AMANAH lahir untuk pikul harapan ummah
KESIMPULAN
Tanggal 16 September gigi saya sudah tidak "berona" lagi. Saya boleh
makan dan menghayati kehidupan seperti biasa. Justeru pada tanggal itu
sepatutnya saya hadir pada mana-mana program politik. Dan pada tanggal itu ada
dua event politik berlangsung di negara kita.
Ahmad bersama Ghani Shamsuddin dan Lim Kit
Siang.
|
Pertama, majlis himpunan
baju merah. Kedua, majlis perlancaran perdana parti Amanah Negara (Amanah).
Walaupun gigi saya tidak berona, saya tidak menghadiri kedua-dua majlis itu
kerana pada tarikh itu saya tidak berada dalam negara. Kalau saya ada dalam negara,
meskipun tidak ada jemputan khas, saya pasti hadir.
Malam tadi seorang pemimpin tertinggi Amanah menelefon saya bertanya, apakah
saya mendapat jemputan rasmi atau tidak. Saya memberi tahunya walaupun saya
tidak menerima perkhabaran, tetapi saya tahu tarikh bersejarah itu. Seorang
penulis kecil dan tua seperti saya akan memantau setiap sudut dan jerung
mencari peristiwa untuk dirakamkan. Saya apolegetik kerana berhalang untuk
menyaksi kelahiran bersejarah partinya.
Kedua-dua peristiwa itu penting kepada kedua-dua pihak yang menganjurkannya,
dan penting juga untuk dinilai oleh masyarkat seluruhnya. Himpunan baju merah
adalah untuk membalas himpunan baju kuning Bersih 4. Motif himpunan itu bagi
menunjukkan sokongan kepada perdana menteri Najib Razak yang dianggap telah
dihina dan terhina oleh himpunan Bersih 4.
Kejadian pemijakan gambarnya (Najib) bersama gambar seorang presiden parti
semasa himpunan Bersih 4, itu dijadikan alasan, walhal kejadian memijak gambar
itu jauh daripada perasaan cemuh kepada PM itu yang bersarang dalam hati rakyat
negara ini.
Antara barisan kepimpinan Amanah dan
jemputan.
|
Himpunan baju merah
dianggap berjaya dan ia disifatkan sebagai kebangkitan orang Melayu. Saya
kurang pasti kebangkitan apa? Kalau himpunan Bersih 4, kenapa ia dihadiri lebih
150,000 dan dihimbau oleh10 juta rakyat Malaysia (dalam matemetik saya), ialah
kerana rakyat berasa marah dan gelisah dengan beberapa isu yang berlaku dalam
negara gara-gara kelemahan dan "kecakduhan" kepimpinan yang ada.
Dewan IDCC penuh sesak pada hari
perlancaran.
|
Kenapa Bersih 4 didominasi
orang Cina ialah kerana mereka marah kepada kerajaan disebabkan beberapa polisi
dan dasar diperkenalkan yang membebankan mereka. Paling jelas ialah pelaksanaan
cukai GST 6 peratus, dan serentak itu juga kejatuhan mata wang Malaysia
disamping berlakunya berbagai sandal keangan, dimana isu-isu ini menganggu
urusan hidup mereka, duniawi. Orang Cina sangat terkesan mengenai dua isu ini
dimana ia menjejaskan kehidupan mereka (perdagangan). Smentara orang Melayu
begitu apolegetik terhadap apa juga isu sehingga mereka sanggup dimamah
kebejatan.
Artis Aishah antara menyertai Amanah.
|
Itulah sebab utama kenapa
orang berarak dalam Bersih 4. Disamping itu mereka menuntut ketelusan dan
keadilan daripada pemerintah yang masih tidak berlaku adil dan saksama dalam
beberapa hal terutamanya menyekat hak asasi manusia yang dijamin agama dan
undang-undang. Paling khususnya ialah proses pendemokrasian di negara ini
menerusi sistem pilihan raya.
Tetapi dari juring mana pula himpunan baju merah dianggap sebagai kebangkitan
Melayu? Apakah dengan hanya jumlah yang berarak dalam himpunan itu tidak sampai
1 juta ia dianggap satu kebangkitan? Jumlah Melayu yang hadir, itupun diupah
dan diangkut tidak sampai pun 1% daripada jumlah Melayu yang bermukim dalam
negera ini.
Dr Wan Aizah hadir sama merai perlancaran
Amanah.
|
Dan apakah Melayu bangkit
kerana marah kepada himpunan Bersih 4? Kalau begitu jelas, himpunan baju merah,
disamping mempertahankan Najib, mereka juga mempertahankan (status quo) dalam
kerajaan hari ini. Mereka tidak setuju dengan apa yang dituntut Bersih 4;
pilihan raya adil, kerajaan yang telus dan kerajaan yang bertanggungjawab.
Ertinya himpunan baju merah itu bersubahat dengan kebejatan kerajaan mengikut
tafsiran Bersih 4. Himpunan baju merah tidak terperasaan apa-apa dengan skandal
yang menimpa negara seperti 1MDB dan juga penyonglapan dana RM2.6 billion ke
dalam peribadi Najib.
Sekarang ini berlaku dakwa mendawi di antara satu sama lain. Apa yang agak
menonjol dan menjadi pernilaian ialah jumlah peserta memberi hitungan jaya atau
gagal himpunan berkenaan. Pihak pengajur baju merah mengatakan himpunan mereka
disertai 250,000 orang, dan ada juga mendakwa ianya sampai sejuta orang. Tetapi
angka daripada polis mengatakan 35,000 orang sahaja. Polis mungkin mengecilkan
angka itu bagi tujuan keselamatan?
Peserta himpunan baju merah diangkut dengan
bas.
|
Sebenarnya tidak ada
masalah dari segi angka, seratus ribu atau pun satu juta. Yang paling penting
atau menjadi penilaian rakyat ialah kualiti dan signifiken kepada himpunan itu.
Itu yang penting dan perkara itu yang patut diargumentasikan. Natijah dari
kedua-dua himpunan itu perlu dilihat yang mana ia lebih memberi kebaikan kepada
rakyat dan tidak menguntungkan segelintir orang sahaja.
Rakyat akan bertafakur dan memberi bintang kepada himpunan yang membawa faedah
untuk semua. Apakah himpunan baju merah, yang dilihat mempertahankan dan cuba
membaiki maruah Najib Razak, atau pun himpunan Bersih 4 yang berhimpun
menyatakan aspirasi dan kehendak rakyat?
Aksi di perarakan baju merah.
|
Kita
tidak boleh terpedaya dengan warna dan dakwan dakwaan penuh retorik. Itu tidak
menjadi kudis gatal buat kita. Misalnya kalau tujuan baju merah hendak pulihkan
imej Najib yang berpolot dengan skandal, ia tidak akan terpulih juga kerana
imej Najib yang sudah rosak teruk dan kuat berbau. Isu-isu yang membelenggu
Najib kini persis mata golok yang akan diletakkan dileher lembu pada pagi
Aidiadha kelak, dimana bila-bila masa golok itu akan menghiris urat temoratnya.
Pembelaan dan selawat untuk menyelamatkan Najib adalah sia-sia sahaja dan akan
ditertawakan oleh lembu yang cerdik.
Jadi kalau maksud himpunan baju merah itu untuk membela Najib ia tidak berjaya.
Kegagalan ini menunjukkan rakyat sudah kenal dan tahu siapa Najib dan mereka
tidak sedia mengepongnya, melainkan orang yang sanggup menjadi hamba dan diupah
dengan secubit tembakau darat dan seguri garam berbuku sahaja.
Parti Amanah Negara
Kita tinggal himpunan baju merah, kini kembali kepada satu lagi upacara yang
saya kira cukup bersejarah. Acara itu ialah perlancaran perdana Parti Amanah
Negara (Amanah). Majlis itu berlangsung dalam suasana penuh gilang gemilang dan
mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Khabarnya lebih 4,000 yang hadir
memenuhi dewan indah berseri Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman (IDCC)
di Shah Alam, Selangor.
Malam tadi saya sempat menonton rakaman majlis itu melalui kilk video yang
berdurasi lebih satu jam. Saya dapat bayangkan betapa meriah dan bersemangatnya
majlis berkenaan. Kalau melihat rakaman sahaja ia sudah meremangkan bulu roma,
mungkin kalau hadir sendiri secara live ia boleh menarik kita
untuk sama-sama melaung dan bertakdir kemudian mendaftarkan diri sebagai ahli
Amanah.
Majlis itu dijalan dan berjalan dengan penuh profesional. Melihat kepada
persembahan dan aturcara dan pengisiannya, motaj-motaj di sepanjang majlis itu
jelas mereka yang mendokong atau pun bersimpati dengan Amanah adalah dari
kalangan profesional yang menguasai bidang IT dan mempunyai ketrampilan hebat
seperti parti-parti yang sudah berjanggut panjang dan berkuku hitam. Bayangkan
dalam masa begitu singkat, tidak sampai sebulan, ianya berjaya diadakan dengan
tersusun, kemas dan penuh impektif.
Paling merujakan saya, dan ini meremangkan bulu roma ialah apabila mendengar
lagu parti tersebut. Saya kiranya judulnya Amanah. Seni kata lagu disusun
begitu indah sekali dan sesuai pula dengan rentak dan iramanya. Irama lagu
Amanah itu sendiri sedarhana dan melambangkan kerterbukaan, profesinalisme dan
kebertanggungjawab Amanah sebagai penjaga amanah rakyat. Ketulusan juga
terserlah dalam irama lagu itu akan kehambaan Amanah untuk menjadi wadah baharu
rakyat.
Dengan perlancaran perdana Amanah itu, kini terbinalah sebuah rumah baru
bernama Amanah yang amanah, progresif dan peduli, untuk
didiami oleh bekas-bekas pimpinan Pas yang dinafikan jasa dan pengorbanan
mereka. Mereka akan menggunakan rumah itu sebagai wadah penerus perjuangan
mereka untuk Nusa dan Bangsa. Sesaui dengan rumah baru ia dalam proses
pengemasan, perabut dan aksesori lainnya akan diisi, dan laman akan dihiasi
dengan lanskap yang mengikut citara raya rakyat negara ini yang cintakan damai
dan mahukan perubahan.
Jika Amanah itu diibaratkan sebagai sebuah rumah, ianya kini baru berdiri rumah
ibu, yang kemudian akan diperkembas dan diperluaskan dengan serambi. Iya kalau
boleh dibilang serambi, rumah Amanah baru ada tiga serami. Arif, yang bertindak
menjadi pasukan melaksanakan kerja-kerja berkebajikan kepada masyarakat dan
parti.
Pasukan Peguam, yang mempunyai 100 orang peguam yang menjadi pembela dan penujuk
ajar dalam hal-hal berkaitan dengan perundangan negara dan juga kebebasan dan
hak-hak asasi manusia.
Manakala serambi atau sayap ketiga ialah Nunji 15, yang dianggotai oleh cerdik
pandai Islam dan bertindak menjadi penggabung Amanah dengan semua pihak.
Nunji15 juga merupa pengumpul atau penyambung cerdik pandai Islam dengan Amanah
bukan sahaja dalam negara tetapi diluar negara juga demi melanksanakan amanah
kepada jagat.
Sudah tentu tiga serami ini akan dikembangkan menambah beberapa serambi lain,
yang akhirnya membentuk Amanah sebagai sebuah rumah yang cantik, kemas dan
selesa untuk semua orang mendiaminya.
Kehangatan dan penerimaan Amanah ini sebagai wadah baharu juga jelas apabila
dalam tempoh tidak sampai sebulan parti itu sudah berjaya mengumpulkan seramai
30,081 orang ahli dan memiliki 105 bahagian atau pun kawasan. Kemampuan
mengumpul ahli seramai ini dengan kawasan hampir separuh daripada 222 kawasan
parlimen menandakan Amanah diterima oleh rakyat negara ini.
Rakyat negara ini dari semua lapisan dan juga kaum tidak perlu meragui akan
keupayaan tuan ataupun pendokong ruamh ini. Mereka terdiri daripada orang yang
sudah terlatih dan terjui jiwa perjuangannya. Mereka juga berpengalaman dan
orang yang tidak akan berhenti dari berjaung sehinggalah kedua belah mata
mereka tertutup rapat.
Seperti mana ketahui bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu diamanahkan
untuk menjadi Presiden, bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub diamanahkan
memegang jawatan timbalan presiden, sementara bekas Ahhli jawatankuasa kerja
Pas, Dr Mujahid Yusuf Rawa sebagai Naib Presiden bersama bekas timbalan
presiden IKRAM, Hasanuddin Mohd Yunus.
Manakala bekas Timbalan Ketua Muslimat, Dr Mariah Mahmud diamanahkan memegang
jawatan ketua wanita sementara Sany Hamzah sebagai ketua pemuda.
Sesuai dengan dasar yang diguna pakar amanah iaitu Islam, maka dua ulama telah
dilantik menjadi penasihat Amanah. Mereka ialah bekas Presiden Persatuan Ulama
Malaysia, Ahmad Awang sebagai penasihat sementara bekas Setiausaha Agung Wamy,
Abd. Ghani Shamsuddin sebagai timbalan. Kehadiran kedua ulama inilah juga
memberi kekuatan dan keyakinan kepada umum bahawa Amanah adalah sebuah parti
Islam dan Amanah meletakkan ulama ditangga teratas.
Kehadiran Amanah dalam celah celah kemelut politik negara dan saat rakyat
dibedal pelbagai isu menyenakkan jiwa diraikan oleh parti-parti pembangkan
utama negara PKR dan DAP. Pada hari perlancaran perdana itu Presiden PKR Dr Wan
Azizah Wan Ismail turut hadir bersama pemimpin PKR yang lain.
Antaranya, Naib Presiden Tian Chua, Shamsul Iskandar Md Akin, Setiausaha Agung
PKR Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail,
Penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua Pemuda DAP Antony Low dan lain-lain.
Kepada Amanah diucap selamat, semoga amanah sepanjang masa dengan penuh
progresif dan peduli. [wm.kl.qq:37 am 18/09/15]