Monday, July 26, 2021

RAKYAT : KENAPA KERAJAAN GAGAL ?

Kita terpanggil dengan isu muktahir ini. Seramai 23,000 orang doktor kontrak ugut letak jawatan. Malah sudah ramai meletakkan jawatan serta merta. Isunya tiada prospek masa depan meneruskan tugasan dalam profession ini.

Kita pun sukar faham bagimana pola fikir kerajaan, para pembuat dasar dalam memberi keadilan khususnya kepada golongan ini.

Ungkapan kata-kaata dan tulisan tidak akan dapat kita tejemah bagi wakili pihak mereka. Dalam erti kata lain tugas dan tanggungjawab murni kerja buat mereka dalam menjaga 'nyawa' rakyat sukar masyarakat awam fahami. Lebih-lebih lagi untuk memahamkan para pembuat dasar bagi displin sektor perkhidmatan yg berkenaan.

SUKAR, KITA MAHU TAFSIR POLA PANDANG PARA PEMBUAT DASAR

Begitu juga, kita lihat bagaimana nasib anggota ATM dan PDRM. Layanan , jaminan kesinambungan hidup dan kehiduan mereka 'GAGAL' mendapat pembelaan, perhatian dan pertimbangan yang BAIK.

Kita, sebagai orang awam gagal juga faham, kecuali mereka yg berada ditempat dan kedudukan siempunya diri. Sebagai satu contoh seorang pesara tentera yg meneroka tanah haram dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun serta denda RM20k. 

Nasib seorang pesara tentera Misi MALBAT ke Bosnia, jadi geladangan bawah jambatan selama 2 tahun bersama keluarga. Walaupun ada yg anggap sebagai kes terpencil. 

Negara kita kaya , mewah dan banyak hasil-hasilannya, kenapa gagal urus rakyat dengan BAIK

No comments: