Saturday, June 16, 2007

Haramkan duit sendiri, atau haram hulur kat rakyat kot ?

Ada orang miskin anggap bantuan kerajaan haram. Betul bila mana wang judi yang diterima oleh mereka. Atau wang anak yatim.

Orang kita, Melayu jarang sangat duit yang kerajaan bagi dia orang cakap haram. Tak usah kata wang , baja , ayam, lembu, kerbau, mesin jahit, kain batik semua dia orang ambik oi....
Mana manusia kat Terengganu yang 'haram'kan duit Wahid Rasol.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Negeri, Datuk Rosol Wahid mendedahkan terdapat golongan miskin di negeri ini yang termakan hasutan pembangkang sehingga enggan menerima bantuan kerajaan atas alasan ia wang haram.

Katanya, paling menyedihkan apabila kerajaan negeri berusaha memujuk mereka untuk menerima bantuan tetapi mereka tetap enggan menerimanya.

“Mereka kata sumber wang kerajaan haram dan kerana itu mereka tidak mahu menerimanya dan keadaan ini sebenarnya sudah lama berlaku dalam masyarakat di Terengganu.
“Saya sedih bila golongan miskin yang jadi mangsa kerana terpedaya dengan hasutan sedangkan ramai pemimpin pembangkang dan penyokongnya menerima gaji daripada wang kerajaan,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Kebajikan Negeri di sini petang semalam.

Rosol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil berkata, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan besar setiap tahun bagi melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan di kalangan rakyat.

Menurut beliau, rakyat Terengganu sangat bertuah kerana bukan sahaja menerima bantuan kebajikan bulanan tertinggi di negara ini iaitu RM450 sebulan tetapi juga bantuan tambahan sebanyak RM2,000 setahun yang disumbangkan syarikat Ladang Rakyat Terengganu.“Sebanyak 500 keluarga yang mempunyai anak ramai di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri akan menerima sumbangan Ladang Rakyat Terengganu yang akan dibayar sebanyak empat kali setahun.

“Walaupun ada yang telah menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi jika mereka layak, bantuan Ladang Rakyat Terengganu itu juga diberikan kepada mereka,” katanya. Rosol berkata, kerajaan negeri juga telah menyediakan RM30 juta setahun bagi membina 2,000 buah rumah di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) selain membaiki rumah-rumah orang miskin yang rosak.

Bantuan itu katanya, diberikan secara berterusan dan sehingga kini Terengganu boleh dikatakan bebas daripada masalah kemiskinan.‘‘Saya sedih kerana masih terdapat pemimpin pembangkang yang menafikan usaha kerajaan dan menyebarkan fitnah kononnya menerima wang kerajaan sebagai haram.“Keadaan itu telah menyebabkan orang yang miskin akan terus hidup dalam kemiskinan dan pada masa yang sama pemimpin yang membuat fitnah itu tidak pernah mempertikaikan wang kerajaan yang mereka terima,” katanya.

Sehubungan itu, Rosol mengajak rakyat agar terus menolak golongan yang berfikiran jumud dalam soal membasmi kemiskinan bagi memastikan masa depan rakyat di negeri ini terus terbela.
Hak tanah kat Kg Bujal dan banyak tempat lain, Wahid tak bangkit, kerajaan yang ada haram tak bagi pun. Yang dah dibagi mereka haramkan pulokk... Wahid mu jangan dok jadi pelawak kat pilihanraye ni.

No comments: