Friday, June 08, 2007

Latah Seorang Menteri Terhina Bangsa !!!!!!

Dalam 'suasana' bersemangat bangat kot Menteri Penerangan melatah, latahan itu bukan lathan biasa, latahan bakal mensejarahkan latahan itu sendiri. pengakuan dan perakuan mebangsakan bangsa Melayu itu sebagai 'lanun'.
Ikutilah laporan di bawah................
Suatu pernyataan yang boleh dianggap menghina orang Melayu telah terkeluar daripada mulut Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin apabila memperakui rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu sebagai lanun seperti mana yang pernah dilemparkan oleh penjajah. Ketika berucap meraikan sambutan kepulangan rombongan ekspedisi Merdeka de' Everest di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini, Zainuddin dalam nada ghairah dan bersemangat berkata hari ini lanun sudah berjaya menawan Everest. "Penjajah telah menggelarkan kita sebagai lanun, tetapi hari ini lanun sudah berjaya mencapai puncak Everest," katanya.Istilah yang diguna pakai oleh Zainuddin itu benar-benar mengejutkan kira-kira lebih 200 yang hadir termasuk ibubapa dan keluarga pendaki dan masing-masing terdiam sejenak dan menoleh antara satu sama lain seolah tidak percaya perkataan itu terkeluar daripada seorang menteri. Zainuddin sepatutnya tidak menggunakan konotasi berkenaan dalam saat-saat semua orang Melayu dan bangsa Malaysia bergembira dan bersyukur atas kejayaan anak Melayu sampai ke puncak gunung tertinggi di dunia itu. "Kenapa dia (Zainuddin) kata lanun, lanunkah kita ini?" demikian soal salah seorang hadirin yang begitu kurang senang sekali dengan istilah dan perkataan yang diguna pakai oleh Zainuddin Maidin.Beberapa orang hadirin juga tidak bersetuju dan mendesak supaya menteri berkenaan menarik balik perkataan lanun itu kerana ia merendahkan martabat dan maruah orang Melayu.Mungkin Zainuddin tidak bermaksud untuk mengatakan orang Melayu atau rakyat Malaysia umumnya sebagai lanun, tetapi cara beliau menggunapakai perkataan itu dalam suasana tersebut telah menjatuhkan martabat orang Melayu. "Istilah yang digunapakai Zainuddin itu seakan tidak menghargai langsung para pendaki kita yang berkorban nyawa untuk mencatat sejarah dalam dunia pendakian Everest," ujar salah seorang keluarga pendaki. "Lanun adalah satu puak yang hidup di lautan dan menjaga survival mereka dengan cara merompak dan membunuh! Apakah kita bangsa ataupun kumpulan yang seburuk itu perangainya," tambahnya lagi.Rombongan ekspedisi Merdeka de' Everest termasuk enam pendaki tiba kira-kira jam 6.30 pagi tadi dengan pesawat Nepal Air. Bagaimanapun mereka keluar dari balai ketibaan kira-kira jam, 9.15 pagi semata-mata kerana menunggu kehadiran dua menteri, Menteri Penerangan dan Menteri Belia dan Sukan, Azalina Othman Said yang tiba jam 9.10 pagi.Selain kaum keluarga pendaki kakitangan RTM, pelajar UiTM turut sama datang untuk mengalu-alukan ketibaan mereka. Bagaimana pun tidak ada wakil-wakil daripada Pemuda Umno, Puteri Umno, Putera Umno, GPMS dan apa-apa pertubuhan NGO yang hadir menyambut kepulangan rombongan berkenaan.

No comments: