Tuesday, November 14, 2006

Apa jenis janji, apa jenis Islam kita...

Inilah antara kenyataan pemimpin2 UMNO yang mempersendakan Islam:

"Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." ( Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992)


" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." (Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)


"Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)


"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994)


"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994)


"Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994)


"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)


"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)


"Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)


Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)


"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." (Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992)


"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991)


"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." (Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992)


"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." (Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992)


"PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid." (Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992)


"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." (Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994)


"Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu." (Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994)

Maka dibawah ini ikutilah pula pernyataan Pimpinan UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO mulai hari ini (13 November 2006)

Utusan Malaysia (UM) melaporkan: Umno bertekad untuk memacu minda Melayu dalam membina generasi mengamalkan budaya cemerlang melalui lima teras utama supaya umat Melayu bukan saja menjadi bangsa yang maju, malah dapat bersaing di gelanggang dunia.Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata lima teras bagi memacu minda Melayu ke tahap optimum itu ialah pemantapan kepemimpinan transformasi, bekerja sebagai satu pasukan, menjayakan agenda Melayu, mempertahankan akidah dan memacu minda generasi muda.Pemacuan minda Melayu, katanya, mementingkan nilai murni seperti amanah, bijaksana, cekap serta dedikasi, sekali gus mengikis sama sekali sikap sambil lewa, ambil mudah, tidak apa, ala kadar, hentam keromo, semberono dan cincai.

Berucap merasmikan serentak persidangan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi, beliau berkata keupayaan minda menjadi kekuatan yang lebih utama dan kritikal dalam menentukan kejayaan organisasi, bangsa mahupun negara.

Penulis bukan apa sekadar mahu paparkan, ingatkan kembali betapa mudahnya pemimpin-pemimpin kita bermain kata2. Para pemimpin yang kita lantik ini, betapa mudah lupa dengan apa yang dibuat, betapa mudah lafazkan janji2 manis , betapa mudah gariskan apa yang mahu digariskan konon untuk bangsa , agama dan negara, semudah menyebut ABC. Kalau kita tanya di mana keikhlasan mereka, apakah amalan poltik mereka amalkan, bertuhankan poitik ala machiavile ke ,yang semuanya halal. Tidak ada perasaan bersalah. takutkan tuhan, takutkan hari pembalasan, Maka jelaslah boleh disimpulkan para pemimpin2 kita tidak pernah buat study apa yang mereka ucapkan 5 tahun kebelakangan.Usah lima tahu apa yang diucap minggu lepas pun mereka tak ingat.

Ini sebab kalu menteri mentor Singapura LKY cakap dia orang nak marah, tapi dia orang sendiri yang letak diiri dalam kehinaan. Pemimpin2 kita mudah lupa. Perjuangan berlegarkan kelompok suku dan puak, penuh retorik dengan semangat assabiyyah kemelayuaan. Melenting tak tentu pasal bila disentuh dan disinggung kepentingan puak. Berapa lamakah melayu nak dipertahankan di negara ini . daalm fasa globalisasi kini 50 tahun pun sudah ada 1001 masalah. Perjuangan mensifarkan kemiskinan tegar sampai peringkat mana, berapa billion duit didanakan, tubuh puluhan agensi , lebar dan kembangkan kementerian bagi menjuruskan kepada masalah tersebut, kita sampai 18.9 peratus. macam mana pegangan ekuti ekonomi Melayu. Negeri2 Melayu Belt seperti Kelantan Terengganu, Pahang macam mana pembangunannya. masih takuk lama ke sampai ke mana.

Maka jelaslah pelaporan agenda perjungan UMNO di atas seperti yang dilaporkan pada hari ini oleh Utusan, adalah satu ikrar, manifestasi janji politik apa yang ingin UMNO buat dalam masa lima tahun akan datang. Agenda murni yang nampak hebat atas sifat nasionalis penulis tak ada benda yang tak dibanggakan. Kembang dan bangga hidung kita tengok iltizam dan azam politik Melayu yang dikira amat menggegarkan, tapi hak itu tinggal hak gitu.

Lihatlah sahaja Bahasa Kebangsaan kita, yang rosakkan, yang hinakan bukan orang asing, bukan menteri mentor LKY, bukan DAP, bukan MCA, buka juga Gerakan, tapi kita sendiri yang tegar dengan UMNOnya. Janganlah mahu jadi jaguhan cipta sejarah kita gadaikan segala-galanya. Dah berjalan malu berpatah balik, biarpun 1000 orang kata dah sesat , kita masih berdegil. Mana dia pegangan Islam hadhari, yang tinggal bahasa kita semakin dingin hari ini.

Abah.... aku tak mahu dimadukan, racunlah sekali sekala

No comments: