Thursday, March 01, 2007

Syabas TV3

Syabas dan tahniah atas keperihatinan TV3. Begitulah TV3 menghormati keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan Siaran Televisyen dan Radio Awam dan Swasta (JKPPSTRAS) yang mengeluarkan arahan supaya stesen televisyen itu menghentikan rancangan Sensasi dengan serta-merta.
Tambah laporan itu lagi, Pengurus Komunikasi Korporat TV3, Ratnawati Jamil, berkata pihaknya akur dengan keputusan mesyuarat JKPPSTRAS pada 23 Februari lalu yang memutuskan untuk tidak membenarkan Sensasi disiarkan sama ada secara siaran langsung atau rakaman berikutan program yang bersiaran pada 30 Januari lalu tidak mematuhi syarat ditetapkan.“Sebagai stesen televisyen yang bertanggungjawab, kami menerima keputusan dibuat dengan hati terbuka. “Kami juga faham siaran Sensasi pada 30 Januari lalu menyinggung perasaan masyarakat Islam di negara ini. “Malah, kami juga kesal dengan apa yang sudah berlaku dan sedar perkara itu sama sekali tidak patut berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.Sungguhpun begitu, Ratnawati berkata, pihaknya amat berharap rancangan ini dapat dihentikan buat sementara waktu saja. “Kami akan merayu kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia (KTAK) supaya membenarkan rancangan bersiaran semula dalam waktu terdekat.“Surat rayuan sudah dibuat dan kami akan menghantarnya dengan segera kepada KTAK yang mempengerusikan JKPPSTRAS,” katanya. “Kami maklum peluang membuat rayuan ini sangat tipis sekali sebagaimana dinyatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). “Malah, kami juga tidak tahu sejauh mana mereka akan menerima rayuan yang kami buat nanti. Namun, kami masih mahu mencuba dan berusaha membuat rayuan.“Kami akan lakukan sedaya mungkin. Kalau tidak mencuba, kita mungkin tidak akan tahu apa tindak balasnya nanti,” katanya.Ratnawati berkata, jika TV3 diberi peluang kedua untuk menyiarkan semula Sensasi, pihaknya akan mengambil langkah lebih berhati-hati dalam menangani isu yang dibincangkan termasuk membuat rakaman dan kemudian menyerahkan kepada Lembaga Filem Negara (LPF) untuk kelulusan.“Malah, kita juga akan berbincang dengan pihak produksi sendiri berhubung isu atau bahan yang bakal diketengahkan sebelum ia disiarkan secara rakaman,” katanya.
Inilah satu tanggungjawab besar sebagai orang Islam, benda2 seumpama ini tidak boleh dimain2kan dan diremehkan. Lain kali menjadi pengajaran dan menjadi tanggungjawab penerbit khas dan TV3 pada masa akan datang perlu buat garis panduan ttentang bersangkutan hak-hak keagamaan jangan disemborono. Kita juga minta pelakon yang terbabit minta taubat nasuha. sekadar pergi umrah dan hebahkan kepada ramai orang sahaja tidak cukup. Ini adalah tanggungjawab diri beliau dengan ALLah.
Kita sekadar beri ingatan, jangan dunia dia rugi, akhirat terus lagi rugi

No comments: