Tuesday, June 12, 2007

Antara SMART dan SJER !!!!

Menyorot dan memetik tulisan mazwandi" dalam Tranungkite yang tajam pemerhatian terhadap berita-berita yang disiarkan atau ke udara dalam media elektronik adalah cukup hebat dan bagus.
Kata beliausemalam, saya telah menonton filem Buletin Utama TV3 yang bermula jam 8 malam. Seperti luar biasa, filem Buletin Utama TV3 itu telah cuba untuk menayangkan filem sensasi bertajuk, KL banjir lagi dimana sehingga tahap teruknya banjir di KL ini menyebabkan hero utama filem ini mesti turun ke padang permainan.Skrip yang menjadi hero pada sesi filem ini adalah Perdana Menteri (PM) Malaysia, iaitu Dato Seri Abdullah Ahmad sendiri, dimana beliau perlu hadir ke kawasan kem utama yang mentadbir Kuala Lumpur, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Maka filem Buletin Utama TV3 ini pun dipertontonkanlah kepada rakyat Malaysia yang menontonnya dengan kadar percuma, kecualilah jika rakyat Malaysia itu menonton melalui ASTRO. Dengan gaya dan dipergayakan kepada penonton seperti PM Malaysia adalah seorang yang amat prihatin dan dalam keadaan marah yang boleh dikawal, maka pihak pembikin filem Buletin Utama TV3 seperti telah berjaya membawakan watak hero PM kita seperti orang yang selayaknya memimpin negara Malaysia yang kecil ini.Maka ditunjukkan juga, ahli-ahli yang dipertanggung jawab kepada negeri Kuala Lumpur dan DBKL seperti terketar-ketar dan takut-takut tahi ayam semacam telah melakukan kesalahan yang amat besar kepada umat yang menduduki Kuala Lumpur akibat banjir yang ajaib itu.Setelah diperturun dan dipertontonkan kepada rakyat Malaysia tentang kehebatan hero PM Malaysia, maka terkeluar pula skrip dimana PM kita bertanya bilakah projek SMART akan beroperasi dengan lagaknya. Maka dijawab dengan profesional tukang jawab yang tidak dilihatkan mukanya dengan jawapan bulan depan (atau Ogos) dan itu memang adalah mengikut jadualnya. Maka dengan tidak semena-mena, hero PM Malaysia mendesak agar projek itu disegerakan.Maka dengan tidak semena-mena, saya pun senyum sinis sehingga ke tahap hendak mengeluarkan gelak yang amat besar kepada skrip filem Buletin Utama TV3 yang pada mulanya hendak membuat filem mengampu, tiba-tiba menjadi filem skrip komedi. Masakan tidak, PM Malaysia yang sepatutnya mentadbir Malaysia, yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Malaysia, tidak tahu setarang baghoh bilakah projek mega negara Malaysia SMART hendak mula beroperasi.PM Malaysia tidak tahu menahu apakah projek yang sedang dibuat oleh pihak pentadbir Kuala Lumpur DBKL untuk mengatasi banjir, PM Malaysia tidak tahu bilakah projek mega SMART hendak siap dan mula beroperasi, PM Malaysia hanya sekadar kata cepatkan siap projek yang mengikut jadual dimana siapnya bulan depan. Tidakkah rakyat Malaysia perlu membuat sesuatu agar PM Malaysia ini dipecat awalkan. PM Malaysia yang tidak melakukan kerja memang sepatutnya dipecat awalkan. Pemimpin yang kurang cerdik perlu dipecat awalkan kerana jika dikekalkan pemimpin seperti ini, maka rakyat Johor yang tidak bersalah kepada UMNO akan hilang tanah diberi kepada pihak musuh yang kekal abadi Singapura. Perlu diberi perhatian, bukan rakyat Malaysia yang memilih beliau menjadi perdana menteri Malaysia, tetapi beliau menjadi PM atas tiket beliau menjadi Presiden UMNO.Maka dengan itu, perlulah diingat bahawa, angan-angan untuk menjadi PM kepada seluruh rakyat Malaysia perlulah dihapuskan, sepatutnya setiap individu rakyat Malaysia perlu ada rasa takut untuk menjadi PM, bukannya berebut-rebut, kerana jawatan PM adalah tanggungjawab, bukan tangga untuk menjadi kaya cepat.
Justeru, kita memang tidak harapkan negara berkepimpinan seperti pemimpin itu, jelas projek besar dan mega seantero Malaya ini maka pembuat dasar sendiri tidak tahu jelas pak ... ke bangsatnya. Jangan PM kita jadi kerajaan Pandir, SJER (WPI) satu-satu cadangan dan realiti yang lebuh bahaya daripada tebatan banjir di KL. Hok itu dia ingat kot

No comments: