Wednesday, October 18, 2006

Islam itu liberal atau liberalkah kita dengan Islam ?

Semasa coretan ini dibuat Ramadhan sudah melangkaui fasa III. Manusia muslim sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk merayakan Hari Raya Puasa ini. Sementara media turut tidak ketinggalan dengan menjamu penonton dengan siaran - siaran menarik berlatarbelakang pelbagai dimensi program umum, hiburan, ilmiah dan sebagainya. Setiap petang sebelum berbuka cuba kita senaraikan secara ringkas bermula dengan RTM1 paparan menjejaki manusia Islam di negara bumi Tembok Besar, RTM2 tak menjejaki ke mana-mana, Astro dengan program ziarah ke bumi Afghanistan dan TV3 menjejaki Rasul masuk musim ke 12 . Pendekatan masing-masing (saluran) berlumba-lumba menjaja, menayang, mempromosi program masing2. Tahniah dan syabas dengan usaha semuga dapat diteruskan dan dikekalkan serta hayatnya akan panjang.
Luarbiasa dan menarik adalah program Ziarah Astro bawah pengacaraan Wan Kamaruddin (apa ke jadah) bersama Dang Suria. Menjejaki jejak-jeak Taliban di bumi Afghanistan paparan demi paparan lah Wan dan Dang Suria. paparan penderitaan kemusnahan, keperitan dan kepayahan hidup di bumi para anbia itu. Gambaran betapa deritanya para penduduk kerana berada bawah sisa-sia pemerintahan Taliban ( oarng agama). Maka Abah terpanggil dan tercuit dengan banyak-banyak ziarah mereka itu dalam satu slot ungkapan Wan Kamaruddin antara lain melalui slot ziarah pada satu petang itu, menyatakan ..lihatlah para penonton semua di Afghanistan telah musnah kerana dimusnahkan oleh puak Taliban. Ungkapan itu merujuk kepada patung Buddha tertua di dunia yang telah dimusnahkan oleh puak Taliban.
Maka jelaslah kepada kita betapa golongan agama ini akan membawa negara terus ke zaman kemunduran. Zaman kepayahan dengan serba kemunduran, kemandiran. Secara halusnya inilah bentuk nilai pengorbanan yang terpaksa dibayar oleh para penduduk negara Afghanistan kerana memilih Taliban (Islam orthodok). Dalam erti kata lain bermaksud memberikan sesuatu perkara yang bernilai dan disayangi oleh penduduk kerana memberi lalauan dengan kaedah pemerintahan Islam Taliban, inilah harga yang perlu dibayar payahnya, peritnnya hidup dengan Islam penduduk Afghanistan sampai kini. Dia tak pula banding dengan Iran yang ada dekat situ. Tak taulah inilah Islam Sunni memerintah kot, sebelah tu (Iran) Islam Syiah. Kot-kotlah macam tu...
Jika kita soroti kembali lagi, bagi abah secara halus minda Wan Kamaruddin (walaupun skrip orang lain tulis) kita dapat rumuskan wan kamaruddin sebagai wakil yang mewakili generasi muda Melayu Islam Malaysia yang melihat Islam dan amal Islam (umpama 6 orang buta bersama gajah). Inilah bentuk minda Islam generasi kini. Minda Islam serba boleh, Islam tiada pantang larang, Islam tiada had dan sempadan. Islam bebas atau Islam liberal. Gerakan mencorakkan minda generasi muda yang sezaman dengan Wan Kamaruddin sedang berjalan samada kita mahu ataupun tidak.
Berbalik kisah tadi , jika diukur dan kita padankan bagaimana tindakan Nabi Ibrahim pada zamannya bertindak bersendirian memusnahkan ratusan patung berhala masyarakat waktu itu. Malah patung2 itu pula dibina dan dibuat oleh bapanya sendiri. Cuba kita bayangkan, dalam keseorangan, tanpa kuasa beliau bertindak betulkan minda masyarakat yang berminda patung sebagai tuhan. Tak kan lah kita rakyat minda kelas pertama tak dapat berfikir cara minda berkelas2 ini. Apalah yang hendaklah dibanggakan dengan patung Buddha tertua sedangkan bumi Afghanistan tidak ada lagi penduduk yang beragama Buddha, kita orang Islam sokmo diminta menjaga perasaan orang beragama lain.
Dalam kes ini Abah , teringat peristiwa yang sama dilaportulis dalam akhbar2 berbahasa Cina, PAS akan musnahkan patung2 Buddha bila berkuasa, hasil soalan provokasi antara Ketua Pembangkang PAS Ust Idris Omar ketika memberi reaksi soalan provokasi yang ditanya oleh Tee Lean Kear ADUN Indera Mahkota dalam Dewan Undangan Negeri Pahang pada tahun 5 tahun lepas. Media kita turut mainkan, tapi kembali senyap apabila DAP waktu itu membuat laporan polis dan saman tentang kebiadapan ADUN BN dari Indera Mahkota.
Apa yang mahu kita jelaskan kita pegagangan, penafsiran generasi muda tentang Islam. gambarannya tentang Islam. Sudah lah hampur 50 tahun merdeka institusi Islam diperkasakan tetapi agama Islam semakin tidak perkasa kerana dalam negara kita ada 15 mufti, 15 Jabatan Agama 15 buah Majlis Agama, IKIM, JAKIM, Masjid2 tersergam Indah, Islam yang di pusatkan iaitu di Pusat Islam, rakyat Melayu Islam murtad lebih 250,ooo. Sebenarnya apa yang tak kena dengan Islam kita. Hal inilah yang patut kita sedar dan kaji diri sendiri (muhasabah).
Apa yang kita buat, kita tidak ikhlas Islam tidak berkat , Islam yang tiada rohnya tiada, Kita akui bersungguhnya kita bina jasad Islam di bumi Malaysia. Kesungguhan pegang dan jaga Islam tak ada, kita jangan lah tipu Tuhan. Kita laporkan keperitan dan kepayahan Islam kat negara orang, adakah Islam dan orang Islam di negara kita hebat sangat. Lagi kita dedahkan keburukan , keaiban Taliban lagi itulah terdedah keaiban (keburukan ) kita sendiri. Tuhan tu maha adil.
Inilah kesimpulan Abah tentang Islam yang cuba dihala tujukan dinegara kita. Islam hadhari.,. islam hadir hari-hari, penganutnya hanyut dan lari.
Abah... masih asthafirullah hil azim, tak tukar dengan astaqa !!!

No comments: