Sunday, March 30, 2014

Sekolah menjadi sarang pusat penjenayah negara ini ?

Beberapa minggu yang lepas kita dikejutkan dengan kaapalterbang MAS MH370 yang melencong laluannya. Dan kini kegelisahan, debaran rakyat menunggu berita nasib MH370 masih tiada penyudahnya.

Kali ini kejutan, daripada menteri dalam negeri yang mendakwa kalangan pelajar negara kita, punca jenayah disemai. Inikah pencarian bakat yang dimaksudkan oleh menteri belia dan sukan tempoh hari.

Nampaknya, menteri pendidikan dan orang pendidikan belum memberi respon terhadap dakwaan serisu Zahid itu. Sebenarnya Zahid bercakap atas fakta dan data barangkali ? Itulah nampaknya menteri pendidikan gagal memberi respon.

Sentuhan dan kenyataan Zahid Hamidi tentang hal ini, nampaknya ikhlas tiada maksud tersirat dan boleh disalahtafsirkan oleh pihak yang dituduh.

Tetapi dimana tanggungjawab menteri pendidikan apabila, didedahkan sistem pelajaran negara 'gagal' elahirkan manusia cemerlang dan baik. Sebalik sebagai pusat asuhan dan didikan menjadi penjenayah ?







AHMAD ZAHID (tengah) beramah mesra dengan anggota MCPF selepas Mesyuarat Agung MCPF ke-21 Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan sekolah diingatkan supaya memantau tingkah laku pelajar kerana laporan menunjukkan kegiatan jenayah mula wujud dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sehingga 18 tahun.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegiatan jenayah dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar kini dilihat membimbangkan berikutan mereka mula terjebak dengan kumpulan gangster.
"Kita khuatir ada dokongan samseng di luar sekolah dan kita akan lakukan siasatan sama ada mereka (pelajar) telah direkrut oleh kumpulan samseng.
"Kita bimbang kegiatan jenayah dalam kalangan kanak-kanak mahupun pelajar-pelajar melebihi daripada laporan yang diterima kerana ada sesetengah sekolah yang berprestij tidak mahu melaporkan kepada polis aktiviti jenayah yang berlaku," katanya.



No comments: