Wednesday, June 06, 2007

PM bernikah Sabtu ini


Selamat Berbahagia Pak Lah.....

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinannya dengan Jeanne Abdullah pada Sabtu ini.
Menurut kenyataan daripada pejabatnya hari ini, majlis akad nikah akan di langsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana dalam satu majlis tertutup yang akan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Abdullah kehilangan isterinya Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood pada Oktober 2005 kerana barah payu dara.
Jeanne, 53, mempunyai dua anak daripada perkahwinan sebelumnya, Nadiah dan Nadene.
Beliau dilahirkan pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.
Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan dan pernah bertugas dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di negara ini, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific.
Jeanne juga pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana

No comments: