Sunday, May 20, 2007

Ini reaksi Orang Nombor 2

Seperti apa yang dijangkakan, kerana isu ini boleh dijangkakan. Maka hilanglah kredebaliti pemimpin kerana kesalahan itu dilakukan dari kalangan kami. Biarlah 'besar'nya kesalahan itu di mata awam dan masyarakat, Maka di kalngan para 'kami2' ia dah selesai. Nah betapa mudah dan bersahaja nya perkara ini diselesaikan. Sepatutnya pemimpin menjadi contoh, maka cara penyelesaiannya pun adalah cara yang patut dicontohi dan perlu di contohi.... ikuti kata TPM

Najib: Wakil rakyat BN tiada niat hina wanita.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan dua anggota Dewan Rakyat yang mengeluarkan perkataan "bocor" terhadap seorang anggota wanita di Dewan Rakyat, minggu lepas sebenarnya tidak berniat menghina kaum wanita di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata sebutan dan reaksi spontan yang dibuat oleh dua anggota parlimen dari Barisan Nasional (BN) itu adalah kerana mereka marah dengan cara berucap anggota parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan dari DAP.

Najib berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai permohonan maaf terbuka kepada semua wanita di negara ini oleh anggota parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof dan anggota parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berhubung penggunaan perkataan "bocor" kepada Fong.

Peristiwa yang berlaku di Dewan Rakyat pada 9 Mei lepas itu dianggap sebagai menghina kaum wanita dan menerima bantahan meluas.

Najib berkata: "Mereka tahu apa yang patut mereka lakukan. Sebenarnya apa yang mereka lakukan iaitu meminta maaf pada kaum wanita pada keseluruhannya adalah kerana perkara ini dah jadi besar.

"Mereka bukanlah bertujuan untuk hina kaum wanita dalam apa cara. Tetapi perbuatan mereka itu menyampuk dalam perbahasan kerana mereka marah kepada cara wakil rakyat berkenaan itu berucap."

"Jadi itu reaksi mereka pada wakil rakyat... bukan terhadap kaum wanita," kata Najib lagi.
Cara terbaik, bukan buat majlis minta maaf depan kamera dekat Shahrizat. Kita mahu jauh dari itu, ini ibarat lakonan hampa sahaja.

No comments: