Saturday, March 07, 2015

Pimpinan PAS kena audit diri ?

Rakyat keliru dengan apa yang berlaku dalam PAS. Kini, mereka tidak tahu yang mana satu kumpulan yang betul. Rakyat masih ingat semasa banjir besar tempoh hari. Pimpinan PAS keluarkan kenyataan bahawa 'bah' besar ini sebagai pencuci dosa kepada semua rakyat yang terkena musibah berkenaan.

Kini, giliran rakyat pula berkata, adakah pergolakan 'besar' yang melanda satu-satu parti Islam terbesar di AT atau dunia ini ? sebagai pencuci dosa juga ?

Apa pun , kita mahu ingatkan semua pimpinan auditlah diri anda masing-masing ? perpecahan dan pergolakan yang berlaku berskala besar merosakkan masa depan islam itu sendiri ?

Serangan ala samseng , ke tahap melampau kepada kumpulan kawan anda sesama jemaah amat memalukan.

Janganlah, menyalahkan orang lain. Sebenarnya salahkan diri anda dan kumpulan anda sendiri. kenapa mahu disalahkan DAP dan PKR kerana punca adalah daripada diri anda sendiri. jangan jadikan alasan menyerang kumpulan yang mahu bersama PR dan Anwar adalah segala-gala menjadi punca perpecahan sesama anda ?

No comments: