Tuesday, March 31, 2009

PRK Bkt Gantang: Usulan Pelik PDRM

Berita kematian Altantuya sewanita model berbangsa Mongolia di Malayasia beluam selesai, kerana pembunuh sebenar belum ditemui, walaupun orang suruhan telah berjaya ditemui. Jika tengok siri rancangan CSI tentulah para penyiasat dah hampir mahu selesai. Cuma yang dapat selesai sikit baru ini ialah Gobind Singah Deo ahli Parlimen Kepong dari DAP. Akibatnya beliau digantung setahun kerana mengeluarkan kata hasutan dan tuduhan yang tidak dinafikan oleh sipertuduh tersebut.

Terkini di Bkt Gantang sempena pilihanraya kecil ,PDRM Perak di Taiping telah menetapkan syarat baru iaitu semua parti politik dilarang membahaskan isu Altantuya dan Kes Sultan UMNO ambilalih Kerajaan Sah Perak sebagai bahan kempen mereka. Sebabnya walluahalam, hanya PDRM sahaja yang tahu.

Padahal dalam Parlimen spekaer kata sesuatu usul tergempar boleh dibawa untuk dibahaskan mestilah melengkapi 3 syarat, perlu disegerakan, demi kepentingan awam dan !!!!> Ini di Bukit gantang PDRM tidak letakkan sebab musabab kenapa mengapa isu dua di atas tidak boleh disampaikan maklumkan kepada rakyat. Ini yang peliknya..


Polis larang sentuh isu Sultan Perak, Altantuya di Bukit Gantang

TAIPING: Parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang tidak dibenar menyentuh keputusan Sultan Perak dan juga kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai bahan berkempen.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Polis Taiping semalam.

Dengan syarat baru itu, keputusan Sultan Azlan Shah membolehkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Perak tidak boleh disentuh semasa ceramah kempen pilihan raya yang bermula kelmarin.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak mengesahkan pihaknya ada mengenakan syarat baru tambahan itu.

Kata beliau, pihaknya memutuskan demikian memandangkan kedua-dua kes berkenaan masih dibicarakan di mahkamah.

"Kes ini masih disebut di mahkamah... tidak boleh disentuh, dikhuatiri subjudis," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Kes bunuh Altantuya bermula 2006 dan masih berlarutan manakala beberapa kes saman menyentuh krisis politik termasuk yang mempertikaikan pelantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, menerajui BN, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat, juga sedang dibicarakan.

Peraturan itu melibatkan kesemua parti politik.

Terdahulu pada sidang media Kuala Sepetang dekat sini, ADUN Teja, Chan Lih Kang yang juga Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Perak berkata, parti-parti politik sudah tidak dibenarkan menyentuh isu-isu tersebut.

"Kami ingin tahu siapa yang membuat syarat baru ini. Mengapa perkara-perkara ini tidak boleh disentuh?" kata beliau.

Katanya, Pakatan Rakyat tidak akan merayu terhadap syarat tersebut sebaliknya akan terus membangkitkan kedua-dua isu berkenaan dan sedia menghadapi risiko kelak.

Kecuali isu Sultan Perak, kes Altantuya telah menjadi antara bahan utama dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebelum ini.

Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6.

Syarat 3,5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata "tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan".

Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, "kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan".

Polis mengeluarkan permit berkempen di bawah Akta Polis dan berhak mengenakan syarat berkaitan tempoh kempen dan sebagainya.

Kelmarin, PAS yang berhadapan dengan saingan calon BN berkata, polis telah mengurangkan tempoh berkempen selama sejam iaitu hanya dibenarkan sehingga 11 malam khususnya di kawasan luar bandar.

Pilihan raya kecil kali ini melibatkan tiga bahagian iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Jangkaan atau jangkuan yang terbeban ?

Najib diletakkan dengan 'bebanan'. Sebelum beliau dinobatkan dulu kata Ezam adalah seorang menteri paling cerdik dalam UMNO. Dr M pun pernah kata yang Najib adalah pilihan bagi kerusi PM .

Justeru kerana terbeban dan tidak terjangkau olehnya maka Pak Lah terpaksa berundur dan diundurkan. Walaupun baru sepenggal menjadi PM. Bebanan Pak Lah adalah ia membawa imej 'Mr Clean". Justeru, beliau tidak terjangkau dengan bebanan tersebut.

Maka tidak mustahil juga Najib juga tidak terjangkau. Tetapi sejauhmanakah UMNO ditolak. Begitu kes Pak lah terbeban apabila 5 buah negeri pada PRU12 terlepas ke tangan pembangkang. Walaupun pada PRU11 Pak Lah berjaya menyapu bersih semua kerusi Parlimen dengan majoriti 2/3. Waktu itu adalah cukup kuat dan hebat.

Tetapi oleh kerana terbeban dan tidak terjangkau dek dirinya dengan imej Mr Clean yang dibawa bersama tidak serupa dengan apa yang ditonjol dan dibuat olehnya. Maka dia terbeban, justeru dengan bebanan tersebut akhirnya terpaksa menewaskan diri.

Oleh itu, Najib mampukan membebaskan diri dengan bebanan dan jangkauan tersebut. Pulihkan ekonomi, kembalikan legasi UMNO, tangkis 'fitnah' ke atasnya ? Mampukah dia....nantikan

Wajah UMNO: Terbuka , terburai kini ?

Pusingan ini adalah pusingan bagi UMNO kecundang, sesudah 50 tahun melakukan penipuan, pelbagai helah, memanipulasi 3M, mempergunakan duit rakyat di kementerian macam duit UMNO, salah guna kuasa, kronisme dan bermcama-macam, akhirnya bau busuk tidak dapat dipekung lagi.

Sebenarnya kepincangan, penyelewengan, penipuan, salah guna apa sahaja, rasuah, bukan sahaja diketahui oleh pegawai atasan penjawat awam, dan swasta tetapi adalah oleh rakyat marhein bawahan dipelusuk desa dan kampung. Ledakan pecah busuk UMNO secara besar-besaran dibahas umum. UMNO kekal dengan legasi ini, penipuan, amnipulasi dan memperalat mana-mana pegawai awam menjadi kuda tunggangan mereka demi menghalalkan cara bagi kekalkan kuasanya. Itulah wajah sebenar UMNO.



UMNO masih belum pulih sepenuhnya


SHAH ALAM – UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih tidak berkemampuan menawan kerusi Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil kali ini kerana parti itu belum pulih sepenuhnya.

Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nidzammuddin Sulaiman berkata, dari sudut pandangan luar, parti terbesar itu dilihat masih berada di takuk lama.

Menurutnya, pandangan luar yang dimaksudkan itu ialah orang ramai, pengundi luar, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil memberi andaian UMNO tidak pernah berubah sepenuhnya serta ragu-ragu UMNO akan pulih.

“Saya nampak UMNO hanya pulih dalam kalangan ahli parti mereka sahaja, walau bagaimana pun orang luar (orang ramai, pengundi luar, NGO dan masyarakat menilai apa yang berlaku terutamanya pemimpin dikaitkan dengan politik wang.

“Keadaan ini menyebabkan masih ada pandangan dari luar dan pengundi lain yang akan memberi impak kepada pilihan raya kecil itu nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dr Nidzammuddin berkata, UMNO hanya dilihat pulih dari segi kesepaduan pemimpin dan proses peralihan kuasa kerana tiada sebarang pertelingkahan berlaku.

Beliau berkata, dalam konteks pilihan raya kecil di Perak masih tidak berapa baik sebab ia mempunyai kaitan dengan isu peralihan kuasa oleh UMNO dan BN baru-baru ini.

“Rakyat masih marah keadaan ini memberi persepsi negatif terhadap BN kerana mencuri kerajaan mereka.

“Dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat yang UMNO-BN sudah melakukan pemulihan mereka,” katanya.

Menurutnya, walaupun UMNO-BN mengalami masalah di Perak tetapi parti terbesar itu mampu meraih kemenangan di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak atas situasinya yang berbeza.

Ditanya mengenai calon Bebas, Mejar (B) Anuar Abd Hamid sedia menarik diri daripada bertanding jika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kembali menyertai UMNO, beliau berkata, mungkin itu satu perancangan rapi ingin menyatakan UMNO semakin pulih.

“Anuar mungkin pengikut Tun Dr Mahathir yang turut sama menyokong UMNO-BN sekiranya Tun mengambil keputusan masuk semula parti itu,” katanya.

Bohlah Ezam...!!!!

Ezam lah orang paling menyibuk dan disibukkan, selepas beliau menggunakan strategik menyerang dan memburuk-buruk belas bosnya, kali ini diberkempen di Bkt Selambau dan Bkt Gantang mengambil pendekatan sebaliknya. Iaitu dengan memuji-muji dan mengiakan pilihan yang dibuat oleh para perwakilan tetang barisan MT dan gandingan Jib sebagai barisan idaman dulu.

Kalaulah kitakira pendekatan semasa, bagi strategi politik ia sentiasa berubah-ubah, apatah lagi jika dalam politik masa yang diambil hampir puluh tahun, ia dah jadi pendekatan lapuk. Umpama contoh kita ambil bagaimana TGNA memberikan kerusi Parlimen kepada Ibarhim Ali di Pasir Mas. Kita kena ingat waktu itu negeri Kelantan memerintah negeri dengan kelebihan satu undi sahaja. Bayangkan bertapa genting dan getir suasana. Sepereti sedia maklum bawah Parlimen Pasir Mas ada 3 DUN, apa kata kalau dengan tidak meletakkan Berahim Ali tentulah ia akan emnajdi ancaman dan mengugat 3 DUN bawah Pasir Mas. tetapi dengan strategi TOk Guru waktu itu..ingat waktu itu (kita belum jangka PR menang di 5 negeri).

Akhirnya pendekatan Tok Guru berjaya. Berahim Ali dapat jadi wakil rakyat. Kita menyapu dan tinggalkan 2 nisan DUN BN di Kelantan. Inilah nilai tokokan tambahan jika kita belajar matematik campur sifir politik semasa.

Begitulah juga dengan Anwar Ibrahim semasa dia dalam UMNO. Ezam sudahlah modal politik awak dah basi. Kalau nak ampu janganlah merapu. Janganlah awak ingat awak pandai dan hebat sangat. Buatlah kerja awak, sampai nanti terpilih, dapatlah kot jadi exco Pemuda UMNO kot. Selamat berjuang Ezam....


Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.

Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai "antara orang paling cerdik."

"Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau... beliau mengatakan nama Najib... dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.

"Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno)," kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.

Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.

Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.

Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.

Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.

"Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.

"Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.

"Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden," katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.

Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya.

"Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik Umno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui Umno. Apa lagi Anwar nak kata?" katanya.

Ezam berkata, pemimpin-pemimpin Umno yang baru sahaja dipilih menerajui parti pada pemilihan Khamis lalu adalah pasukan terbaik yang pernah ditampilkan Umno dalam masa 10 tahun ini.

"Sebab itu, saya minta orang Melayu beri peluang kepada Umno untuk lakukan perubahan melalui pimpinan baru ini.

"Saya tidak kata Umno parti yang sempurna tetapi kekuatan Umno adalah kerana ia nampak kelemahan dan segera lakukan perubahan," katanya.

Ezam berkata, hal itu berbeza dengan PKR hanya akan menutup sebarang masalah yang dihadapi mereka dan ini terbukti melalui negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat yang sering menghadapi dan melalui peletakan jawatan dua pemimpin parti itu tanpa sebab yang jelas iaitu V Arumugam sebagai sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan Exco negeri.

"Selain itu, PKR kini bukanlah seperti yang mula-mula ditubuhkan dahulu di mana saya adalah antara pengasasnya.

"Dulu PKR juga adalah untuk berbilang kaum tetapi tunggaknya adalah Melayu.

"Setiap parti itu perlu ada tunggak supaya asasnya itu tidak menyimpang tetapi kini, semata-mata untuk mendapat undi masyarakat Cina dan India, Anwar sanggup memadamkan tunggak itu.

"Ia bukan kerana beliau sayangkan kaum Cina dan India, tetapi semata-mata hanya untuk kepentingan mendapatkan undi," katanya.

Disebabkan beliau muncul memberi ceramah setiap kali pilihan raya kecil, Ezam memberitahu, beliau didakwa oleh PKR sebagai seorang yang diperalatkan Umno.

"Saya nak beritahu, jika saya dianggap begitu kerana membela bangsa, agama dan negara saya, saya rela diperalatkan," katanya.

Beliau turut menyatakan kesediannya untuk berdebat dengan Anwar bagi menangkis tuduhan itu serta mengupas pelbagai permasalahan politik yang berlaku dalam negara pada masa ini.

"Saya sedia berdebat tetapi hanya dengan Anwar... bukan dengan pemimpin lain," katanya.

Bukit Gantang: Selesai banyak kes ?

Signal dan signifikannya jika PR yang diwaliki PAS memenangi P56 Bukit Gantang, PR minta al Sultan Perak membubarkan sahaja DUN Perak. Kedegilan berpanjangan kini bukan lagi kita berkhidmat untuk rakyat tetapi adalah mempertahankan nafsu. Sepatutnya pihak yang dituntut untuk membubarkan DUN patut bubarkan sahaja, kerana ia akan menyelesaikan banyak permasalahan dalam politik, bagi politik setempat sehinggalah politik negeri berkenaan.

Lekas-lekaslah cepat mereka mendapat petunjuk agar rakyat tidak diseksa sedemikian. Ingat kerjabuat kita itu, jika disertakan dengan niat atau nawaitu yang betul ALlah SWT akan beri pahala. Fikirlah hal ini secara bersungguh-sungguh, maruah atau apa-apa sahaja yang dialaskan sebagai alasan hendaklah dikesampingkan. Kembalilah...kembalilah



Pakatan mohon bubar DUN jika Nizar menang

TAIPING: Pakatan Rakyat tetap akan memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes saman mempertikaikan kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Menurut PAS ia merupakan ketetapan pihaknya sementara menanti kes itu yang kini didengar Mahkamah Tinggi.

"Jika Nizar menang kes berhubung pelantikan Nizar, kami tidak akan menunggu lama, keesokan kami akan memohon agar Sultan Perak memberi perkenan membubarkan DUN," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Alwi di sini hari ini.

Nizar, yang dilantik Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12, turun daripada jawatan itu selepas kerajaan negeri pimpinanannya jatuh ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar PKR dan DAP.

Justeru. Nizar memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan pelantilan Zambry.

Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai majoriti di DUN, Asmuni berkata, perkara itu tidak timbul manakala Nizar masih merupakan Menteri Besar yang sah untuk berbuat demikian.

Awal bulan ini, Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN bawah pokok selepas tidak dibenarkan memasuki premis DUN.

Nizar di mana, Nizar di mana-mana !

_m5f4994

Monday, March 30, 2009

Barisan MT UMNO - Najiob

Pemergian Pak Lah yang tidak bertarikh, katanya belaiu akan mengadap YDPA daripada Khamis kepada Rabu ini menandakan berakhirlah pengaruh dan legasi seorang mr clean dan cucu seorang ulama. Kini kumpulan kalah iaitu orang-orang kem Pak Lah terumbang ambing. Mereka lebih banyak memainkan politik pak turut atau politik sekali air bah sekali pantai berubah. Itulah politik melayu dan itulah poltik UMNO.

Jika kita bandingkan dengan tindakan dan pendirian seorang menteri wanita di Britain, beliau memohon maaf secara terbuka atas kesalahan moral suaminya menonton siri lucah dalam televisyen. Seementera televisyen itu digunakan dengan duit rakyat jumlahnya hanya RM25 sahaja. beliau mohon maaf.

Bayangkan kalau kita di malaysia menjadi rakyat yang berprinsip maka sudah lama mana-mana calon dalam pemilihan MT UMNO gagal mahu pulang dan kekalkan diri bersama kabinet. Dan bayangkan juga barisan kabinet MT kali ini jelas adalah pasukan Najib yang membarisinya. Walapupun kita tahu beberapa nama barisan kabinet UMNO itu bermasalah. Contoh spt JJ dan lainnya. Maka jauh amalan cakap-cakap dengan buatan kita, walaupun kita ada islam bersama-sama kita.


Ahli MT tidak semestinya jadi anggota Kabinet

PEMILIHAN pucuk pimpinan UMNO Khamis lalu memperlihatkan kombinasi yang cukup baik antara generasi baru dan lama.

Ramai pemerhati berpendapat ia merupakan adunan muka baru dan lama yang diharapkan dapat membawa perubahan kepada parti seperti yang ditekankan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemilihan orang muda seperti Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim selain muka baru seperti Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Ismail Sabri Yaakob, Noh Omar, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Datuk Shaziman Abu Mansur, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Bung Moktar Radin menggambarkan perubahan yang diinginkan.

Mereka ini sudah pasti akan melengkapi orang lama yang berpengalaman seperti Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis, Datuk Mustapa Mohamed, Datuk Seri Musa Aman dan Dr. Norraesah Mohamad.

Bagi kira-kira tiga juta ahli UMNO di seluruh negara tentunya sangat berharap barisan yang dipilih itu merupakan saf terbaik yang telah diberikan mandat oleh perwakilan untuk membantu Presiden mengukuh dan mengembalikan semula kegemilangan parti.

Ahli-ahli di seluruh negara yang hanya mampu melihat dari jauh itu juga tentu berharap perwakilan yang mengundi kelmarin telah melaksanakan mandat yang diberikan oleh cawangan dan bahagian dengan penuh amanah dan bijaksana.

Andai kata mandat akar umbi ini tidak tertunai maka natijahnya ialah sokongan terhadap parti akan tergugat.

Sebab itu ramai pihak berharap barisan baru MT benar-benar merupakan manifestasi akar umbi yang mahukan perubahan dan mahukan mereka yang dipilih adalah pemimpin yang mewakili akar umbi.

Namun keputusan telah dibuat. Pemimpin sudah dipilih. Barisan baru MT UMNO telah diketahui.

Kini merupakan masa untuk membuktikan bahawa ia adalah barisan terbaik dan berwibawa yang mampu membawa perubahan dan seterusnya mengembalikan semula kepercayaan dan sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada UMNO.

Bagi anggota MT yang juga ahli Parlimen, buang dulu jauh-jauh cita-cita untuk menganggotai Kabinet.

Berada dalam MT UMNO tidak bermakna mereka perlu berada dalam Kabinet.

Ada sesetengah pemerhati berpendapat jika ahli MT UMNO dilantik menganggotai Kabinet maka peranan mereka terhadap parti dan ahli akan terhad.

Apabila berada dalam kerajaan sudah tentu sukar bagi mereka mengkritik atau membetulkan dasar kerajaan yang kurang menguntungkan orang Melayu.

Dalam kerajaan mereka adalah pembuat dasar negara yang tidak boleh memihak kepada kepentingan Melayu semata-mata.

Jika ini berlaku maka ia dianggap satu kerugian kepada UMNO kerana pemimpinnya tidak boleh berperanan sebagai pendesak.

Tetapi jika sebahagian daripada ahli MT ini berada di luar kerajaan, UMNO akan mempunyai dua pasukan yang kuat.

Satu pasukan dalam kerajaan yang akan memastikan kepentingan Melayu diutamakan dalam setiap dasar yang dirancang.

Sementara satu pasukan lagi ialah pasukan ahli di luar kerajaan yang akan menjadi pemerhati dan pengawas kepada setiap dasar yang dilaksanakan supaya tidak meminggirkan kepentingan agama dan bangsa.

Dengan itu akan wujud konsep semak dan imbang atau check and balance antara MT UMNO dan Kabinet kerajaan.

Dikhuatiri jika ahli MT berada dalam kerajaan, peranan semak dan imbang tidak akan berlaku. Malah mereka juga tidak dapat berperanan seperti yang diharapkan oleh akar umbi.

Kalau sudah menjadi anggota kerajaan mereka tidak boleh mengkritik dasar yang telah diluluskan secara konsensus dalam Kabinet.

Sebab itu, para pemerhati berharap barisan MT yang baru dilantik perlu mengutamakan kepentingan parti daripada nafsu sendiri.

Mereka dipilih oleh UMNO untuk memperjuang parti dan nasib orang Melayu di negara ini terutama lebih tiga juga ahli parti.

Sebagai ahli MT mereka perlu mengutamakan khidmat untuk ahli-ahli UMNO dan orang Melayu. Sebab itu keutamaan mereka perlu betul. Jangan menggunakan kedudukan dalam MT untuk memburu jawatan Kabinet semata-mata.

Jika jawatan dalam Kabinet akan mengehadkan pergerakan serta sumbangan dalam memperjuangkan nasib orang Melayu maka lebih baik mereka berada di luar kerajaan.

Kelebihan UMNO untuk membentuk dua pasukan yang mantap di dalam dan di luar kerajaan ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya jika kepimpinan parti benar-benar mahu membawa perubahan.

Bayangkan jika semua ahli MT adalah anggota Kabinet. Mesyuarat MT sudah tentu akan jadi lebih kurang sama dengan mesyuarat Kabinet.

Sebab itu UMNO perlu meneliti perkara ini secara terperinci. Jika ingin melakukan perubahan, ini merupakan salah satu elemen yang perlu difikirkan.

Pisahkan MT dan Kabinet supaya UMNO mempunya kuasa pendesak yang kuat dan tidak boleh dipertikaikan oleh rakan-rakan komponen lain.

Sekiranya, ahli MT ini merupakan anggota kerajaan, jika mereka mendesak sesuatu yang membabitkan kepentingan Melayu sudah tentu akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakan komponen.

Sebagai menteri misalnya, apa yang dilakukan mesti untuk kepentingan semua. Bukan untuk Melayu semata-mata.

Sebab itu dibimbangi ahli MT yang berada dalam Kabinet akan terikat dan tidak mampu menyuarakan hasrat dan keperluan akar umbi dengan berkesan.

Nilai Moral Seorang menteri Barat yang hebat !!

Bayangkan tuan-tuan seorang menteri wanita di negara Barat mohon maaf kerana gara-gara suaminya menonton filem lucah gunakan duit kerajaan(rakyat).Di sini kita mahu paparkan nilai yang dibawa iaitu nilai yang digunakan sebagai piawaian manusia yang partinya membentuk kerajaan dan juga tanggungjawab individu yang diberi amanah rakyat adalah sesuatu yang sungguh luarbiasa berbanding nilai dan amalan pimpinan politik dalam negara kita Islam Hadhari.

Keteguhan nilai, walaupun tidak mendapat tarbiyyah khas. tetapi jatidiri menteri ini amat membanggakan. Ini kerana pertama dia bukan Islam, tiada langsung nilai-nilai islam dalam dirinya, yang ada adalah nilai-nilai murni yang dia dapat melalui pendidikan sivik dan kewarganegaraan kot. tetapi nilai yang dipegang dan digunapakai memalukan kita sebagai umat islam yang dididk dan ditarbiyyah sejak kecil dengan sifat2 mazmumah. Maka menteri ini lebih dulu mengamalkan dan membudayakan dalam masyarakat mereka. Mereka takutkan tanggungjawab itu memakan diri, inilah baru namanya pimpinan yang datang dari rakyat dan untuk rakyat.





Menteri minta maaf suami lihat filem lucah




LONDON - Setiausaha Dalam Negeri Britain, Jacqui Smith (gambar) memohon maaf kerana memasukkan tuntutan kos tayangan sejumlah filem, termasuk untuk kategori dewasa, yang ditonton di rumahnya ke dalam perbelanjaan Ahli Parlimen.

Smith mengemukakan tuntutan untuk lima filem yang ditonton menerusi beberapa saluran televisyen berbayar di rumahnya pada April tahun lalu.

Dua filem itu yang setiap satunya dikenakan caj AS$7 (RM25) memiliki klasifikasi hanya untuk tontonan orang dewasa.

Media Britain melaporkan semua filem kategori dewasa itu ditonton oleh suaminya.

Smith dalam satu kenyataan semalam menyatakan tuntutan bagi pakej televisyen itu dibuat secara tidak sengaja dan dia akan membayar balik kos tersebut.

Dia kini disiasat sebuah badan kawal selia etika Ahli Parlimen berhubung tuntutan ke atas kediamannya di Redditch, 190 kilometer ke barat laut London ketika dia tinggal bersama-sama adik-beradik perempuannya di sini. - AP


Kelaku buruk UMNO


Tabiat dan kelaku buruk UMNO adalah memberi keburukan lawannya khasnya kali ini Nizar dengan seburuk-buruknya. Buruknya Nizar dengan dicuba diburukkan oleh UMNO bahawa dia dianggap dan tohmah sebagai calon DAP. Inilah sebenarnya UMNo sudah kekeringan idea dan miskin. Hatta jika diletakkan siapa-siapa pun, oleh PAS calon itu adalah calon PAS. Begitulah juga dengan UMNO meletakkan calon UMNO maknanya ialah adalah calon UMNO mewakili BN. hal ini tidak sukar difahami.

Kedua, membuat tohmahan bahawa ANwar adalah talibarut, taliperut, atau perkakas AS. Itu sukar dipastikan, oleh kerana kehebatan Anwar dicemburui kawan dan lawan ketokohnya yang bisa dan kini bakal menggugat legasi UMNO. Maka strategik nya adalah menyerang, memburuk, dan segala macam usaha agar rakyat diyakini. Biarpun UMNO BN pernah bersengkokol dengan Yahudi, bangsa yang dilaknat oleh semua penghuni dunia. UMno mahu tetap berkawan, kawannya melalui iktiraf Mhamod Abas.





9
Nizar 'calon' DAP? Isu Derhaka dominasi kempen BN

Anwar, Elizabeth Wong juga dibangkitkan ceramah BN

TAIPING: Kempen malam pertama pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang menjurus isu krisis politik di Perak, yang berusia dua bulan, dengan menyerang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rata-rata ceramah-ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) khususnya Umno malam tadi menyifatkan Nizar sebagai penderhaka institusi raja khasnya Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat pula dilihat sebagai boneka Amerika Syarikat (AS). Malah PAS didakwa menurunkan Nizar sebagai calon atas kehendak DAP.

Turut dibangkitkan pada hari pertama kempen ialah isu gambar bogel ADUN Bukit Lanjan dan Exco Selangor, Elizabeth Wong. Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak ketinggalan daripada dihentam semasa kempen.

Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang dipilih Rabu lalu melabelkan Nizar sebagai calon yang dipilih oleh DAP dan melambangkan "satu penderhakaan kepada Sultan."

"Kalau mengundi Nizar bermakna memilih orang yang mahu menderhaka dan menghina raja... kawan baik kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP)," katanya pada majlis pidato perdana di kawasan Changkat Jering dekat sini malam tadi.

Pagi semalam Karpal menjadi serangan balingan botol, dipercayai dilakukan oleh penyokong-penyokong BN ketika beliau memasuki kawasan penamaan calon di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohamad Noor yang menyertai Umno Jun lalu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Datuk Rosli Hussin yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang serta Pegawai Khas kepada Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Rosli pula berkata, Nizar bertanding "atas perasaan marah (kerana hilang kuasa sebagai Menteri Besar), bukan kerana mahu berkhidmat (untuk rakyat)."

"Kalau dipilih, yang mana beliau akan berikan khidmat... yang tua (kawasan DUN Pasir Panjang) ataupun yang muda (Parlimen Bukit Gantang)," kata beliau.

Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang, yang dimenangi pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Nizar yang ditemui pagi ini di Markas PAs berkata, beliau sudah menjangkakan pendekatan ini yang disifatkannya sebagai "pembunuhan karakter."

"Ini bukan berlaku sekarang tapi dari awal lagi dah lama berlaku...ini sudah digunakan oleh Umno sejak 5 Februari lalu (sejak kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir)," katanya ketika ditemui pagi ini. Justeru kata Nizar, beliau tidak tertekan dengan penggunaan isu berkenaan, "sebaliknya bersemangat dan terhibur."

Di Bukit Gantang, Nizar berhadapan dengan saingan calon BN, Ismail Saffian dan wakil Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkembangan itu menunjukkan BN dan Umno masih menggunakan cara lama berpolitik.

Sambil menafikan PAS dipaksa DAP untuk memilih Nizar sebagai calon, Mustafa berkata, memang DAP ada mencadangkan nama Nizar melalui kenyataan akhbar tetapi pihaknya memilih daripada lima nama yang telah disenaraipendekkan.

"Tidak, tidak, tidak," kata beliau yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Induk Bukit Gantang ketika ditanya sama ada DAP mahukan Nizar sebagai calon.

Nizar dipilih berdasarkan faktor boleh membawa kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bukannya kerana disyorkan oleh DAP semata-mata.

Nilai agama di mata seorang ustaz !!!

Hari kelmarin penulis berkesempatan menziarahi anak yang tinggal di asrama. Maka penulis dan keluarga pergi bersama-sama , maklumlah anak-anak memang suka berjalan, apatah lagi dihujung minggu.

Maka sesampai penulis, penulis dan keluarga menunggu anak sementara ia sedang bersiap-siap, penulis lihat ramailah ibubapa yang jauh dekat datang, mereka kebanyakan ibubapa ini berkereta belaka. Keretanya tidak mudah besar-besar belaka , majoriti memakai kereta MPV.

Semasa penulis menunggu-nunggu itu, penulis mengerakkan kereta sambil menelusuri kawasan asrama. Banyaklah yang penulis berhatikan guru-guru sibuk melatih pelajar-pelajar beriadah jam waktu itu mencecah pukul 10 pagi.

Dalam menelusuri ke sana kemari dengan kereta, penulis terserempak dan kenal susuk tubuh yang berdiri ditepi jalan, rupa-rupanya beliau adalah kenalan penulis di kampung yang merupakan seorang ustaz. Penulis bersalam bertanya khabar gitu gini dan sebagai. Maka dalam banyak bual bicara maka terkeluarlah ngomel dan komen penulis bahawa sekolah asrama ini banyak main daripada belajar. Jawap ustaz tersebut tidak perlu risau bebudak sini pandai-pandai iaitu kalangan anak-anak cerdik. Penulis angguk tanda setuju, penulis menyambung lagi sebenarnya saya mahu anak saya ini kekal belajar di sekolah menengah agama, tetapi kerana mendesak itu ini, akhirnya penulis akur sahaja, maka kata penulis sayangkan pelajar agama terus tinggal dan peluang itu tidak akan dapat semula. Masa dan waktu beliau lalu masa muda adalah sekali sahaja.

Sebenarnya, oleh kerana kita masing-masing hidup dalam dunia yang membesarkan madiyyah atau kebendaan. Kita dan termasuk orang sekitar dibentuk dan terbentuk minda dengan acuan dunia yang membesarkan kebendaan. Nilai agama terlalu dikecilkan. Payahlah kita meletakkan nilai agama dalam masyarakat madiyyah. Payahlah kita mahu mengembalikan zaman para sahabat dan tabiie dengan agama itu adalah keutamaan dalam hidup kita.

Jsuteru, jika pemikiran orang agama sebegitu maka payahlah kita, lambatlah Islam mahu digembilangkan. Jsuteru kita mahu orang akedemik diulamakan.

UMNO: Patut ukur diri dan sedar diri ?

ALlah dalam Al Quran mahfumnya minta kita manusia berlumba-lumba membuat kebajikan. Justeru tidak timbullah dalam kes Nizar yang dilaporkan oleh akhbar merampas majlis BN. Kalaulah Nizar rampas majlis BN hebatlah Nizar. Padan benar dan patut sekalilah dia berdegil tidak akan melepaskan jawatan MB yang sah.

Rampasan Nizar adalah melalui hujah, merampas hujah maka UMNO yang hebat tu rampaslah dengan hujah dan berhujahlah dalam majlis itu dengan Nizar, yang hadir dan ada adalah Timbalan Presiden UMNO yang baru, beliau juga cukup hebat.

Berlumba membuat kebajikan ini bukanlah istilah dengki atau khianat, malah ia wajib berlumba-lumba membuat kebajikan, hatta agama sendiri tuntut dalam masjid atau rumah ALlah kita berlumba-lumba membuat kebajikan, apatha lagi menyampai majlis ilmu. Hakikatnya UMNO kena faham dengan kelebihan majlis ilmu. Dalam satu majlis bersamaan kita bersembahyang sunat sebanyak 1000 rakat bib.



Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS,

menjadi bahan kempen dalam beberapBlockquotea ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

Sunday, March 29, 2009

UMNO BN: Jangan angkuh dgn kuasa ?

UMNO BN memang mahu menang PRK Bkt Gantang kerana banyak sebab. Langkah dan perancangan mereka adalah menyekat mana-mana saluran , berita yang setidak-tidak akan sampai ke pengundi khas nya prk Bkt gantang. Caranya ialah mengharamkan media pembangkang iaitu harakah dan Suara Keadilan.

UMNO BN dalam berstategik mengerat kakitangan, mata telinga lawan. Justeru lawan yang masuk bertanding kini tidak cukup dan sempurna sifat. permainan tidak rata antara parti pemerintah dan pembangkang dalam menghadapi pilihanraya samada kecil atau umum sudah diketahui umum.

UMNo telah belajar daripada 2 pilihanraya keciil terdaulu iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Keputusannya menkecundangkan mereka dan memalukan mereka. Ini adalah sejarah dalam politik negara kita. Dengan ketidak sempuranaan parti pembangkang, mereka UMNO BN yakin mereka akan memenangi mudah pilihanraya kecil ini. Itu adalah harapan mereka.

Tetapi mereka sebenarnya lupa, perancangan mereka adalah sekadar perancang. Ada lagi kuasa yang besar. Apabila datang takdir ALlah maka gugurlah tadbir manusia. Para pejuang Islam jangan lupa. Apa pun dekatkan lah diri dengan ALlah nescaya kemenangan bukanlah segala-galanya.



Pengurusan Harakah kemuka rayuan kepada KDN

TAIPING: Pengurusan Harakah telah mengemukakan rayuan agar Kementerian Dalam Negeri membatalkan penggantungan selama tiga bulan ke atas organ PAS itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pihaknya telah mengemukakan rayuan sehari selepas kerajaan menggantung akhbar dua kali seminggu itu.

"Kami telah membuat rayuan dengan segera, pada hari keesokan selepas dimaklumkan tentang penggantungan selama tiga bulan," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir sesi penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Bukit Gantang pagi ini yang ditandingi calon PAS dan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin iaitu bekas Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak menggariskan apa-apa perkara asas dalam rayuan itu.

"Surat yang kami terima pun tidak menyatakan alasan penggantungan...hanya kenyataan mereka menyebut Harakah memutarbelitkan fakta.

"Fakta ialah fakta tidak timbul soal diputarbelitkan. Ia bergantung bagaimana kamu membuat tafsiran," katanya.

Ketika ditanya harapan keputusan ke atas rayuan, beliau berkata, "kami berharap tetapi tidak tahu bila akan diketahui."

Berhubung soalan sama ada akan menerbitkan Harakah sementara rayuan diteliti, Kamaruddin berkata, pihaknya akan berusaha untuk terus menyalurkan maklumat kepada sejuta ahlinya buat masa sekarang ketika berlakunya isu-isu penting iaitu pilihan raya kecil dan peralihan kuasa.


Pesanan kepada para pengundi di PRK 3 Negeri !!

Selepas Pemilihan UMNO, gembar gembur kepimpinan UMNO dibarisi baarisan yang mantap dan hebat, amat mempesonakan semua rakyat malaysia. Ujian pertama gandingan mantap adalah perkenan YDP agar Najib diberikan kerusi PM dengan mudah atas apa yang di namakan Peralihan Kuasa. Ujian kedua bagi barisan mantap UMNO peneraju teras BN ini adalah bagi mencipta kejayaan cemerlang menyapu bersih kerusi di 3 pilihanraya kecil di tiga negeri secara serentak bermula semalam dan tamat 7 April ini.

Ujian ketiga, adalah ujian yang perit bilamana rakyat Malaysia sejumlah 26, 000 orang akan kehilangan kerja. Ujian ini tentulah tidak dirasai sangat kesalahan diletakkan kepada mereka kerana media arus perdana pandai menyembunyikan kesalahan - kesalahan tersebut. sistem backup media arus perdanalah yang selama hari ini menyebabkan rakyat ditipu minda dan dirosakkan secara beransur-ansur. Dengan mengkiblatkan UMNo sahaja lah tuhan mereka di bumi Malaysia khususnya kepada orang-orang Melayu.

Justeru pada hari ini, media elektronik memaparkan dengan audio visual tentang kehebatan calon-calon BN dengan menggamabarkan tahap kepedulian mereka yang teramat hebat, sehingga sukar digambarkan dengan pena. Namun selepas itu, bagaimana ? Kita mahu bertanya dimana wang bantuan tsunami kepada para penduduk Kedah yang kini masih tidak lagi berpindah ke rumah yang dijanjikan mahu disiap dan diberikan kepada mereka? banyaklah lagi kes-kes lain dan isu-isu lain.

Oleh itu, rakyat kena ingat UMNO BN adalah parti penipu. Tolak mereka melalui peti undi pada 7 April ini.

Undang 2 Islam: Dari kacamata wikipedia dunia

Beginilah Catatan dalam Ensaiklopedia WIKIPEDIA tentang undang-undang islam. Apa yang dapat kita fikirkan. Betapa lemahnya kita adalah orang Islam , dimana aktivitis dan pejuang islam. maka tidak hairanlah Islam begini jadinya.


Sistem perundangan yang utama di dunia

Lihat juga: Sistem-sistem perundangan dunia

Terdapat beberapa sistem undang-undang di dunia, di antaranya ialah:

[sunting] Sistem perundangan Common Law

Rencana utama: Common law

Sistem perundangan Common Law adalah tradisi Inggeris berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah yang dulu mengikat kes-kes seterusnya dengan pengamalan doktrin stare decisis. Perlulah difahami bahawa istilah Common Law adalah istilah teknikal dan bukan merujuk kepada makna literal. Sistem ini sekarang diamalkan di Ireland, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Kanada (tidak termasuk Quebec), dan Amerika Syarikat) (negeri Louisiana menggunakan kedua-dua common law dan sistem perundangan sivil Napoleon). Sebagai tambahan, negara-negara lain seperti Malaysia, Pakistan, India dan Nigeria beroperasi berdasarkan campuran common law dengan undang-undang adat istiadat dan agama tempatan.

[sunting] Sistem perundangan sivil

Rencana utama: Sistem perundangan sivil

Sistem perundangan sivil adalah undang-undang berkod yang mengunapakai satu sistem peraturan komprehensif yang diaplikasi dan ditafsir oleh para hakim. Ia merupakan sistem perundangan yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia dengan 60% daripada penduduk dunia menduduki negara yang ditadbir oleh sistem perundangan sivil.

Apabila undang-undang sivil dirujuk sebagai sistem perundangan, maka konsepnya perlulah dibezakan dengan istilah undang-undang sivil (yang merujuk kepada jenis undang-undang)di dalam sesebuah negara.Sistem perundangan sivil adalah merujuk kepada sistem perundangan yang berasal daripada sistem perundangan Roman. Sistem perundangan ini diamalkan di kebanyakan negara Eropah. Manakala istilah undang-undang sivil (yang bukan merujuk kepada sistem) adalah merupakan undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat seperti undang-undang kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya. Selalunya undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat dibezakan dengan undang-undang jenayah.

Pembezaan paling ketara sistem perundangan sivil dengan common law adalah bahawa secara lazimnya, hanya enakmen legislatif adalah mengikat dari segi undang-undang, tetapi bukan kes-kes duluan, kecualilah satu perkara yang serupa telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih agung. Tetapi sebagai satu pengamalan yang praktikal, mahkamah-mahkamah biasanya mengikut keputusan mereka yang lalu. Tambahan pula, dalam sesetengah sistem perundangan sivil (sebagai contoh di Jerman), tulisan para cendakiawan undang-undang mempunyai pengaruh yang kuat keatas mahkamah-mahkamah.

Dalam kebanyakan bidang kuasa pusat undang-undang khusus adalah kodifikasi dalam bentuk kod sivil, tetapi di sesetengah bidang seperti di Scotland, mereka tidak pula dikodifikasikan. Sistem perundangan sivil sebagaimana dinotakan diatas mempunyai asas dalam undang-undang Rom, yang diamalkan oleh para cendakiawan dan mahkamah daripada zaman pertengahan Eropah. Kebanyakan sistem moden kini berbalik kepada gerakan kodifikasi abad ke-19. Kod sivil ramai negara, terutama bekas jajahan Perancis dan Sepanyol menyerupai Code Napoléon dalam sesetengah hal tetapi tidak untuk kawasan Eropah timur, Eropah tengah, Scandinavia dan negara-negara Asia timur. Dinotakan juga bahawa BGB Jerman diolah daripada undang-undang Rom dan tradisi perundangan Jerman sendiri, dan adalah satu pengaruh kepada kod sivil dalam negara lain.

Kepentingan Code Napoléon tidaklah boleh diperbesarkan kerana ia hanya merangkumi sesetengah cabang undang-undang khusus, dimana kod-kod lain pula mentadbir undang-undang koperat, undang-undang cukai dan undang-undang perlembagaan.

[sunting] Sistem perundangan adat

Rencana utama: Undang-undang adat istiadat

Undang-undang adat istiadat adalah sistem perundangan yang telah berkembang mengikut acuannya sendiri dalam sesebuah negara dan telah diadaptasikan mengikut keperluan satu budaya. Notakan juga bahawa undang-undang adat juga boleh relevan dalam bidang kuasa mengikut tradisi perundangan lain dalam bidang atau subbidang perundangan dimana tiada enakmen legislatif yang wujud. Sebagai contoh, di Austria, para cendakiawan undang-undang khusus sering berkata bahawa undang-undang adat terus wujud, manakala cendakiawan undang-undang umum mempertikaikan dakwaan ini. Walau bagaimanapun, mencari contoh yang relaven dari segi praktikal adalah susah.

[sunting] Sistem perundangan agama

Rencana utama: Undang-undang agama

Ramai negara mendasarkan sistem perundangan mereka yang berkait agama keatas kawalan agama itu sendiri, sebagai contoh ajaran dalam Mitzvah yang didasarkan agama Yahudi. Sistem yang paling dominan yang berbentuk begini adalah Syariah atau undang-undang Islam. Pada hari ini, undang-undang ini hidup dalam bentuk yang paling tulen hanyalah di Arab Saudi akan tetapi negara-negara Islam lainnya juga mengamalkan ia dengan campuran sistem perundangan lain, sebagai contoh Malaysia mengaplikasi sesetengahnya dalam perihal seperti perceraian dan pembahagian harta.

Halakha atau undang-undang Yahudi diikuti pengikut orthodoks dan pengikut konservatif Yahudi (dalam bentuk berbeza mengikut mazhab) dengan berkait kedua-dua segi agama disamping segi sivil. Akan tetapi berbeza dengan Syariah, tiada negara di dunia kini yang mengamalkan undang-undang Halakha dengan sepenuhnya, termasuklah Israel sendiri.

Pada peringkat yang lebih kecil, masih ada kawasan di dunia ini yang mengamalkan undang-undang kanun yang diikuti penganut Katolik serta Anglican dan satu sistem perundangan yang serupa diamalkan oleh Gereja Orthodoks Timur. Tetapi, undang-undang kanun Kristian hari ini berkait dengan agama sahaja, tidak seperti Syariah yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti harta, kontrak, hubungan perdagangan dan perlindungan ganti rugi) serta undang-undang pentadbiran.

[sunting] Sistem perundangan Sosialis

Rencana utama: Undang-undang Sosialis

Sistem perundangan Sosialis (kadangkala dirujuk sebagai sistem perundangan Komunis) pula telah diamalkan di kebanyakan negara-negara komunis seperti bekas Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan China akan tetapi sama seperti ideologinya semakim pudar dan lenyap ketulenannya. Kedua negara yang disebut ini kini lebih cenderung kepada perundangan sivil seperti kebanyakan negara lain.

[sunting] Badan undang-undang

Dalam istilah yang paling meluas, badan undang-undang boleh di subbahagiankan diatas dasar dimana siapakah pihak-pihak kepada satu tindakan. Adalah selalu untuk bidang perundangan yang kelihatan berbeza mempunyai pertindanan.

[sunting] Undang-undang khusus

Rencana utama: Undang-undang khusus

Cabang undang-undang khusus dalam satu sistem perundangan merangkumi undang-undang yang mengawal pertikaian antara individu peribadi (bukan negara). Cabang ini adalah cabang paling komprehensif undang-undang kerana berkait dengan semua kecederaan bukan jenayah yang dilakulan oleh seseorang kepada orang yang lain. Undang-undang khusus boleh merujuk kepada undang-undang sivil, tetapi tidak boleh dikelirukan dengan sistem perundangan sivil yang diamalkan ramai negara.

Undang-undang antarabangsa khusus adalah lanjutan pertikaian diantara individu yang merentasi persimpadanan. Ia merangkumi kesemua kontrak perdagangan seperti bil-bil muatan (untuk perkapalan) dan hak-hak individu seperti warisan harta. Elemen penting undang-undang antarabangsa khusus masih belum dikodifikasikan (sebagai contoh lex situs - tempat wajar pemilikan harta) tetapi telah diiktiraf pelbagai negara dengan itu masih wujud sebagai undang-undang adat.

Apabila tafsiran undang-undang antarabangsa khusus berlainan antara bidang-bidang kuasa, muncullah konflik undang-undang.

[sunting] Undang-undang umum

Rencana utama: Undang-undang umum

Cabang undang-undang umum, secara umumnya, adalah undang-undang dalam suatu sistem perundangan yang merangkumi organisasi undang-undang pelbagai cabang kerajaan dan institusi-institusi negara, disamping pertikaian diantara negara dan individu peribadi yang bermastautin dalam negara berkenaan. Negara boleh membawa tindakan undang-undang keatas orang untuk perbuatan jenayah mereka, disamping pelanggaran undang-undang regulasi. Undang-undang umum boleh dibahagikan kepada tiga subkatagori; undang-undang Pentadbiran, Perlembagaan dan Jenayah.

Berdasarkan prinsip yang sama, individu juga boleh menyaman kerajaan untuk sebarang kesalahan yang ia timbulkan keatasnya. Ini termasuklah dasar pelanggaran regulasi, legislasi dalam perkara yang tidak menjadi bidang mereka, atau pelanggaran hak seseorang individu. Poin kedua-dua yang akhir ini biasanya diberi perlindungan dibawah perlembagaan satu negara.

[sunting] Undang-undang prosidur

Rencana utama: Undang-undang prosidur

Undang-undang prosidur mengenai kawasan perundangan yang berkait proses undang-undang. Ini merangkumi siapa yang boleh mendapat akses kepada sistem kehakiman, bagaimana suatu bantahan dihantar, dan apakah hak-hak pihak yang termibat. Secara lazimnya, ini dibawah dalam suatu kod prosidur sivil dan kod prosidur jenayah sesuatu negara. Akan tetapi ini juga merangkumi bukti yang menentukan apakah cara yang boleh digunakan untuk membuktikan fakta, disamping undang-undang berkenaan ganti rugi.

[sunting] Undang-undang antarabangsa

Rencana utama: Undang-undang antarabangsa

Undang-undang antarabangsa adalah undang-undang berkenaan antara negara, atau individu-individu negara-negara berasingan, atau organisasi antarabangsa. Kedua-dua sumber utama cabang ini adalah undang-undang adat istiadat dan triti.

[sunting] Falsafah perundangan

Rencana utama: Falsafah perundangan

Falsafah perundangan adalah satu cabang falsafah yang mengkaji persoalan asas mengenai undang-undang dan sistem perundangan seperti "Apakah itu undang-undang?", "Apakah kriteria untuk pengesahan undang-undang?", "Apakah perhubungan diantara moraliti dan undang-undang?" dan persoalan-persoalan serupa lain.

Dalam tradisi Barat terdapat beberapa sekolah pemikiran tentang asas falsafah undang-undang. Pertamanya, terdapat undang-undang semulajadi, yang cuba untuk menerangkan undang-undang sebagai satu kualiti yang berada dalam manusia yang dianugrahkan oleh alam. Kedua, terdapat positivisme yang mempercayai bahawa undang-undang hanyalah seratus-peratus ciptaan manusia yang digunakan masyarakat untuk menjaga keamanan sosial. Ketiganya terdapat realisme undang-undang yang mempercayai bahawa undang-undang adalah satu peraturan yang dikenakan sesuka hati, berdasarkan kepercayaan dan kecenderungan para hakim sahaja. Intepretasisme undang-undang adalah satu teori kontemporari undang-undang yang berlainan daripada positivisme dan undang-undang semulajadi. Tradisi Timur juga mempunyai falsafah perundangan tersendiri seperti legalisme.

[sunting] Antropologi undang-undang

Rencana utama: Maruah

Undang-undang mempunyai satu demensi antropologi. Ia telah diiktiraf ahli falsafah Montesquieu bahawa sehingga sekarang, undang-undang dibentuk oleh masyarakat yang diperintahnya. Satu kontinum dimana pelbagai masyarakat boleh diletak membezakan "budaya undang-undang" dengan "budaya maruah". Untuk mempunyai satu budaya undang-undang, masyarakat mesti berada dalam satu keadaan dimana ada satu kerajaan wujud yang penguasaannya adalah susah untuk dielak serta diiktiraf sebagai sah. Orang perseorangan mengambil pertikaian mereka kepada kerajaan dan agen mereka untuk penyelesaian. Keadaan ini dibezakan dengan budaya maruah dimana kepatuhan kepada hak dan barangan orang lain didasarkan ketakutan balas dendam yang mungkin menimpa mereka sekiranya mereka bertindak melanggarinya.

Budaya undang-undang mesti dijagai. Ia boleh menghilang dengan kepatuhan terhadap undang-undang yang beransur-ansur lenyap, yang berlaku sekiranya kerajaan terlalu lemah untuk menguatkuasakannya, ataupun larangan ketat yang cuba menghampuskan amalan-amalan yang telah sekian lama wujud dalam budaya atau subbudaya satu masyarakat (sebagai contoh, pengamalan dowri di India). Apabila satu budaya undang-undang lenyap, ada kemungkinan besar budaya maruah naik menggantikannya.

Perbezaan diantara budaya undang-undang dan budaya maruah adalah bersifat antropologi; ia tidak merangkumi falsafah perundangan atau satu sudut penglihatan dalaman undang-undang. Dalam budaya maruah, kebanyakan orang masih bersetuju bahawa undang-undang "masih wujud". Para ahli falsafah undang-undang juga masih memanggil peraturan-peraturan mereka undang-undang untuk pelbagai tujuan.

[sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah undang-undang

[sunting] Amalan undang-undang

Amalan undang-undang lazimnya dikawal oleh satu organisasi kerajaan atau satu badan regulasi bebas seperti persatuan peguam, majlis peguam, dan persatuan undang-undang. Untuk mengamalkan unang-undang, badan regulasi berkenaan mesti mengesahkan pengamal berkenaan. Biasanya ini memestikan pembelajaran undang-undang selama tiga atau empat tahun di fakulti undang-undang sesebuah universiti atau di sekolah undang-undang bebas. Kemudiannya, pelajar yang tamat pengajian undang-undangnya diberi ijazah Bachelor of Laws, Bachelor of Civil Law atau Juris Doctor. Selepas ini pula satu peperiksaan kemasukan (seperti kemasukan bar) perlu diduduki. Sesetengah negara pula mewajibkan satu lagi kelayakan vokasional sebelum seseorang dibenarkan mengamalkan undang-undang. Dalam kes dimana seseorang ingin menjadi barrister, ini akan bersambungkan Ijazah barrister-at-law diikuti oleh pengajaran oleh satu lagi barrister berpengalaman.

Ijazah undang-undang lajutan juga sering dikejari, walaupun meraka adalah ijazah akademik dan tidak diperlukan untuk pengamalan undang-undang. Ini merangkumi Master of Laws, Master of Legal Studies dan Doctor of Laws.

Selepas diakreditasi, seseorang peguam biasaya akan berkerja di satu firma guaman, dalam satu kamar sebagai satu pengamal sendiri, untuk satu kerajaan atau sebagai penasihat satu badan koperat. Satu lagi pilihan adalah untuk menjadi penyelidik undang-undang yang memberi perkhidmatan secara permintaan selidikan undang-undang melalui satu perkhidmatan komesial atau secara bebas. Ramai orang yang terlatih dalam bidang perundangan menggunakan ilmu mereka diluar bidang undang-undang secara keseluruhan.

Satu komponen signifikan kepada pengamalan undang-undang dalam tradisi common law melibatkan penyelidikan undang-undang untuk mengenalpasti situasi perundangan terkini. Ini biasanya merangkumi pencarian dalam loporan kes, periodikal undang-undang dan legislasi. Pengamalan undang-undang juga merangkumi penyediaan dokumen seperti rayuan mahkamah, taklimat yang berpengaruh, kontrak, surat-surat warisan dan amanah. Rundingan dan penyelesaian pertikaian juga merupakan sebahagian penting pengamalan undang-undang mengikut bidang.

[sunting] Salah faham umum

Keadilan disamakan dengan undang-undang

Sebahagian masyarakat berpendapat keadilan itu adalah undang-undang dan undang-undang adalah adil. Sebenarnya jika dilihat daripada aspek definisi moden undang-undang, keadilan berbeza dengan undang-undang. Idealnya suatu undang-undang itu adalah adil. Namun realitinya undang-undang tidak semestinya adil. Sebagai contoh sesuatu rang undang-undang akan menjadi undang-undang yang sah apabila diluluskan oleh Parlimen. Namun, tidak semestinya undang-undang tersebut akan dirasa adil oleh semua ahli masyarakat. Walau bagaimanapun jika dilihat undang-undang daripada falsafah Undang-undang Islam, maka umat Islam yang berpengetahuan percaya bahawa Undang-undang Islam adalah adil kerana ia bersumberkan daripada Allah yang mempunyai sifat adil. Jika ada sebahagian manusia memandang Undang-undang Islam itu sebagai tidak adil, mereka sebenarnya tidak memahami hikmah disebalik Allah menetapkan sesuatu undang-undang Islam tersebut dan bukannya Allah berlaku tidak adil kepada manusia.

Undang-undang dibuat oleh peguam atau undang-undang boleh diubah oleh peguam

Sebahagian ahli masyarakat berdebat dengan peguam dengan mengatakan sesuatu undang-undang itu tidak adil. Perbincangan adalah sesuatu yang baik. Namun ada sampai suatu peringkat sebahagian ahli masyarakat seolah-olah mempersalahkan peguam berkenaan ketidakadilan sesuatu undang-undang seakan-akan persepsi mereka bahawa peguamlah yang membuat undang-undang ataupun peguam boleh mengubah sesuatu undang-undang sekiranya ia tidak adil. Seperti yang dinyatakan sebelum ini undang-undang dibuat oleh badan yang membuat undang-undang. Di dalam sistem pemerintahan berparlimen, maka undang-undang dibuat oleh Parlimen. Manakala sebahagian undang-undang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri. Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah terdiri daripada ahli-ahli politik yang memenangi pilihanraya sesebuah negara atau negeri.

Tidak memahami dan seterusnya tidak dapat membezakan undang-undang bersifat substantif dengan undang-undang bersifat prosedural

Ada ketikanya seseorang awam berjumpa peguam dan dengan yakin meminta peguam mengeluarkan saman terhadap seseorang lain yang katakanlah telah meminjam wang berjumlah RM10,000-00 tetapi masih gagal membayar pada waktu yang ditetapkan. Orang awam tersebut yakin bahawa dia akan menang kes tuntutannya kerana baginya adalah jelas orang itu meminjam daripadanya dan masih tidak membayar hutang. Namun orang awam tersebut hampa apabila diberitahu oleh peguam bahawa mungkin beliau tidak akan berjaya dengan tuntutan samannya. Kenapa boleh jadi demikian? Perkara begini berlaku kerana si orang awam tersebut hanya melihat daripada aspek undang-undang substantif iaitu haknya untuk mendapat wang yang telah ia pinjamkan kepada seseorang dan tanggungjawab seseorang itu untuk membayar balik wang tersebut manakala peguam pula melihat lebih menyeluruh termasuk peluang kejayaan tuntutan tersebut daripada aspek undang-undang prosedural. Sebahagian ahli masyarakat tidak menyedari bahawa terdapat undang-undang prosedural iaitu undang-undang yang mengawal bagaimana membuktikan sesuatu tuntutan seperti undang-undang keterangan dan undang-undang prosedur sivil. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak dapat membuktikan tuntutannya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang keterangan, maka seseorang itu mungkin akan gagal di dalam tuntutannya.

Kemenangan dan kekalahan sesuatu kes di mahkamah ditentukan semata-mata oleh peguam

Sebahagian masyarakat salah anggap bahawa menang atau kalah sesuatu kes di mahkamah ditentukan semata-mata oleh peguam. Sekiranya menang kes maka peguam yang mengendalikan kes itu dianggap handal. Sehingga ada juga kata-kata negatif (dalam konteks kes jenayah) bahawa peguam melepaskan orang yang telah melakukan kesalahan jenayah. Ada pula menyalahkan peguam secara mutlak jika kalah sesuatu kes sehingga boleh membawa kepada kesan negatif yang ekstrem seperti menyebabkan peguam itu dibenci, didendam malah mungkin dibunuh. Kedua-dua fahaman tersebut adalah silap. Memang benar peguam akan menggunakan pengetahuan dan kemahirannya untuk memenangi sesuatu kes namun ia masih dalam batas undang-undang. Peguam tidak boleh membuat sesuatu di luar batas undang-undang. Peguam terikat dengan peraturan-peraturan seperti undang-undang keterangan seperti "dengarcakap" (hearsay), "kebolehterimaan keterangan" (admissibility) dan sebagainya. Peguam hanya membantu menyampaikan undang-undang dan fakta (melalui saksi-saksi), namun yang membuat keputusan mutlak sama ada seseorang itu menang atau kalah, didapati bersalah atau tidak bersalah adalah terletak pada mahkamah yang membicarakan.

Apabila seseorang itu didakwa di mahkamah (terutama di dalam kes jenayah) maka orang itu adalah bersalah

Di dalam masyarakat Malaysia secara umumnya, apabila seseorang itu ditangkap dan didakwa, maka sebahagian masyarakat telah menganggap bahawa orang yang didakwa (juga dikenali dengan panggilan "tertuduh") itu adalah bersalah. Sebahagian ahli masyarakat berpendapat demikian dengan menggunakan kaedah logik "simple" yang digambarkan dengan peribahasa Melayu "Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin". Maksud peribahasa itu di dalam kes seseorang yang didakwa ialah "takkan orang itu ditangkap dan didakwa kalau dia tidak bersalah". Malangnya masyarakat kurang menyedari bahawa seseorang didakwa berdasarkan bukti yang diperolehi pada ketika itu. Namun banyak faktor lain yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang itu disabitkan bersalah oleh mahkamah. Mahkamah perlu menilai banyak faktor lain termasuklah juga adakah tertuduh difitnah, teraniaya dan sebagainya. Bayangkanlah sekiranya mahkamah tidak teliti lalu mensabitkan seseorang melakukan kesalahan membunuh orang dengan niat. Maka orang tersebut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Apakah implikasinya jika setelah orang tersebut digantung, didapati kemudian ada bukti menunjukkan bahawa orang tersebut teraniaya oleh orang lain? Bolehkah nyawa orang yang digantung itu dikembalikan? Itulah di antara sebabnya di dalam kes-kes jenayah, mahkamah amat berhati-hati membicarakan sesuatu kes jenayah dan akan membebaskan tertuduh sekiranya mahkamah berpendapat pihak pendakwa gagal membuktikan kes.

[sunting] Lihat juga


Undang-undang
Sistem perundangan Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-undang antarabangsa

Sumber undang-undang Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut)
Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Equiti)

Penghukuman Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran)
Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan)
Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam)

Falsafah perundangan Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang
Lihat juga:Senarai cabang undang-undang

[sunting] Bacaan selanjutnya

  • Blackstone, William, Sir. An analysis of the laws of England: to which is prefixed an introductory discourse on the study of the law. 3rd ed. Buffalo, N.Y.: W.S. Hein & Co., 189 pp., 1997. (originally published: Oxford : Clarendon Press, 1758) ISBN 1575884135
  • David, René, and John E. C. Brierley. Major Legal Systems in the World Today: An Introduction to the Comparative Study of Law. 3d ed. London: Stevens, 1985. ISBN 0420473408.
  • Ginsburg, Ruth B. A selective survey of English language studies on Scandinavian law. So. Hackensack, N.J.: F. B. Rothman, 53 pp., 1970. OCLC 86068
  • Glenn, H. Patrick Legal Traditions of the World: Sustainable Diversity in Law 2nd ed. London: Oxford University Press, 432 pp., 2004. ISBN 0199260885
  • Iuul, Stig, et al. Scandinavian legal bibliography. Stockholm: Almqvist & Wiksell, 196 pp., 1961. (series: Acta / Instituti Upsaliensis Iurisprudentiae Comparativae; 4) OCLC 2558738
  • Llewellyn, Karl N. & E. Adamson Hoebel. Cheyenne Way: Conflict & Case Law in Primitive Jurisprudence. special ed. New York City: Legal Classics Library, 374 pp., 1992. ISBN 0806118555
  • Nielsen, Sandro. The Bilingual LSP Dictionary. Principles and Practice for Legal language. Tübingeb.: Gunter Narr Verlag, 308 pp., 1994. (series: Forum für Fachsprachen-Forschung; Bd. 24) ISBN 3823345338

[sunting] Pautan luar

Wikibooks
Wikiversity Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai:

Alatan peribadi
pan
Inilah yang penulis jumpa dalam WIKIPEDIA

Sistem perundangan adat

Rencana utama: Undang-undang adat istiadat

Undang-undang adat istiadat adalah sistem perundangan yang telah berkembang mengikut acuannya sendiri dalam sesebuah negara dan telah diadaptasikan mengikut keperluan satu budaya. Notakan juga bahawa undang-undang adat juga boleh relevan dalam bidang kuasa mengikut tradisi perundangan lain dalam bidang atau subbidang perundangan dimana tiada enakmen legislatif yang wujud. Sebagai contoh, di Austria, para cendakiawan undang-undang khusus sering berkata bahawa undang-undang adat terus wujud, manakala cendakiawan undang-undang umum mempertikaikan dakwaan ini. Walau bagaimanapun, mencari contoh yang relaven dari segi praktikal adalah susah.

[sunting] Sistem perundangan agama

Rencana utama: Undang-undang agama

Ramai negara mendasarkan sistem perundangan mereka yang berkait agama keatas kawalan agama itu sendiri, sebagai contoh ajaran dalam Mitzvah yang didasarkan agama Yahudi. Sistem yang paling dominan yang berbentuk begini adalah Syariah atau undang-undang Islam. Pada hari ini, undang-undang ini hidup dalam bentuk yang paling tulen hanyalah di Arab Saudi akan tetapi negara-negara Islam lainnya juga mengamalkan ia dengan campuran sistem perundangan lain, sebagai contoh Malaysia mengaplikasi sesetengahnya dalam perihal seperti perceraian dan pembahagian harta.

Halakha atau undang-undang Yahudi diikuti pengikut orthodoks dan pengikut konservatifSyariah, tiada negara di dunia kini yang mengamalkan undang-undang Halakha dengan sepenuhnya, termasuklah Israel sendiri. Yahudi (dalam bentuk berbeza mengikut mazhab) dengan berkait kedua-dua segi agama disamping segi sivil. Akan tetapi berbeza dengan

Pada peringkat yang lebih kecil, masih ada kawasan di dunia ini yang mengamalkan undang-undang kanun yang diikuti penganut Katolik serta Anglican dan satu sistem perundangan yang serupa diamalkan oleh Gereja Orthodoks Timur. Tetapi, undang-undang kanun Kristian hari ini berkait dengan agama sahaja, tidak seperti Syariah yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti harta, kontrak, hubungan perdagangan dan perlindungan ganti rugi) serta undang-undang pentadbiran.

[sunting] Sistem perundangan Sosialis

Rencana utama: Undang-undang Sosialis

Sistem perundangan Sosialis (kadangkala dirujuk sebagai sistem perundangan Komunis) pula telah diamalkan di kebanyakan negara-negara komunis seperti bekas Kesatuan Republik Sosialis Soviet dan China akan tetapi sama seperti ideologinya semakim pudar dan lenyap ketulenannya. Kedua negara yang disebut ini kini lebih cenderung kepada perundangan sivil seperti kebanyakan negara lain.

[sunting] Badan undang-undang