Sunday, May 13, 2007

MInda MERDEKA..Universiti Peking tolak jubah graduan gaya barat


Universiti Peking, sebuah daripada universiti tertua di China dan sebuah institusi yang berprestij, sedang mencari rekaan tradisional China untuk menggantikan jubah graduan gaya Barat yang dipakai semasa upacara penyampaian ijazah.Universiti yang ditubuhkan pada 1898 itu minggu ini melancarkan satu pertandingan rekaan jubah yang terbuka kepada para pelajar dan kakitangan akademik universiti berkenaan dan rekaan yang disenarai pendek akan dipamerkan pada majlis konvokesyen tahun ini yang akan diadakan pada 3 Julai."Ia adalah satu inovasi kerana para pelajar daripada semua kolej di China pada hari ini semuanya menggunakan jubah gaya Barat yang sama. Ia juga sebahagian daripada usaha kita untuk menggalakkan budaya dan tradisi diamalkan di kampus," Lu Peng, seorang pegawai Liga Komuniti Belia di universiti itu dipetik sebagai berkata oleh akhbar China Daily.Jubah gaya Barat itu telah dipromosikan sebagai pakaian standard pada 1994. Bagaimanapun, pemakaiannya tidak diwajibkan."Kenapa perlu seorang pelajar China memakai jubah Barat semasa menerima ijazah mereka?" soal Sui Yue, seorang pelajar dan presiden Persatuan Kostum dan Kebudayaan untuk Komunikasi Universiti Peking.Beliau berkata para pelajar lebih suka untuk memakai "hanfu" pakaian tradisional kumpulan majoriti Han di China sebelum abad ke-17, yang mempunyai lengan yang lebar, jubah berlapis dan jalur kolar bersilang.

No comments: