Thursday, November 02, 2006

Episod Semasa Raya.. nnak makan nak duit raya ?

Nak makan kuih atau nak duit raya?

SELAMAT Hari Raya...selamat hari raya, maaf zahir batin. Hai, sedar tak sedar, dah beraya rupanya kita ya, sekejap saja Ramadan tiba dan pergi, begitu juga Syawal yang sudah masuk hari kelima.Bagaimana sambutan tahun ini? Meriah? Banyak dapat duit raya? Banyak keluar duit raya? :)Bagi yang belum cukup `umur’, masih kanak-kanak, belum bekerja, tentu seronokkan kumpul duit raya. Bagaimana `prestasi’ tahun ini? Banyak dapat? Teringat juga zaman kegemilangan ketika kanak-kanak dulu. Raya belum lagi tiba tapi sudah mencongak-congak sasaran duit raya, rumah mana nak diserbu. Ketika itu, main redah saja mana-mana rumah, janji sambut raya. Matlamat, apa lagi, kutip duit raya. Makan minum itu belakang kira sehinggakan ada jugalah tuan rumah yang terus terang bertanya “Ni nak makan kuih raya ke nak duit raya saja? dan jawapan kami, pasti juga terus terang, “Duit raya!”. Senang cerita...Bagi yang sudah bekerja, nak dapat duit raya usah mimpi, kena keluar memberi sudah pasti, jadi bagaimana kadar `inflasi’? Berapa jumlah yang diberi? Banyak?Apapun, jangan bersedih. Kalau dapat duit raya sedikit jangan sedih, kalau kena keluar banyak duit beri duit raya pun jangan sedih kerana konsep duit raya ini sebenarnya bukanlah untuk bermewah atau berhabis tetapi memberi dengan keikhlasan dengan harapan ia dapat menambah keceriaan hari perayaan.Kalau rasa tak mampu nak bagi banyak, berilah ala kadar. Biasalah kalau ada suara-suara sumbang `mengkeji’ bila sampul yang diberi, isinya tidak cukup `seri’ tapi apa guna banyak yang diberi, kalau tidak ikhlas di hati, silap-silap haribulan diri sendiri yang makan hati.Apa yang penting, Syawal selain meraikan kemenangan umat Islam mengawal segala hawa nafsu di bulan Ramadan, adalah masa untuk mengeratkan silaturahim, berkumpul ahli keluarga dan sanak-saudara

No comments: