Saturday, November 11, 2006

Retorik dalam beragama........umat Melayu

Semalam penulis duduk2 bersantai2 dengan anak2 murid, maklumkan SPM tak berapa lama lagi. Kelas Pecut dah buat tunggu bebudak aje buat pecutan terakhir. Jangan kecut sudahlah begitulah pesan penulis kepada anak-anak didik. Penulis berdoa agara mereka berjaya.
Dalam duduk2 bersantai tu, banyaklah benda yang penulis dengar, beri pandangan dan nasihat. maklumlah kita ni guru kena tunjuk dan buat2 semua benda serba tahu. Anak2 didik memanglah hgairah dan bernafsu bila mendengarnya Pendekata kalah nasihat mak ayah dia orang. Berkisar tentang kelebihan Puasa 6 sampai ke masa depan mereka dan terus ke isu negara.
Penulis bertanya, kepada anak murid apa2kah benda pelik atau ajaib yang kamu tahu. Masing2 pun tekalah dengan mind set, 7 benda ajaib di dunia. Maka penulis pun ceritalah sebenarnya manusia mudah lupa, jika nak tengok benda2 pelik dan ajaib sekitar kita banyak, betapa hebat kejadian ALLah, kat diri kita sendiripun kata penulis banyak, apa ke nak pelik.
Maka penulis pun masuk 'daun' penulis pelik bila orang yang di'fitnah' dan 'dituduh' murtad senyap sunyi. Masing2 anak didik pun tekalah berlumba2 Dato A .
Maka hari ini, polimik tu tak selesai juga kernaa sejak bila Dato A lantik MB Perlis jadi jurucakap dia. Ikuti berita ini...
KANGAR: Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor masih seorang Islam dan beliau menjalankan ibadat yang diwajibkan terhadap umat Islam seperti solat lima waktu, solat Jumaat dan mengerjakan tarawih. berita penuh

Inilah penulis beritahu anak murid betapa isu dan perisitiwa ini pun masuk dalam perkara2 pelik di dunia. Kalau dilihatlah dunia sekarang orang celik undang2, celik media, media pun banyak pulak tu. Orang sanggup bergolok gadai saman, tak pulak sikit2, tapi mat ni buat selamba aje.. Dia memang jenis mahkluk.. ape ye. Sebab perkara yang dituduh bukan kecik2 punya kesalahan oi.
Penulis tak tau, sense of belonging jenis apa, isu sebesar ini manusia ambil mudah. Bab akidah buka perkara main2 dan untuk dimain2lkan. Penulis teringat semalam dalam khutbah Jumaat , khatib ingatkan untuk bina keluarga bahagia. Prasyarat yang utama adalah 'mantapkan aqidah ahli2 keluarga kita. Maka panjang lebarlah huraian beliau. Beliau sarankan mana2 yang jadi ibubapa berperanan dan mantapkan ahli2 keluarga dengan bekalan aqidah.
Maka berbalik kita dengan isu ini, lihatlah dan pandanglah cukupkah kita dengan perilaku sebegitu, tak kan tak dak apa2 tindakan. Tak serius dan tak ikhlas khutbah tadi yang penulis paparkan nampak sebagai retorik dan main2 , sekadar baca macam burung tiong. Sebenarnya manusia rasa dia bijak boleh tipu Allah. maka tunggulah kebinasaannya.
Abah .... tak tau nak khabor benda

No comments: