Saturday, April 25, 2015

Mari pakat Sokong Dr M...Ada Pembangkang Tidak Boleh Harap ?

GST sepatutnya dibatalkan, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan seharusnya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan, bukannya melaksanakan GST. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 April, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan seharusnya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan, bukannya melaksanakan GST. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 April, 2015.Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu sebaliknya berkata, kerajaan seharusnya hanya menaikkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan.
"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin di Kelab K, Taman Melawati, Selangor hari ini.
"Dulu ada cukai jualan. Kalau tambah sikit cukai jualan, itu ok. Tetapi perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tidak faham," katanya apabila ditanya mengenai apakah kadar semasa GST terlalu tinggi pada program "Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan", anjuran gabungan badan bukan kerajaan NGO Prihatin.
Pelaksanaan GST menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya rakyat bawahan kerana terpaksa berdepan dengan satu sistem cukai yang lebih menyeluruh dan menyaksikan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan seringkali mempertahankan GST dengan mengatakan harga barangan dan perkhidmatan menjadi lebih murah.
Ini menyebabkan PKR minggu lalu menggesa anak dan cucu Ahmad menggunakan lampin kain bagi turut sama merasai derita rakyat yang terpaksa berbelanja besar membeli lampin pakai buang setiap bulan.
Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin berkata, lampin pakai buang menjadi semakin mahal selepas dikenakan GST dan ia memberi kesan kepada generasi muda serta mereka yang memiliki anak ramai.
“Lampin pakai buang paling mahal untuk perbelanjaan keluarga muda. Seminggu lebih kurang satu pek atau 3 suku pek (besar). Setiap bulan perlu 3 pek untuk setiap anak.
“Setiap bulan, kami perlu tunggu jualan murah, baru pergi beli. Kita tidak boleh lari daripada membeli lampin pakai buang. Tidak ada orang pakai lampin kain lagi. Kalau pakai lampin kain, cuci pun teruk.
“Suruh anak Ahmad Maslan pakai lampin kain, atau cucu dia. Baru dia tahu,” katanya pada satu sidang media.
PKR mendesak Putrajaya agar mengecualikan 4 kategori barangan kanak-kanak (5 tahun dan ke bawah) daripada GST iaitu kos konsultasi doktor, perubatan dan vitamin, barangan kebersihan, peralatan asas dan susu.
Sim berkata, Putrajaya tidak harus mengenakan cukai kepada orang sakit kerana tiada siapa yang mahu ditimpa penyakit.
Dr Mahathir, yang juga penasihat Proton, secara berseloroh berkata, kereta nasional Proton lebih murah selepas GST dilaksanakan awal bulan ini.
"Harga kereta Proton menjadi lebih murah. Jadi, kalau hendak beli kereta Proton, belilah," katanya. – 25 April, 2015.

No comments: