Tuesday, March 31, 2009

Wajah UMNO: Terbuka , terburai kini ?

Pusingan ini adalah pusingan bagi UMNO kecundang, sesudah 50 tahun melakukan penipuan, pelbagai helah, memanipulasi 3M, mempergunakan duit rakyat di kementerian macam duit UMNO, salah guna kuasa, kronisme dan bermcama-macam, akhirnya bau busuk tidak dapat dipekung lagi.

Sebenarnya kepincangan, penyelewengan, penipuan, salah guna apa sahaja, rasuah, bukan sahaja diketahui oleh pegawai atasan penjawat awam, dan swasta tetapi adalah oleh rakyat marhein bawahan dipelusuk desa dan kampung. Ledakan pecah busuk UMNO secara besar-besaran dibahas umum. UMNO kekal dengan legasi ini, penipuan, amnipulasi dan memperalat mana-mana pegawai awam menjadi kuda tunggangan mereka demi menghalalkan cara bagi kekalkan kuasanya. Itulah wajah sebenar UMNO.



UMNO masih belum pulih sepenuhnya


SHAH ALAM – UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih tidak berkemampuan menawan kerusi Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil kali ini kerana parti itu belum pulih sepenuhnya.

Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nidzammuddin Sulaiman berkata, dari sudut pandangan luar, parti terbesar itu dilihat masih berada di takuk lama.

Menurutnya, pandangan luar yang dimaksudkan itu ialah orang ramai, pengundi luar, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil memberi andaian UMNO tidak pernah berubah sepenuhnya serta ragu-ragu UMNO akan pulih.

“Saya nampak UMNO hanya pulih dalam kalangan ahli parti mereka sahaja, walau bagaimana pun orang luar (orang ramai, pengundi luar, NGO dan masyarakat menilai apa yang berlaku terutamanya pemimpin dikaitkan dengan politik wang.

“Keadaan ini menyebabkan masih ada pandangan dari luar dan pengundi lain yang akan memberi impak kepada pilihan raya kecil itu nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dr Nidzammuddin berkata, UMNO hanya dilihat pulih dari segi kesepaduan pemimpin dan proses peralihan kuasa kerana tiada sebarang pertelingkahan berlaku.

Beliau berkata, dalam konteks pilihan raya kecil di Perak masih tidak berapa baik sebab ia mempunyai kaitan dengan isu peralihan kuasa oleh UMNO dan BN baru-baru ini.

“Rakyat masih marah keadaan ini memberi persepsi negatif terhadap BN kerana mencuri kerajaan mereka.

“Dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat yang UMNO-BN sudah melakukan pemulihan mereka,” katanya.

Menurutnya, walaupun UMNO-BN mengalami masalah di Perak tetapi parti terbesar itu mampu meraih kemenangan di Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak atas situasinya yang berbeza.

Ditanya mengenai calon Bebas, Mejar (B) Anuar Abd Hamid sedia menarik diri daripada bertanding jika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kembali menyertai UMNO, beliau berkata, mungkin itu satu perancangan rapi ingin menyatakan UMNO semakin pulih.

“Anuar mungkin pengikut Tun Dr Mahathir yang turut sama menyokong UMNO-BN sekiranya Tun mengambil keputusan masuk semula parti itu,” katanya.

No comments: