Sunday, June 10, 2007

Kaya negara...'kayakan' kita ?

Selepas datuk dan nenek kita berjuang bersusahpayah bagi memartabatkan negara dan bangsa, perjuangan membebaskan negara daripada cengkaman penjajah bermula 1511 sehinggalah merdeka 1957 iaitu 450 tahun. maka selepas itu kita berjaya dilepasbebas daripada belenggu penjajahan Barat secara fizikal. Terima kasih datuk nenek ku...

Mengimbau , tujuan datuk nenek kita berjuang adalah tentulah mahukan antara lain agar anak bangsa cucu cicitnya senang dikemudian hari. Maka rakyat dan negara kita akan makmur semakmurnya. Kerana sifirnya mudah kerana diperintah sendiri. Mudahnya itu disebabkan pemimpin negara tentulah kita sendiri iaitu anak bangsa daripada asal usul bahasa budaya semua nya sama akan memberikan sesuatu yang terbaik apabila memerintah bangsa dan negara sendiri.

Justeru kewajarannya kita harus berterima kasih kepada mereka. Generasi rakyat negara kini tentulah 'bangga' menjadi rakyat negara ini kerana mereka terkelompok dalam sebuah negara dimana kita adalah antara negara yang kaya hasil mahsulnya tentulah dimajukan rakyat negara ini. Allah campakkan kita rakyat Malaysia dalam sebuah negara kaya raya hasil buminya. Yang mana tentulah menyenangkan rakyatnya, berbanding dengan negara2 sewaktu atau setetangga serantau yang 'perit' dan berkepayahan.

Namun, andaian kaya raya senang lenang rakyatnya ternyata pada hakikatnya meleset sama sekali. Sebaliknya rakyat dijurangkan 'lebih' miskin kaya , kerana miskin datang dulu kerana jumlahnya ramai, maka kayanya itu amat sedikit. Walaupun kita mengatakan takkanlah semua manusia kaya, jawapannya setidak-tidaknya kesamarataan kekayaan negara dirasai 'senang' bersama rakyatnya, contohi Brunei dalam mengolah dan melayan kebajikan rakyatnya. Biarlah kita dilihat sebagai negara berkebajikan, kerana itulah suri teladan junjungan besar mahu kita contohi.

No comments: