Tuesday, January 30, 2007

Apa pun alasan sama ada diada-adakan atau sengaja diada2kan berkenaan tuntutan gaji .. antara alasan popular macam alasan budak sekolah ialah tuntutan mesti selaras kemampuan kerajaan. Hak ini sapa tak dapat nak tolak samada mentah2 atau 'masak2'.
Menurut laporan berita lagi tahun ini menyaksikan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), menangani dua isu penting untuk kepentingan ahlinya iaitu cadangan Skim Faedah Pencen Bercarum (FPB) dan semakan menyeluruh pakej pelarasan gaji serta kebajikan kakitangan awam. Kedua-dua isu untuk memastikan kebajikan dan masa depan pekerja sektor awam ini, membabitkan perbincangan antara Cuepacs dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
tambahan pula katanya, di bawah skim FPB, kakitangan awam yang baru dilantik dan disahkan dalam jawatan dikehendaki mencarum setiap bulan dalam KWAP yang konsepnya hampir sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kakitangan sektor swasta. Perbincangan antara Cuepacs yang diketuai Presidennya, Omar Osman dan kerajaan diwakili Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Ismail Adam, hari ini diharap dapat menyediakan landasan untuk kedua-dua pihak menyatakan pendapat dan pendirian masing-masing. Hasil perbincangan itu akan dibawa ke Majlis Kongres Cuepacs pada 12 Februari ini dan keputusan mengenainya akan dimuktamadkan selepas itu. Walaupun Cuepacs pernah menolak cadangan skim itu, ia tidak bermakna ia tetap dengan pendirian itu. Perbincangan kali ini membolehkan Cuepacs mendengar penjelasan JPA dan memberi cadangan balas, jika perlu.
Bagaimanapun, isu yang lebih penting dan dinanti oleh hampir 1.2 juta kakitangan awam ialah semakan menyeluruh pakej gaji dan kebajikan mereka. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang berikutan kenaikan harga barang keperluan dan perkhidmatan, mereka mengharapkan kenaikan gaji. Pasukan Petugas Khas Gaji yang ditubuhkan Cuepacs sudah membuat cadangan lengkap pada mesyuarat terakhirnya, pertengahan bulan lalu. Memorandum juga sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 11 Januari lalu, merangkumi pelarasan gaji, elaun, ganjaran dan hal ehwal kebajikan. Cuepacs mencadangkan pelarasan dan kenaikan gaji kakitangan awam antara 10 hingga 40 peratus, selepas tidak pernah berubah sejak 15 tahun lalu. Kita percaya pakej semakan secara komprehensif itu selaras dengan harapan rakyat dan kerajaan supaya kakitangan awam meningkatkan integriti dan memperkemas jentera penyampaian sektor awam. Kerajaan tentu tidak keberatan menimbang permohonan kenaikan gaji yang dicadangkan Cuepacs tetapi sebarang keputusan bergantung kepada kemampuan kerajaan dan kedudukan kewangan negara. Kita akui, pakej yang dirangka Cuepacs adalah untuk manfaat semua kakitangan awam berjawatan rendah hinggalah peringkat tertinggi. Bagaimanapun, kerajaan pula mempunyai banyak keutamaan lain yang tidak kurang pentingnya. Justeru, kita berharap kakitangan awam sedia menerima kadar kenaikan yang mungkin lebih rendah daripada 40 peratus yang dituntut Cuepacs. Mereka harus sedar kenaikan gaji yang tinggi tidak membawa makna besar jika ia disusuli dengan kadar inflasi yang meningkat. Oleh itu, jika kerajaan mampu mengawal inflasi, kenaikan gaji yang sederhana seharusnya memuaskan hati semua pihak.
Bagi kita hak bergaji tentu senyum, hak bergolok dan berparang senyum kambing, hak kambing senyum kerbau, hak mengundi senyum ayam, sebab kena sembelih macam ayam daging kat batu Talam. Alasan sama undi tetap sama kepada yang itu, namun ayam kat Batu Talam naik juga 60 sen sekilo, cuma mujur dia orang tak dak tol, kalu ada tol mungkin lain sikit putusan dia,
Abah..alahai anak omak

No comments: