Sunday, March 21, 2021
Friday, March 19, 2021
KLUSTER MAHKAMAH: INI PESANAN SULTAN NAZRIN
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah keadaan masa kini memperlihatkan ramai pihak yang menjadikan mahkamah sebagai gelanggang untuk menegakkan benang basah, selain menggunakan pelbagai hujah menafikan perbuatan jenayah.
Tuesday, March 16, 2021
UNDI RAKYAT TIDAK LAGI BERHARGA: M SABU -SINAR HARIAN
Undi rakyat tidak lagi berharga: Mat Sabu
MUHAMMAD AMNAN HIBRAHIM | | 15 Mac 2021
SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan undi rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai harga kerana tindakan sesetengah ahli Parlimen yang boleh dijual beli dan bertukar-tukar parti.
Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, sistem demokrasi di Malaysia memberikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan parti yang akan menjadi kerajaan melalui peti undi namun perkara itu tidak lagi berlaku kerana sistem sedia ada tidak lagi dihormati oleh mereka yang dipilih oleh rakyat ketika pilihan raya.
“Rakyat menjadi penentu untuk mengangkat parti-parti tertentu menjadi pemerintah melalui peti undi. Inilah sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia tetapi sistem ini telah hancur.
"Wakil-wakil rakyat boleh dijual beli dan bertukar tukar parti setelah memenangi pilihan raya dengan undi rakyat. Undi rakyat tidak lagi berharga,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.
Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat Malaysia supaya bertindak segera untuk menegakkan kembali asas sistem amalan demokrasi negara.
Katanya, usaha memulihkan demokrasi negara turut penting dalam memastikan keselamatan negara daripada ancaman luar.
“Apabila wakil rakyat boleh dijual beli di pasaran politik negara, maka tidak mustahil wakil rakyat juga boleh dibeli di peringkat antarabangsa dan ia merupakan ancaman kepada negara.
“Oleh itu kita semua rakyat Malaysia perlu bertindak segera meletakkan kembali asas demokrasi untuk mengembalikan keharmonian hidup rakyat Malaysia,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/128555/BERITA/Politik/Undi-rakyat-tidak-lagi-berharga-Mat-Sabu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Sunday, March 14, 2021
Lompat dan Ugut serta tekanan : SPRM disalahkan pulok ?
Depa jadi MP, depa yang hendak masuk politik, depa yang buat rumah tepi pantai. Lepas tu bagi alasan 'tekanan' pelbagai pihak, salahkan SPRM.
Salah pulaok orang yang 'tawaran' jawatan, salahkan , itu salah ini. Alasan sana sini. Orang tak mahu dah tengok sejarah dan baca sejarah masa lalu.
Zaman ini orang suka tengok ke depan. Tak payah ratib dah 22 bulan
Patut dia bersedia lah jadi orang politik !!!!
Saturday, March 13, 2021
BM: Malaysia sekadar tunggu dan lihat saja ?
Di mana duduk 'stackholder' politik Msia ?
Politik umpan mengumpan sudah mulai menular, budaya baru dalam senario rempah ratus. Kini manaa-mana parti politik tidak boleh lagi 'claim' partinya adalah 'suci' daripada pelacur politik, kaki renang dua kolam dan sebagainya.
Menjadi pengajaran dan panduan generasi mellianeam , harus belajar bahawa politik kita sudah menuju kehancuran dan caca marba
Kini, UMNO bersentimen baaru boleh bekerjasama dengan PH, Boleh menerima DAP, boleh kendur dan duduk semeja dengan PKR
PH menyahut dengan beralaskan , enggan bekerjasama dengan 'kluster mahkamah' , asli UMNO okay je....
"Stackholder' depa tak bicara pung....
Monday, March 08, 2021
Demokrasi Msia : Hancur atau Bagaimana ?
Mantan TPM Tun Musa era Tun M mula bersuara dan memberi komentar 'tentang' suasana politik tidak sihat Malaysia yang sudah memasuki kenazakan 'fasa sakit atau zaman kehancuran' demokrasi yang mengagal di Malaysia.
Kini perlumbaan terbuka semula nampaknya antara isme-isme yang ada....
Namun dalam masa terdekat macam mana dan bagaimana ia harus disolek atau ditacap ? Entahlah.... marilah samada para ilmuan politik di menara gading atau siapa saja ilmuan/pakar idea mencanaikan idea-idea segera dan segar perbaiki tata kelola para agenda pemain politik atau politikus dalam negara ini dengan satu sistem yang 'terbaik' mengawal mereka supaya tidak menjadi 'tikus' berterus terusan. Jangan dibiarkan , mereka membetulkan kumpulan depa..
Ironisnya atau nampak gaya sistem kekhalifahan perlu dikembalikan, walaupun mengambil tempoh dan masa sudah lama. Kumpulan yang rakyat harapkan pun dah 'tenggelam' mabuk juga gaya nya......
Maka solusi terkini yang perlu disegerakaan apa ? ....jawapan ada ditangan saudara-saudara
Sunday, March 07, 2021
MB KEDAH: HEBAT PI CUCI DOSA..
Thursday, March 04, 2021
Malaysia Boleh: Politik Dagangan Entah sampai bila !!!!!
Betul juga kata seorang pimpinan Umno dalam tweetnya. Tak guna adakan pru, jika ahli politik masih lompat melompat.
Betul dan benaar sangat candaan alahyarham Tan Sri P Ramle dengan 'situasi' politik Malaysia spt dalam filem Musang Berjanggut
Politikus Malaysia 'sudah jadi barang dagangan'. Hatta lompat melompat ahli politik kita ni...tiada tara dan bandingan dengan negara mana pun...
Sekejap dia masuk dalam BAKUL kerajaan, sekejap dimasuk dalam RAGA pembangkang. Sekejap dia jadi kerajaan, sekejap dia jadi pembangkang ...
Entah lah sampai bila............
Rakyat jadi pemerhati sahaja, bukan lagi sebagai pembuat keputusan..entah demokrasi jenis apa pun kita x tau...
Ulama demokrasi pun kalu dia hidup, dia pun nanti pening ini demokrasi MALAYSIA BOLEH kot...
Tuesday, March 02, 2021
Politikus kita gaya apa ?
Ahli politik kita amat menjijikkan macam pelacur. Tindakan mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan. Dalam masa yang sama rakyat telah membuat pilihan agar team yang ada dapat melakukan 'reformasi' dalam tata kelola urus tadbir negara.
Raungan 'suara rakyat' dikesampingkan, sewaktu korono 19. Tiada langsung rasa keinsafan dan kasih sayang serta perihatin nasib rakyat.
Nafsu serakah yang 'membuas' dalam bulan Rejab langsung tidak menginsafkan mereka. Salah menyalah, tunding menunding hanya agenda politik menjadi keutamaan dan kerja buat mereka.
Rakyat jelak dengan sajian berita, medsos menyajikan berita-berita dengan seadanya. Yang mana sebelum ini, kita seringkali diwarna warni dengan berita-berita artis yang sokmo-sokmo , kini dunia glamour artis jatuh kalah dengan dunia 'pertarungan politik' para politikus
Sunday, February 28, 2021
Ada apa ADUN Amanah Johor ?
Stabilitas dalam parti politik adalah penting. Cabaran dan masalah adalah perkara lazim dan lumarh bagi parti politik.
Nah, tetiba parti Amanah berkocak , gara-gara 3 ADUN di Johor beralih sokongan ke PKR. Maknanya lompat parti, cuma lompatannya tidak lah sehingga menjatuhkan kerajaan Johor.
Mcm biasa, semua panglima perang parti memasing2 akan mengeluarkan pandangan. Bagi pengamat politik atau para politisi berpandangan ada apa, wajar ke atau tidak, apa agenda, apa impak dan dampaknya.
Maka banyak sudut yang boleh dibahaskan.. Apa pun alasan itulah nilai seorang politikus di Malaysia...apa atas prinsip, etika, moral, perjuangan apa - apa aje...
Saturday, February 27, 2021
Apa jadi dengan politik kita ?
Luarbiasa....politiknya. Mahathir bila berkoalisi bersama gabungan pembangkang PH masa itu telah berjaya meruntuhkan dan menjatuhkan UMNO-BN daripada tampuk kekuasaan yang dikecapi lebih daripada 60 tahun.
PAS yang dulunya yang dilabelkan 'extream dan radikal' dengan pembawaan jenama Islamnya berjaya dijinakkan. Malah telah menjadi ke fasa lebih nasionalis dan rasisime pula. Bertambah-tambah pula PAS berkoalisi bersama dengan UMNO-BN pulak
Amanah parti alternatif pembawaan Islam moderan , berada bawah ketiak Mahathir. Nampak kini macam tak boleh tinggalkan OT95 tahun tu. Entah hormat, entah takut, entah apa-apa lah. Walhal lahirnya ia membawa lidah perjuangan Islam untuk rahmatan alam.
PKR pula ..Mahathir berjaya, asing dan vacumkan daripada berkoalisi dengan mana-mana blok. Duduk seseorang jadi kera sumbang
DAP rakyat sendiri khasnsya orang Melayu 'taruma' dan takut untuk mendekatinya..ini semua kerana tindakan DAP semasa berkuasa 22 bulan tidak cermat dengan tindakan politiknya....
Wednesday, February 24, 2021
Antara tugas Posmen dan Anjing ?
![]() |
Posmen lastik anjing guna gelang getah digantung tugas
- Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
- 24 Februari 2021, 8:12 pm
Nota: Bagaimana pola pikir rakyat, pemberitaan dan pemberitanya dalam kes ni pun bijak juga dan amat cerdas mengundang simpati rakyat. Tajuknya sahaja dah nampak posmen tu jahat.. memasing aok orang nilai lah bro...dengan akal sihat !!!!
JOHOR BAHRU – Seorang posmen Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang disyaki terlibat dalam kejadian melastik anjing menggunakan gelang getah digantung tugas sementara.
Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kakitangannya yang bertugas di Pos Malaysia cawangan Kluang digantung tugas sementara bagi memberi laluan siasatan dalaman dijalankan.
“Kami telah mengenal pasti posmen yang berada dalam video itu dan dia telah digantung kerja sementara menunggu hasil siasatan.
“Pos Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan daripada pekerja kami dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas termasuk menamatkan perkhidmatan mereka,” kata kenyataan itu.
Aksi posmen itu dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 21 saat hingga tular di laman sosial.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah taman perumahan di Kluang dekat sini.
Semalam, kelab pencinta haiwan, Malaysia Independent Animal Rescue’ (Miar) telah memuat naik video di Facebook memaparkan tindakan posmen tersebut.
Susulan kejadian itu, anjing berkenaan didakwa mengalami kecederaan pada mata kiri akibat perbuatan posmen tersebut.
Tindakan posmen terbabit telah mendapat perhatian dan kecaman pengguna laman sosial selain mendesak supaya tindakan sewajarnya dikenakan ke atasnya.-K! ONLINE


