Kaji penyelenggaraan sistem radar, bukan terus tukar – bekas Jeneral
(Oleh: Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 30 MAC : Bekas Panglima Logistik Markas Logistik Udara, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab menggesa Menteri Petahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengkaji semula penyelenggaraan sistem radar pertahanan negara.

“Ini bukan soal nak pertingkatkan sistem radar, yang kita nak persoal sekarang ini ialah bab penyelenggaraan. Apakah sistem radar yang kita gunakan sekarang ini tak cukup hebat dengan bayaran mahal yang kita dah buat untuk sistem tersebut?
“Jadi menteri pertahanan dan TUDM perlu kaji semula keupayaan penyelenggaraan yang dibuat kontraktor sebelum ini.
“Sistem radar yang kita gunakan dah cukup hebat. Pastinya penyelenggaraan yang mempunyai kelemahan, sebab itu sistem radar kita tak mampu dilaksanakan di peringkat yang maksima,” katanya ketika dihubungi.
Jelasnya lagi, tindakan Hishamuddin yang seringkali memberi kenyataan tidak konsisten turut dipersoal dan Menteri Pertahanan tersebut tiada fokus yang ingin disampaikan kepada rakyat.
“Dia (Hishamuddin) tidak tahu apa sebenarnya dia cakap, apa fokus sistem pertahanan yang perlu dibuat oleh Kementerian Pertahanan, dia tidak ada hala tuju, sebab itu kenyataannya selalu tidak konsisten.
“Ini akan menyebabkan kekeliruan kepada rakyat di atas kecelaruan dan percanggahan kenyataan yang dibuat oleh diri dia sendiri, jadi rakyat akan marah,” ujarnya.
2 comments:
Kalau setakat buat kajian atau meningkatkan keupayaan Radar kontraktor UMNO hanya dapat kulit saja jika diganti kontraktor akn masuk lebih dan komesyen untuk Party lebih banyak itulah sebabnya diarah ganti bukan menambahbaikkan Keupayaan Radar tersebut,kita kena fahamlah bagaimana kroni UMNO buat duit.Dari kejadian musibahlah pemimpin UMNO menyapu duit cukai rakyat.

Post a Comment