Saturday, February 27, 2021

Apa jadi dengan politik kita ?

Luarbiasa....politiknya. Mahathir bila berkoalisi bersama gabungan pembangkang PH masa itu telah berjaya meruntuhkan dan menjatuhkan UMNO-BN daripada tampuk kekuasaan yang dikecapi lebih daripada 60 tahun.

PAS yang dulunya yang dilabelkan 'extream dan radikal' dengan pembawaan jenama  Islamnya berjaya dijinakkan. Malah telah menjadi ke fasa lebih nasionalis dan rasisime pula. Bertambah-tambah pula PAS berkoalisi bersama dengan UMNO-BN pulak

Amanah parti alternatif pembawaan Islam moderan , berada bawah ketiak Mahathir. Nampak kini macam tak boleh tinggalkan OT95 tahun tu. Entah hormat, entah takut, entah apa-apa lah. Walhal lahirnya ia membawa lidah perjuangan Islam untuk rahmatan alam.

PKR pula ..Mahathir berjaya, asing dan vacumkan daripada berkoalisi dengan mana-mana blok. Duduk seseorang jadi kera sumbang

DAP rakyat sendiri khasnsya orang Melayu 'taruma' dan takut untuk mendekatinya..ini semua kerana tindakan DAP semasa berkuasa 22 bulan tidak cermat dengan tindakan politiknya....

No comments: