Friday, June 15, 2007

Kalutnya DBKL dengan bah !!!!!


DBKL berjaga 24 jam hadapi bah baru............. berita terbaru. Ini adalah gambaran kalutnya, macam mana orang - orang bijak pandai mengurus negara. Dahulunya mereka mentertawakan orang lain, meng'eleh' kan sahaja bila Kelantan ditimpa banjir.


Kini , banjir yang dielehkan oleh mereka benar-benar, mengusarkan mereka buka sedikit gusarnya. Sebaliknya orang yang digusarkan oleh mereka menjadi tidak gusar. Maka sekarang ini kecut perutlah pulak ibubapa yang berada di kampung2 , memikirkan anak2 mereka yang hebat2 , berjawatan besar di KL akan menerima 'bala' banjir lebih besar daripada emak ibu ayah di kampung yang jauh lebih mundur daripada maju itu. Atuk2, wan2, nenek, opah2, kini risau akan cucu2 mereka yang tinggal di KL lebih daripada mereka yang tinggal kat kampung.



Justeru kita jangan sombong lah dengan pencipta bumi ni...................................... Lihat laporan di bawah ini


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mewujudkan pasukan gerakan khas yang beroperasi 24 jam untuk menghadapi kemungkinan banjir di Lembah Klang, sebagai persediaan sebelum terowong pelbagai guna SMART siap dalam masa dua minggu lagi.



Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab Hakim Borhan berkata pasukan gerakan khas itu akan bertindak serta-merta untuk membantu memindahkan mangsa dan barang berharga terutamanya di kawasan yang sering dilanda banjir seperti Jalan Masjid India dan Kampung Baru.



"Kita akan pantau apa saja yang berlaku, sebarang perkembangan yang berisiko kita akan umumkan serta-merta.



"Sebarang kenaikan paras air dan ramalan hujan lebat, kita akan ambil kira dan umumkan secepat mungkin," katanya selepas merasmikan Pameran Hartanah Bumiputera 2007 di sini hari ini.



Katanya kejadian banjir kilat yang berlaku pada 3 dan 10 Jun lepas di luar kawalan DBKL memandangkan pihaknya telah membuat persiapan termasuk mendalamkan longkang dan sungai di sekitar bandar raya.



"Kalau ikut jangkaan kita, sungai-sungai dan sistem perparitan yang kita ada memang dah cukup untuk atasi banjir dalam masa terdekat. Jadi pada kita banjir yang berlaku memang luar biasa, dalam masa dua jam sahaja habis banjir," katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu.



Dalam perkembangan lain, Ab Hakim berkata DBKL baru-baru ini telah mewujudkan pusat pameran kekal untuk pemaju mempromosikan unit hartanah mereka di lobi Wisma DBKL di Jalan Raja Laut di sini.



Katanya lagi, lobi pameran itu disediakan untuk menyebarkan maklumat kepada bakal pembeli yang ingin mendapatkan hartanah di sekitar Kuala Lumpur.Tambahnya, pemaju hartanah yang terlibat boleh membuat pameran secara percuma dengan meminta kebenaran daripada DBKL terlebih dahulu.



Sementara itu, Pameran Hartanah Bumiputera 2007 yang diadakan hari ini bertujuan memberi peluang kepada golongan Bumiputera untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai pelaburan hartanah atau mencari tempat kediaman di sekitar Kuala Lumpur.Sebanyak 62 pemaju mengambil bahagian pada pameran itu yang menawarkan lebih 4,000 unit hartanah bernilai keseluruhan RM1.4 bilion. Harga lot yang ditawarkan bermula dari RM134,000 hingga RM2 juta.



Enam pembiaya kewangan turut membuka kaunter penerangan dan pinjaman untuk membantu sesiapa yang berminat. Pembiayaan kewangan tersebut terdiri daripada Bank Muamalat, HSBC Bank, MBSB, Bank Kerjasama Rakyat, Affin Islamic Bank Berhad dan United Overseas Bank (UOB).



Lot hartanah yang ditawarkan adalah di sekitar Cheras, Segambut, Bukit Jalil, Gombak, Sri Hartamas dan Mont Kiara. BERNAMA

No comments: