Selepas berita harta karun ini nanti ramailah yang terkorban dan mengorbankan diri bagi memburu harta berkenaan. Lazimnya mana-mana kerajaan negeri di Malaysia 'enggan' mewartakan jumpaan harta Qarun kepada umum. kecuali kerajaan Melaka yang perihatin.
Sedikit masa dulu, kita tersentak dan terkedu dengan jumpaan emas di bumi Terengganu amnya, khasnya di Rusila Marang. Maka ramai mana dan banyak mana orang ramai yang sebangsa engan kita beranggan anggan untuk menjadi kaya.
Harapan palsu yang diberikan menyebabkan rakyat Malaysia tersu teruja dan menjadi gila untuk menjadi kaya dengan sekelip mata. Ini belum masuk dengan gelagat dan telatah bomoh dan para bomoh yang sedikit masa lagi akan campurtangan samada langsung atau tidak langsung.
Harta berbilion ringgit dalam gua
|
JASIN – Persoalan tentang kewujudan harta karun peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, kira-kira 17 kilometer di luar pantai Melaka di sini bakal diketahui esok.
Antara harta karun berkenaan ialah peti mengandungi jongkong emas, takhta dan pakaian diraja.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka, Datuk Abdul Ghafar Atan berkata, kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan dipercayai merupakan pintu tempat simpanan harta karun itu sudah 90 peratus dilaksanakan.
Beliau berkata, pihaknya percaya pintu gua berkenaan akan berjaya dibuka dalam tempoh dua hari lagi seterusnya dapat memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz30H5VEsnY
Hakcipta terpelihara
1 comment:
Harta ini AHMAD ALBAB yang punya...ha ha ha..!!
Post a Comment