Sunday, November 12, 2006

Konsep Nilai Sezaman..

Muktahir ini, kita sering bercakap tentang nilai2 sezaman bagi masa ini zaman kontemporari. Nilai dari sudut erti dan pengertian adalah sama, tetapi persepsi dan amalan adalah mengikut zaman tersebut. iaitu cara mana ia dipraktik serta diterima pakai. Umpama tradisi ziarah menziarahi terutama waktu hari raya zaman tradisi di kampung, kini diubah dan berubah mengikut zaman dengan mengadakah rumah terbuka. Zaman tradisi tuan rumah jika pada hari raya akan menerima kunjungan dan melayan sesiapa sahaja sama ada orang itu dikenali rapat atau tidak tetapi tetap sama dikira sebagai tetamu. Kini zaman sudah berbeda faktor kekangan masa, pengurusan kos dan sebagai semua diambil kira, masyarakat kini mahu mudah senang cepat.Maka dibuat rumah terbuka. Hakikat ini menjalar ke surau-surau , masjid sekarang sudah sinonim anjurkan jamuan Hari Raya pula, terutama jika lokasinya berada dalam kawasan taman-taman perumahan di kota2 atau bandar2 besar. Mahu tidak mahu kita terpaksa akur dan kena sudi menerimanya. Jika ditinggalkan sebahagian maka langsung tak dapat sebahagiannya.
Begitu juga dengan perasaan nilai hormat menghormati, zaman tradisi orang muda lebih dan kena hormat pada yang tua, ditambahi pula ada perassan segan, maka yang tua boleh menegur pada bila2 masa yang muda sekiranya seseorang orang muda itu melakukan perbuatan tingkahlaku yang tidak elok, tidak ada perasaan marah dan dendam kepada yang menegur tadi. Tetapi kini berubah sebaliknya silap2 tegur kena marah balik, silap2 haribulan dibelasah pula.tak pasal2 cari nahas. Maka keluar hadis popular Melayunya Jangan jaga tepi kain awak, jangan jaga tepi kain orang. Kuburmu kubur aku tak sama.Ditujukan kepada orang yang suka ambil tahu akan hal orang. Inilah nilai sezaman pada waktu ini. Ke depan lagi kita tak tahulah macam mana.
Penulis bukannya apa, hari semalam baru mendengar keluhan seorang bapa betapa ia sangat risau dan sedih atas apa yang sedang berlaku kepada anak gadis. Isunya cuma penggunaan telefon bimbit aje. Di kalangan anak remaja telefon bimbit kini sebagai satu keperluan sezaman dengannya. Bagi si ayah dalam persepsinya sebagai satu benda yang membazir dan belum masanya. Antara lain katanya telefon bimbit ni melekakan anak muda remajanya, apa tidak sebelah tangan menulis sebelah lagi bersms , tah apa dibuat tak tau ..katanya. Belajar ke benda..ujarnya.
Maka penulis pun yang ada anak remaja akui, anak penulis pun sama keadaannya. Kita tidak dapat menyekat kemajuan telekomunkasi dan penggunaanya macam juga internet , tarikannya amat kuat. Cuma kita kena berusaha memantau , itulah sebaik2 jalannya.
Abah .... akur ajelah

No comments: