Kalaulah kitakira pendekatan semasa, bagi strategi politik ia sentiasa berubah-ubah, apatah lagi jika dalam politik masa yang diambil hampir puluh tahun, ia dah jadi pendekatan lapuk. Umpama contoh kita ambil bagaimana TGNA memberikan kerusi Parlimen kepada Ibarhim Ali di Pasir Mas. Kita kena ingat waktu itu negeri Kelantan memerintah negeri dengan kelebihan satu undi sahaja. Bayangkan bertapa genting dan getir suasana. Sepereti sedia maklum bawah Parlimen Pasir Mas ada 3 DUN, apa kata kalau dengan tidak meletakkan Berahim Ali tentulah ia akan emnajdi ancaman dan mengugat 3 DUN bawah Pasir Mas. tetapi dengan strategi TOk Guru waktu itu..ingat waktu itu (kita belum jangka PR menang di 5 negeri).
Akhirnya pendekatan Tok Guru berjaya. Berahim Ali dapat jadi wakil rakyat. Kita menyapu dan tinggalkan 2 nisan DUN BN di Kelantan. Inilah nilai tokokan tambahan jika kita belajar matematik campur sifir politik semasa.
Begitulah juga dengan Anwar Ibrahim semasa dia dalam UMNO. Ezam sudahlah modal politik awak dah basi. Kalau nak ampu janganlah merapu. Janganlah awak ingat awak pandai dan hebat sangat. Buatlah kerja awak, sampai nanti terpilih, dapatlah kot jadi exco Pemuda UMNO kot. Selamat berjuang Ezam....
TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.
Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai "antara orang paling cerdik."
"Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau... beliau mengatakan nama Najib... dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.
"Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno)," kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.
Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.
Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.
Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.
Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.
"Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.
"Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.
"Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden," katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.
Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya.
"Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik Umno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui Umno. Apa lagi Anwar nak kata?" katanya.
Ezam berkata, pemimpin-pemimpin Umno yang baru sahaja dipilih menerajui parti pada pemilihan Khamis lalu adalah pasukan terbaik yang pernah ditampilkan Umno dalam masa 10 tahun ini.
"Sebab itu, saya minta orang Melayu beri peluang kepada Umno untuk lakukan perubahan melalui pimpinan baru ini.
"Saya tidak kata Umno parti yang sempurna tetapi kekuatan Umno adalah kerana ia nampak kelemahan dan segera lakukan perubahan," katanya.
Ezam berkata, hal itu berbeza dengan PKR hanya akan menutup sebarang masalah yang dihadapi mereka dan ini terbukti melalui negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat yang sering menghadapi dan melalui peletakan jawatan dua pemimpin parti itu tanpa sebab yang jelas iaitu V Arumugam sebagai sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan Exco negeri.
"Selain itu, PKR kini bukanlah seperti yang mula-mula ditubuhkan dahulu di mana saya adalah antara pengasasnya.
"Dulu PKR juga adalah untuk berbilang kaum tetapi tunggaknya adalah Melayu.
"Setiap parti itu perlu ada tunggak supaya asasnya itu tidak menyimpang tetapi kini, semata-mata untuk mendapat undi masyarakat Cina dan India, Anwar sanggup memadamkan tunggak itu.
"Ia bukan kerana beliau sayangkan kaum Cina dan India, tetapi semata-mata hanya untuk kepentingan mendapatkan undi," katanya.
Disebabkan beliau muncul memberi ceramah setiap kali pilihan raya kecil, Ezam memberitahu, beliau didakwa oleh PKR sebagai seorang yang diperalatkan Umno.
"Saya nak beritahu, jika saya dianggap begitu kerana membela bangsa, agama dan negara saya, saya rela diperalatkan," katanya.
Beliau turut menyatakan kesediannya untuk berdebat dengan Anwar bagi menangkis tuduhan itu serta mengupas pelbagai permasalahan politik yang berlaku dalam negara pada masa ini.
"Saya sedia berdebat tetapi hanya dengan Anwar... bukan dengan pemimpin lain," katanya.
No comments:
Post a Comment