Thursday, November 23, 2006

Antara manusia dan kemanusiaan...!!!

Agenda tertangguh dari semangat atau roh DEB adalah merungkai masyarakat marhien daripada belenggu kemiskinan. Garis kemiskinan oleh EPU meletakkan mereka yang berpendapatan bawah RM400 sebulan (angka yang baru dinaikkan) adalah golongan miskin. Tapi rata2 pegawai EPU tahu dan maklum angka ini rasional atau tidak. Jika angka itu tidaklah boleh dijadikan indeks kemiskinan negara itu bukanlah tanggungjawab para pegawai EPU sepenuhnya, mungkin pegawai EPU ni adalah mereka yang graduate daripada IPTA Bangladesh atau IPTA Sri Lanka kot.
Bagi negara kita dalam sehari dua ini isu berkaitan PBT, bagi di Selangor Maju tentu tidak lupa dengan tindakan demi tindakan pihak berkuasa mensifarkan setinggan khasnya, terbaru tindakan 'ganas' MPAJ di setinggan Kg Berembang Ampang, 200 penghuni diusir mentah2. Mereka di bandar ini rata2 tentulah berpendapatan lebih daripada RM400 sebulan, tentulah mereka tergolong dalam katogeri orang tidak miskin, walaupun begitu mereka memilih untuk menetap di kawasan setinggan. Mungkin inilah yang menjadi kayu ukur pihak PBT untuk patuh dan taat kepada peraturan dan undang2 kerana rata2 setinggan ini di kalangan mereka yang berada tetapi engkar dan sengaja melanggar undang2 atau peraturan PBT MPAJ.
Iktibarnya inilah nilai dan moral yang hendak diketengahkan , ada orang yang berada atau berduit terus terusan serta boleh bertindak membelakangi undang2 ianya dipandang sebelah mata oleh pihak PBT walau bagaimana bentuk dan jenis kesalahannya, buruk laku, tidak ikut peraturan (merujuk kes Dato Z) tetap terlepas dan dilepaskan. Manakala pihak setinggan tadi yang boleh dikatogerikan 'tidak degil'lah dinafikan hak bawah pemerintahan mesra rakyat, dengan slogan lunaknya iaitu tradisi membela rakyat, dan golongan ini mendewakan mereka adalah pewaris kepada 'pejuang kemerdekaan' atau yang telah memerdekakan negara ini daripada penjajahan. PBT tidak bertindak adil kerana sanggup menyahkan 200 orang di Kg Berembang Ampang daripada menyahkan seorang insan yang bernama Dato Z, atas prinsip dan apakah moral tindakan mereka itu?
Bagi MPAJ peraturan tetap peraturan kita ucapakan syabas dan tahniah , mereka adalah badan pelaksana dan penguatkuasaan undang2, demi arahan orang atasan maka mereka turuti atau ikuti 101% tanpa soal atau tanpa difikirkan atau ditimbangtara oleh akal, samada dengan bidang kuasa serta peruntukan yang ada patutkah diguanpakai budi bicara kepada para setinggan di Kg Berembang Ampang berlaku sebaliknya. Tapi bahasa 'budi bicara' kepada Dato2 dan YB2 selalu digunapakai, inilah nasib bangsa ku yang merdeka. Jika ditunding kepada MB Selangor tentulah jawapan para pembaca sendiri maklum dan dalam pengetahuan. Natijahnya memulang paku buah keras aje nantinya.
Selepas mereka bersidang dengan penuh 'kokokan' di PWTC dengan gegaran semangat api perkauman Melayu bagai 'taufan tsunami lagaknya' ditiupkan agenda membela Melayu dan kemelayuan sehingga kalu bulu roma yang tidur pun akan tegak. Dalam hal ini tentulah mat2 kampung, tok wan2 kampung, mak chik wanita, putera dan puteri UMNO tentulah kembang kempis hidung, bangga tak terkira. Dengan pelbagai ketelusan pimpinan yang berkokok tadi, mana ada berlaku peminggiran orang Melayu di bumi tanahair sendiri, apakah mereka tidak terfikir yang diusir itu tadi tok2 mereka atau wan2 mereka tadi adalah yang berjuang memerdekakan negara. Mereka yang teraniya tu kekadang tak tahu datuk nenek merekalah yang sama2 berjuang memerdekakan tanah air ini. Tapi beginilah layanan cucu cicit mereka oleh pemerintah dari kalangan anak bangsa sendiri yang sedarah, seagama, dan se..se .. yang lain.
Betullah bagai dikata Bung Karno 'kemerdekaan separuh masak', bagaimanakah kita mahu keadilan dirasai sama rata oleh rakyat teramai . Sampai bila kita nak menunggu minda kelas pertama dalam soal keadilan wujud dilaklanagan pelaksana dasar ? Sedangkan rakyat dituntut dengannya. Situasi negara dan pentadbiran begini semakin parah dan membarah, apa jaminan masa depan anak2 cucu kita. Orang yang diberi amanah langsung tidak bertanggungjawab dengan amanah yang dipertanggungjawabkan. Keboborakan ini akan sampai satu peringkat sehingga rakyat naik muak dan jelak. maka perisitiwa Baling tentu akan berulang kembali.
abah ... sekadar nak ingatkan aje

No comments: