Monday, March 30, 2009

Kelaku buruk UMNO


Tabiat dan kelaku buruk UMNO adalah memberi keburukan lawannya khasnya kali ini Nizar dengan seburuk-buruknya. Buruknya Nizar dengan dicuba diburukkan oleh UMNO bahawa dia dianggap dan tohmah sebagai calon DAP. Inilah sebenarnya UMNo sudah kekeringan idea dan miskin. Hatta jika diletakkan siapa-siapa pun, oleh PAS calon itu adalah calon PAS. Begitulah juga dengan UMNO meletakkan calon UMNO maknanya ialah adalah calon UMNO mewakili BN. hal ini tidak sukar difahami.

Kedua, membuat tohmahan bahawa ANwar adalah talibarut, taliperut, atau perkakas AS. Itu sukar dipastikan, oleh kerana kehebatan Anwar dicemburui kawan dan lawan ketokohnya yang bisa dan kini bakal menggugat legasi UMNO. Maka strategik nya adalah menyerang, memburuk, dan segala macam usaha agar rakyat diyakini. Biarpun UMNO BN pernah bersengkokol dengan Yahudi, bangsa yang dilaknat oleh semua penghuni dunia. UMno mahu tetap berkawan, kawannya melalui iktiraf Mhamod Abas.





9
Nizar 'calon' DAP? Isu Derhaka dominasi kempen BN

Anwar, Elizabeth Wong juga dibangkitkan ceramah BN

TAIPING: Kempen malam pertama pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang menjurus isu krisis politik di Perak, yang berusia dua bulan, dengan menyerang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rata-rata ceramah-ceramah anjuran Barisan Nasional (BN) khususnya Umno malam tadi menyifatkan Nizar sebagai penderhaka institusi raja khasnya Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat pula dilihat sebagai boneka Amerika Syarikat (AS). Malah PAS didakwa menurunkan Nizar sebagai calon atas kehendak DAP.

Turut dibangkitkan pada hari pertama kempen ialah isu gambar bogel ADUN Bukit Lanjan dan Exco Selangor, Elizabeth Wong. Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak ketinggalan daripada dihentam semasa kempen.

Exco Pemuda Umno, Lokman Adam yang dipilih Rabu lalu melabelkan Nizar sebagai calon yang dipilih oleh DAP dan melambangkan "satu penderhakaan kepada Sultan."

"Kalau mengundi Nizar bermakna memilih orang yang mahu menderhaka dan menghina raja... kawan baik kepada Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP)," katanya pada majlis pidato perdana di kawasan Changkat Jering dekat sini malam tadi.

Pagi semalam Karpal menjadi serangan balingan botol, dipercayai dilakukan oleh penyokong-penyokong BN ketika beliau memasuki kawasan penamaan calon di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohamad Noor yang menyertai Umno Jun lalu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Datuk Rosli Hussin yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang serta Pegawai Khas kepada Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Rosli pula berkata, Nizar bertanding "atas perasaan marah (kerana hilang kuasa sebagai Menteri Besar), bukan kerana mahu berkhidmat (untuk rakyat)."

"Kalau dipilih, yang mana beliau akan berikan khidmat... yang tua (kawasan DUN Pasir Panjang) ataupun yang muda (Parlimen Bukit Gantang)," kata beliau.

Nizar juga merupakan ADUN Pasir Panjang, yang dimenangi pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Nizar yang ditemui pagi ini di Markas PAs berkata, beliau sudah menjangkakan pendekatan ini yang disifatkannya sebagai "pembunuhan karakter."

"Ini bukan berlaku sekarang tapi dari awal lagi dah lama berlaku...ini sudah digunakan oleh Umno sejak 5 Februari lalu (sejak kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat berakhir)," katanya ketika ditemui pagi ini. Justeru kata Nizar, beliau tidak tertekan dengan penggunaan isu berkenaan, "sebaliknya bersemangat dan terhibur."

Di Bukit Gantang, Nizar berhadapan dengan saingan calon BN, Ismail Saffian dan wakil Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkembangan itu menunjukkan BN dan Umno masih menggunakan cara lama berpolitik.

Sambil menafikan PAS dipaksa DAP untuk memilih Nizar sebagai calon, Mustafa berkata, memang DAP ada mencadangkan nama Nizar melalui kenyataan akhbar tetapi pihaknya memilih daripada lima nama yang telah disenaraipendekkan.

"Tidak, tidak, tidak," kata beliau yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Induk Bukit Gantang ketika ditanya sama ada DAP mahukan Nizar sebagai calon.

Nizar dipilih berdasarkan faktor boleh membawa kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bukannya kerana disyorkan oleh DAP semata-mata.

No comments: