Thursday, January 18, 2007

Jika benar kajian yang dibuat dalam rencana Utusan Malaysia. Pelajar lelaki tidak suka sekolah?

Alasannya melihat sampel beberapa pelajar sekolah menengah yang berpakaian seragam minum-minum di kedai mamak sambil merokok, penulis cuba menyelami perasaan mereka.Kepada soalan ‘‘Mengapa kamu tidak pergi ke sekolah?” penulis ini dapat menanggapi perspektif mengapa ada pelajar lelaki yang tidak suka sekolah.

Menurut mereka, sekolah adalah tempat yang membosankan bagi banyak pelajar-pelajar lelaki kerana suasana persekitarannya memihak dan lebih mesra kepada kaum perempuan. Pelajar-pelajar lelaki itu berpendapat, oleh kerana majoriti penghuni sekolah adalah perempuan, maka persekitaran yang diwujudkan memihak kepada kaum hawa.

Hakikatnya adalah kebanyakan pengetua terdiri daripada perempuan. Begitu juga majoriti guru adalah wanita. Bukan itu saja, kepimpinan persatuan sekolah juga didominasi oleh pelajar perempuan. Begitu juga dengan golongan pelajar cemerlang adalah terdiri daripada pelajar perempuan.

Maka tidak hairanlah persekitaran sekolah mewujudkan budaya yang memihak kepada cita rasa wanita. Sekolah menjadi cantik, daripada landskapnya seperti halaman rumah hinggalah kepada hiasan dalaman kelas. Bukan saja bilik guru mempunyai langsir dan alas meja dan kuntuman bunga yang menampilkan cita rasa keperempuanan, tetapi juga bilik-bilik darjah.Malah ada bilik darjah yang dihiaskan dengan langsir. ‘‘Meja pun dipakaikan skirt,” kata pelajar itu.

Budaya yang cenderung kepada cita rasa perempuan ini menimbulkan perasaan terpinggir bagi sebahagian daripada pelajar lelaki. Mereka berasakan kegiatan lasak dan sukan diabaikan.Walaupun sekolah-sekolah aktif dalam pertandingan seperti debat, kuiz, nasyid dan choral speaking, tetapi bidang sukan dalam berbentuk permainan seperti bola sepak, hoki apatah lagi ragbi dirasakan mereka terabai.Maka tidak dapat dibayangkan bagaimana guru perempuan mempunyai minat untuk menggalakkan pelajar-pelajar lelaki aktif dalam aktiviti fizikal seperti bola sepak dan acara perlawanan antara sekolah.

Mungkinkah ini adalah antara punca mutu bola sepak negara merosot dengan begitu teruk?
Sementara itu, kegiatan kokurikulum yang bersifat kelelakian seperti pengakap juga merosot.
Mungkin antara punca adalah persatuan-persatuan ini dipimpin oleh guru wanita kerana tidak ada guru lelaki. Untuk kegiatan berkhemah juga kurang digalakkan. Ini kerana ia melibatkan guru wanita yang kadangkala berasa sukar untuk aktif dalam kegiatan luar seumpama ini.

Cara mengajar guru wanita dan guru lelaki juga tertentu berbeza. Ada pelajar lelaki yang mengadu bahawa mereka bosan dengan cara berleter yang menjadi sifat sesetengah guru wanita. ‘‘Sudahlah di rumah kena leter dengan emak, di sekolah kena leter pula dengan guru wanita,” kata pelajar lelaki itu.

Banyak pelajar lelaki pula cenderung dan lebih gemar terhadap pembelajaran berbentuk amali, teknikal dan di luar kelas. Tetapi kini cara pembelajaran seumpama itu sudah berkurangan.Eksperimen sains yang dahulu menjadi perkara penting tetapi kini tidak begitu banyak diadakan. Pembelajaran bersifat akademik dan menelaah lebih memihak kepada sifat pelajar perempuan.

Akhirnya pelajar-pelajar lelaki ini akan berasa terpinggir di sekolah dan mereka akan mencari kepuasan di luar.Apabila mereka tidak dapat meraih kejayaan di sekolah dan terus dipandang serong serta dilayan serong oleh komuniti guru wanita,tidak ada sebab untuk mereka melihat sekolah sebagai tempat yang menarik
Jika alasan2 di atas dijadikan sebagai ukuran adalah terlalu jauh, penulis mungkin ambil beberapa sampel kajian kes yang dijadikan rujukan, isunya jika ikut sistem lama pelajaran peringkat PMR adalah proses pertama pelajar2 disaring, mereka yang tidak berjaya atai tidak berminat boleh teruskan kehidupan dengan kerja2 dan disiplin ilmu yang mereka minati. Sebalik zaman sekarang bawah akta pendidikan terbaru persekolahan atau peringkat pembelajaran wajib sehingga ke Tingkatan 5, malah lebih keras ibubapa yang tidak menghantar anak dapat pendidikan wajib boleh disaman oleh kerajaan. Nah lihat bertapa murninya sisitem kita.
Keduanya, fenomena dunia materialistik melihat masa itu sebagai emas, tidak ada dalam kamus hidup nilai atau budi bahasa.Malah satu lawak telah dibuat dan difilemkan , antaranya 'Cuba hang pi market beli barang dengan budi bahasa, depa bagi ke dak ?. Itulah tahap kritikal pemikiran masyarakat.
Ketiga, kita perlu membina pemikiran ke arah pendidikan sebagai kesejahteraan hidup, jika digunakan slogan ia ibarat seperti sehelai atau sekeping kertas orang sekadaar pandang rohnya tiada. Konsep pemikiran contohnya kita dah terpakan dalam pendidikan orang Melayu, gelap ada hantu. Masuk dalam kepala manusia bukan dalam masa sekejap dan nak hilangkan pun bukan dalam masa yang singkat. Bentuk nilai dan pemikiran seperti inilah yang harus ditanam dalam dunia pendidikan.
abah.... jidan jidan

No comments: