Monday, March 30, 2009

UMNO: Patut ukur diri dan sedar diri ?

ALlah dalam Al Quran mahfumnya minta kita manusia berlumba-lumba membuat kebajikan. Justeru tidak timbullah dalam kes Nizar yang dilaporkan oleh akhbar merampas majlis BN. Kalaulah Nizar rampas majlis BN hebatlah Nizar. Padan benar dan patut sekalilah dia berdegil tidak akan melepaskan jawatan MB yang sah.

Rampasan Nizar adalah melalui hujah, merampas hujah maka UMNO yang hebat tu rampaslah dengan hujah dan berhujahlah dalam majlis itu dengan Nizar, yang hadir dan ada adalah Timbalan Presiden UMNO yang baru, beliau juga cukup hebat.

Berlumba membuat kebajikan ini bukanlah istilah dengki atau khianat, malah ia wajib berlumba-lumba membuat kebajikan, hatta agama sendiri tuntut dalam masjid atau rumah ALlah kita berlumba-lumba membuat kebajikan, apatha lagi menyampai majlis ilmu. Hakikatnya UMNO kena faham dengan kelebihan majlis ilmu. Dalam satu majlis bersamaan kita bersembahyang sunat sebanyak 1000 rakat bib.



Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS,

menjadi bahan kempen dalam beberapBlockquotea ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

1 comment:

slyderrose said...

Untuk mengerjakan solat jemaah terutamanya di Masjid atau Surau, kita memerlukan iman yg paling layak dikalangan jemaah. Nizar paling layak ketika itu. Nak suruh Zambry ke? atau Muhyiddin Yassin?. Begitu juga dalam menyampaikan Tazkirah, pernah ke zambry atau Muhyiddin Yassin buat benda ini semua?. Bagi Nizar ini semua adalah asam garam bagi beliau. Beliau memang berkredibiliti untuk melakukan ini semua. Dah biasa beb.