Monday, March 19, 2007

Biaq pi ke depa....kata-kata kulaan. Minda Pengarang BH hari ini dalam kupasan dan ulasannya yang bertajuk : Kecemerlangan pelajar perlu ambil kira aspek keterampilan diri
USAHA melahirkan pelajar bijak dan celik minda bukan sesuatu yang mudah. Jika bijak dimaksudkan lulus cemerlang dalam peperiksaan, mungkin usaha Kementerian Pelajaran selama ini sudah mencapai matlamat berdasarkan peratusan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mencatat prestasi cemerlang. Bagaimanapun, jika bijak itu ditakrifkan sebagai serba boleh dari segi akademik, pemikiran, kemahiran, daya tahan dan memiliki jati diri, rasanya matlamat itu belum tercapai sepenuhnya. Mereka mungkin cemerlang dalam peperiksaan, tetapi belum tentu cemerlang apabila melangkah ke alam pekerjaan.
Justeru, cadangan Kementerian Pelajaran melaksanakan sistem baru menilai prestasi pelajar berasaskan sekolah secara berterusan yang dijangka dilaksanakan sepenuhnya tiga tahun lagi adalah satu langkah proaktif bagi melahirkan pelajar berwawasan dan berketerampilan. Pengenalan sistem itu, seperti diumumkan menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kelmarin sejajar dengan aspirasi negara mewujudkan sistem persekolahan yang tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Pada peringkat awal, kementerian mengenal pasti 300 sekolah cemerlang di seluruh negara untuk menjadi perintis manakala pengetua atau guru besar sekolah berkenaan diberi kelonggaran melaksanakan perubahan kokurikulum.Sistem pendidikan yang dilaksanakan selama ini bukan tidak baik, tetapi pendekatan baru dan usaha penambahbaikan perlu dilakukan berterusan sejajar perkembangan dan kehendak global yang menekankan aspek kemahiran dan kebolehan individu. Kita percaya cadangan itu akan menjadi kaedah terbaik melahirkan pelajar berkualiti, dinamik dan inovatif.Kewujudan peperiksaan awam sekarang masih diperlukan untuk menilai tahap kebolehan pelajar, cuma penekanan berlebihan terhadap peperiksaan boleh menyebabkan sistem pendidikan dilihat terlalu berorientasikan peperiksaan dan dikhuatiri alam persekolahan kehilangan nilai pendidikan kemanusiaan. Justeru, sistem pendidikan sekolah harus berubah ke arah melahirkan pelajar bijak, kreatif dan kritis serta mampu menjana kemahiran. Antara elemen boleh diambil kira ialah kerajinan, tumpuan, minat dan prestasi pelajar.Sistem pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan boleh mendorong pelajar, ibu bapa dan guru mengutamakan kelulusan A yang diperoleh, sekali gus mengabaikan aspek lain seperti kokurikulum terutama membabitkan kemahiran dan jati diri. Kita berharap pelbagai pihak menyambut positif langkah mengurangkan beban serta tekanan peperiksaan, selain menjadikan pendidikan lebih menyeronokkan. Kaedah itu sudah dilaksanakan di beberapa negara maju tetapi kita mampu melaksanakannya menerusi acuan sendiri. Apa pun, pelaksanaan cadangan ini tidak boleh dibuat tergesa-gesa, sebaliknya memerlukan kajian teliti dan maklum balas pelbagai pihak kerana ia membabitkan pembinaan generasi masa depan. Kerajaan perlu memberi penjelasan telus dan terperinci mengenai perubahan terhadap dasar pendidikan sedia ada. Dalam konteks ini, ‘sentuhan kemanusiaan’ harus diberi penekanan supaya pelajar ke sekolah bukan sekadar untuk lulus periksa. Keutamaan juga harus diberi untuk membantu membentuk pelajar berdisiplin dan konsisten ke arah peningkatan potensi dalam kerjaya yang bakal diceburi.
Penulis bukan tak nak bersetuju, namun nak tanya kat hampa, sapa dulu yang canang, pasai bab ni, memenag sedap cari salah dan tunjuk salah orang. patut pemikiran ini tak dilaontar secara bermusim, kalu kita pi mana-mana kuliah masjid dalam Malaysia , hal atau bab ni la yang ustaz dan tok2 guru kupas. Macam mana baru nak sedar dan baru nak tekankan, kita janganlah bermusim-musim, kerana peranan media massa adalah cukup besar dan memberikan kesan.
Paparan dan gambaran kecemerlangan hari ini cuma diukur daripada segi pencapaian, kita tak mahu kita bijak di sini kita juga mahu bijaksana. Masalahnya kini generasi kita sudah jadi bubor, bukanlagi nasi. Maka tekad media massa mesti diteruskan oleh kerajaan dengan keazaman politik bagi mereaisasikan maksud di atas. Itupun hasil yang ditanam akan nampak hasilnya 20 tahun akan datang.

No comments: