Thursday, November 02, 2006

Episod Selepas Raya I

Episod selepas raya. Pepatah Melayu Tua ada menyatakan ' Ada Sokong, Sokong Membawa Rebah'. Banyak yang harus dan boleh dipelajari daripada maksud pepatah di atas dan dari sudut penafsiran budaya dan nilai hidup Melayu amat luas. Jika nak dikira sekali imabas pepatah di atas boleh dijadikan nilai sezaman waktu itu, namun dikira tidak juga dengan dunia realiti Malayu kini. Seandainya kita meninjau nilai ini kembali dalam hidup dan kehidupan masyarakat Melayu. Ia terpakai jua.
Bermula kes Dr M membawa kepada terus kapada kes terbaru dan sensasi Zakaraia Deros ADUN Pelabuhan Klang. Dalam hal Zakaria Deros dulu dia brutul tampar ADUN DAP waktu persidangan DUN Selangor. Masa itu dia dikira jagoon Melayu la. Selepas itu tak semena-mena dia 'ditampar' lagi parah masa kininya. Semua ini adalah dunia dan pusingan rodanya pelanduk selalu lupa pada jerat , tetapi jerat tidak lupa pelanduk.
Begitu juga dengan pimpinan dan kepimpinan Melayu, method, kaedah dan cara sama dengan budaya zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sejarah mengajar kita belaka, tetapi kita sahaja buat-buat lupa pada sejarah. Apa tidak dalam kes Zakaria Deros maka buatlah sidang akhbar panggil wartawan menangis, kaut simpati rakyat dengan air mata buaya. Duit yang dia dapat orang kita mudah lupa, sebalik yang dia dapat simpati. Pimpinan begini sebenarnya memalukan bangsa. Kita malu sebab Melayu Islam dan Islam itu Melayu, beginikah yang nak dicontohi masyarakat.
Sebab itu perjuangan bermotokan dan visikan bangsa tak ke mana. Bangsa tidak dapat beri jaminan. Jika kita lihat sejarah tidak ada di dunia ini bangsa yang sehebat bangsa Yahudi. ALlah dalam AL Quran sebut bangsa ini bukan setakat hebat gitu aje. Allah jadikan kalangan mereka nabi dan rasul2 tapi mereka menjadi bangsa yang lawan Tuhan, bunuh Nabi dan macam-macam lagi.
Maka berbalik kepada kes Zakaria Deros hentikanlah media oii, laporan ini kita rasa loya dan memualkan. memalukan bangsa dan kaum. Cukuplah ditelanjanginya berpada-pada lah jangan kerana laporan ini bangsa kita makin terhina , tengoklah ke depan bela dan bekerjalah mana2 tok wakil rakyat dan janganlah jadi keparat di dunia ini.
Abah .. wallahualam billssawab.........

No comments: