Friday, October 13, 2006

Kerana Minat....

Jumaat 13 Oct.2006 Menurut laporan media utama negara. Seorang bapa kehilangan anak berusia 3 tahun, kerana mati rentung akibat keretanya terbakar. Sementara , abangnya berusia 5 tahun yang ditinggalkan bersama 2 dalam kereta berjaya diselamatkan oleh orang ramai.Menurut laporan kes yang berlaku di Nibong Tebal ini, bapa mereka dikata 'berusaha' mencari umpan cacing (dll) untuk dibuat bekal nak memancing.

Kejadian yang menyayat hati ini sebenarnya memberi kita pelbagai pengajaran. Pertama kita kena meletakkan takdir itu mengatasi segala-gala andian kita. Namun kerja manusia adalah memuhasabah diri. Bagi bapa yang kehilangan anak berserta isteri tentulah sukar digambarkan realiti. Kita boleh bayangkan trauma, kesalan dan pelbagai lagi perasaan menghantui ayah, ibu tersebut. Justeru bagi diri abah letakkan kesabaran dan terimalah takdir tersebut dengan seredha2nya.

Sebagai ingatan, abah juga seorang bapa. Banyak kes-kes kelalaian kaum bapa dek kerana 'panggilan' minat. Minat atau cenderung seseorang kepada sesuatu perkara pun sukar nak digambarkan melalui kata-kata dan tulisan. Hanya sipeminat tersebut yang akan puas sendiri begitu sahaja. Umpama nikmat manis, masam, sakit dll.

Bagi ditempat tinggal abah sendiri, oleh kerana hutan belantara yang luas ,maka agenda berburu binatang pilihan utama. Menahan jaring, dan sebagainya menjadi minat dan pilihan kaum bapa. Pilihan ini dan minat terkadang bergantung kepada waqi atau keadaan setempat.

Kumpulan yang suka menjadi pemburu ni masuk hutan 2/3 hari bermalam dalam hutan dah jadi perkara biasa. Kekadang kumpulan ini anggotanya dari orang kampung yang bekerja kampung hinggalah kepada mereka yang bergelar pensyarah. Pendekata orang kecil ada, orang besar ada, orang kurang pelajaran ada yang berpelajaran tinggi pun ada. Macam2 ade lah.

Bagi orang yang tidak berminat dengan benda2 tu. Dia akan rasa pelik, kaget, kerja membazir, tak berfaedah dan macam2 lagi. Dia akan hujahi 1001 benda dengan alasan sekali. Bagi golongan ini sukar nak terima kerana makna kepuasan itu sendiri payah nak dimengertikan oleh golongan yang bukan dari ahlinya.

Begitu juga dengan kes di atas, ramai beranggapan macam mana ayah tinggal anak dalam kereta 1 jam , pergi cari umpan cacing, tangkap belalang. Kalau minat sangat hantar anak balik dulu, lepas tu pergilah. Itu kata kita. Bagi bapa berkenaan dia ada alasan tersendiri kerana faktor minat yang mendalam itu tadi.

Kerana faktor minat mendalamlah contoh Mawi digilai orang. Bukan tak ada penyayi macam beliau. Begitu juga kerana faktor minat rakyat mendalam maka TV3 buat siaran langsung perkhawinan Siti dan Datuk K. Kita katalah apa pun kat TV3 tapi dia kata dah minat sangat nak buat macam mana.

Oleh itu, bercakap bab minat mendalam ni jadi payah. Apa pun kita sebagai manusia ada pertimbangan. Maka gunalah kaedah2 ytang ada dengan sewajarnya. Fikir2 kan lah...

Abah....puas menggila

No comments: