Saturday, May 19, 2007

Kikis sifat BOSAN dalam diri

Apabila orang menulis mulai bosan, penulis terbaca seorang blogger 'bosan' menulis kerana katanya wblog2 asyik2 pi mai pi mai cerita , kitar dan ulang benda2 yang sama. Tidak ada satu 'pergerakan' secara besar-besar ke arah berubah , malah jauh sekali untuk 'merubah' apa yang dipaparkan.
Ringkasnya, beliau mahukan satu kali lagi 'gelombang' reformasi terhadap apa yang mahu direfomasikan. Beliau sudah 'bosan' dan penat. Yang tersirat beliau rasa buang masa dan sia-sia. Saudara bloggers untuk dapatkan sagu perlukan usaha bagi memecahkan ruyungnya. JIka ruyungnya mudah maka mudah lah dapat sagunya, jika payah kenalah usaha dan usaha. Perjuangan dalam apa2 bidang tidak lah semudah sifir jawapannya ada dan tepat dan tersedia pulak, contohnya 2 x 2 bersamaan 4.
Hari ini, penulis secara tidak sengaja ke majlis sukaneka anjuran pejabat isteri. Tujuan penulis adalah mahu menjemput anak penulis yang kecil sekali kerana muntah2 dan demam katanya. Kebetulan penulis keluar awal daripada rumah kerana ada urusan yang perlu di selesaikan.
Dipendekkan cerita, penulis sampai , ahli2 yang terlibat bersungguh2 jalankan tugas dan tanggungjawab masing2. Ibubapa yang bawa anak, orang muda yang separuh sihat , dan tidak ketinggalan bapa2 yang sihat duduk2 sambil melihat gelagat manusia.
Maka penulis berjalan, mencari tempat yang sesuai kebetulan ada banyak kerusi kosong dan terpandang penulis dengan dua orang lelaki yang sebaya dengan penulis lagakknya. Maka penulis mengambil keputusan untuk melabuhkan punggung di situ, selepas selesai bersalam, senyum bertanya khabar maka penulis dan dua lelaki tadi berbual2 kosong. Semasa kami sedang bebrual lari seorang budak minta kepada ayahnya mahukan roti canai.
Justeru, sepontan sahaja penulis terus beralih bertanya kepada dua lelaki asama ada roti canai sudah naik atau tidak. lelaki pertama kata dia tak tahu kerana alasannya dia tidak pernah makan roti canai dan tidak berminat langsung dengan apa yang penulis tanyakan. lelaki kedua pula terus memberi respon bertapa dalam satu kilo katanya peniaga roti canai dah untung . Laipun katanyanya kita banyak pilihan lagi nak makan, apa susah dengan roti canai.
Tambah beliau lagi dengan sinis, bebudak bandar atau orang bandar tak pelik langsung katanya walaupun rotio canai naik harga RM3.00 sekeping dia orang tentu makan. Penulis bertindak mendiamkan diri sahaja, maka penulis menjeling dia bangga memakai t shirt bertuliskan JKKK Kg... di Temerloh.
Maka dalam hati penulis padanlah dia bersikap begitu, rupanya dia ada pendokong yang cukup kuat. Kemudian beliau terus 'lari' tinggalkan poenulis dengan lelaki pertama tadi. terkebil2 penulis, justeru berbalik kepada sikap 'bosan' blogger tadi untuk menulis hendaklah diubah, kerana daripada kes yang berlaku kepada penulis selagi rakyat booelh makan selagi itulah jangan haraplah dia nak berubah jauh sekali mahu merubah

No comments: