Monday, November 13, 2006

DAFTAR ILMU




AJNABI
Lelaki dan perempuan yang dibolehkan berkahwin.

AKHIRAT
Alam sesudah berakhirnya kehidupan di dunia ini,iaitu alam yang kekal abadi.

ANGGOTA WUDUK
Anggota yang wajib dibersihkan dengan air wuduk iaitu muka, dua tangan hingga ke siku, kepala dan dua belah kaki hingga ke buku lali.

AURAT
Sesuatu perkara atau bahagian badan yang tidakboleh didedahkan menurut hukum Islam.
Juga disebut 'bang' iaitu seruan untuk mengajak manusia menyembah Allah swt (solat).


BALIGH
Orang yang telah cukup umur. Bagi orang perem­puan balighnya ialah apabila sudah datang haid. Bagi lelaki melalui mimpi atau selewat-lewatnya berumur 15 tahun.


BERKAT
Rahmat atau restu yang ada kebaikannya.


DARURAT
Keadaan yang terdesak atau menyusahkan, iaitukesukaran yang berlaku dengan tidak disangka-sangka.

DOA
Memohon sesuatu dari Allah swt.


DOSA
Perbuatan yang melanggar hukum Allah swt atauagama. Misalnya perbuatan mencuri, menyakiti hatiorang, mengumpat dan sebagainya. Perbuatan sepertiini wajib ditinggalkan.


FITRAH
Ada dua maksud yang berlainan iaitu;
i. Sifat semulajadi
ii. Sedekah yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam sebelum masuknya bulan Syawal.


HADAS
Keadaan diri yang tidak suci yang akan menghalangseseorang itu melakukan ibadah seperti solat,membaca al-Quran, puasa, tawaf dan sebagainya

HAID
Darah kotor yang keluar dari faraj perempuan. la juga permulaan seorang perempuan itu telah dikira baligh (cukup umur).
HALAL
Perkara yang diperolehkan atau diizinkan oleh Islam.

IBADAH
Berbakti dan menghambakan diri kepada Allah swt dengan menunaikan suruhan agama.

IKHLAS
Melakukan perbuatan atau perlakuan dengan hatiyang tulus, suci, rela dan jujur.

INGKAR
Enggan, tidak mahu menurut, menyangkal, menafikanatau mungkir terhadap sesuatu perkara.

ISTIGHFAR
Satu cara untuk bertaubat dan meminta ampunkepada Allah swt iaitu dengan mengucapkan'astaghfirullah'

Penumpuan yang sepenuh hati terhadap sesuatu
perkara.

KIBLAT
Arah ke Kaabah di Makkah, iaitu arah yang dihadap oleh orang Islam ketika menunaikan solat.

MAHRAM
(Disebut juga muhrim). Iaitu lelaki dan perempuanyang diharamkan berkahwin seperti sesama adik-beradik, anak dengan emak atau ayah, anak saudaradengan emak atau bapa saudara.

MAKSIAT
Perbuatan dosa, iaitu perbuatan yang melanggarperintah Allah swt

MALAIKAT
Makhluk Allah s.w.t yang dijadikan daripada cahaya dan sentiasa melakukan ketaatan kepada-Nya.

MENGUMPAT
Mengata seseorang sama ada di belakang atau di hadapannya dengan maksud untuk memburuk-burukkan namanya.

MUJAHADAH

Melawan hawa nafsu

MUKALAF
Orang islam ynag tidak cukup umur maka wajiblah ia mematuhi hokum-hukum Islam

MUNGKAR
Derhaka kepada Allah swt dengan melanggar perintah-Nya.

PAHALA
Ganjaran daripada Allah swt kerana berbuat kebaikan

QADA'
Menggantikan fardu yang tertinggal


REDA
Berlapang dada

RIADAH
Latihan jasmani. Juga disebut senaman

SAH
Perkara yang diluluskan oleh hukum syarak

SEDEKAH
Pemberian ikhlas kepada orang yang memerlukan

SILATURAHIM
SOLEH
Tali persaudaraan atau ikatan kasih sayang sesama Islam Taat dan patuh pada ajaran Islam

SUJUD SAHWI

Sujud yang mempunyai bacaan tertentu. la dilakukan kerana tertinggal rukun, tahiyat awal, terlebih atau terkurang rakaat dan juga lupa membaca qunut semasa Solat Subuh.

SYARIAT
Hukum-hakam yang telah drtetapkan oleh Allah swt.la meliputi hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus. AI-Quran dan sunnah adalah sumber utama bagi syariat.
SYIAR
Lambang kebesaran dan kemuliaan agama Islam

SYIRIK
Menyekutukan Allah swt, iaitu menaruh kepercayaan selain kepada Allah swt

SYURGA
Tempat balasan nikmat di Akhirat kelak bagi mereka yang taat melakukan perintah Allah swt


TAKDIR
Sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt

TAUBAT
Menyesal akan dosa-dosa dan berazam tidak mengulanginya lagi.
TEKAD
kemahuan yang bersungguh-sungguh
TELEKUNG
pakaian perempuan yang menutup aurat, dipakai sewaktu solat
WUDUK
Membersihkan anggota2 badan tertentu dengan air untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat
ZIARAH
Kunjung atau lawat contohnya mengunjungi sahabat handai, sanak-saudara dan pusara orang2 yang dikasihi
Abah..... kita belajar sikit ilmu2 agama tak rugi tau

No comments: