuka semula kira-kira pukul 12 tengah hari,’’ jelasnya.
Beliau berkata, HSAH masih diletakkan di bawah tanggungjawab kontraktor utama iaitu TH Universal Builders Sdn. Bhd. dan Bina Darul Aman Berhad (THUB-BDAB) sehingga Ogos tahun depan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Masyarakat Siam Kedah, Datuk Fong Chok Gin ketika dihubungi malam ini berkata, kerajaan negeri memandang serius kejadian kebocoran paip di hospital itu.
Sambil melahirkan rasa kesal, beliau menegaskan, kes itu tidak akan berlaku sekiranya para pengunjung hospital lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah sarap ke dalam mangkuk tandas.
“Saya minta orang ramai terutama pengunjung hospital bersama-sama menjaga harta benda awam supaya ia tidak mencetuskan masalah lagi pada masa akan datang,’’ ujarnya.
Menurut Chok Gin, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya dan kontraktor utama bangunan HSAH iaitu THUB-BDAB menyediakan laporan lengkap berhubung kejadian itu.
“Pada masa yang sama, kita juga mahu mereka menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan mengemukakan cadangan bagi membendung kejadian itu daripada berulang,’’ katanya.
Mak letaklah apa benda kontaroktor terbaik ke? kontraktor tercekap ke , maka kalau sikap macam yang ditunjukkan sejak bangku sekolah di SMK Bawan Assam jika dijadikan contoh tak ke mana, Justeru didikan kena di mulakan.
Maka abah bersetujulah dengan pandangan bekas Penagarah Pelajaran Dato Murad Mohd Noor , dalam Buliten TV3 kelmarin, dia sanggah Dato Hishamuddin menteri Pelajaran katanya pelajar-pelajar masa kini terlalu di manjakan.. maka inilah jadinya.
Dato menteri pelajaran kena bermindakan minda kelas pertama lah
No comments:
Post a Comment