Sunday, March 16, 2014

MH370 menjadikan dunia dan manusia lebih perihatin ?

Keresahan, kebimbangan, ketidaktentuan adalah warna-warna berita tentang kapalterbang MAS MH370/ Pemberitaaan yang tidak tentua arah dengan maklumat yang berbelit-belit semua orang rasa dan sangat serba salah.

Semua pihak perihatin, bersimpati dan amat sedih dengan nasib 239 penumpang dan 12 krew yang masih tidak ketahuan sehingga kini. Kita merasakan semua usaha yang digandakan oleh banyak negara dan banyak pihak dalam masa banyak hari amat membebankan mereka yang terlibat dan bertanggungjawab.

Kita , berharap besar ALlah akan beri petunjuk dan balas usaha pencarian mereka atas apa yang mereka usahakan. Misi kemanusiaan ini menjadikan masyarakat dunia lain lebih perihatin


Dikhuatiri terhempas di 2 lokasi Lautan Hindi

KAKITANGAN pengawal pantai negara Jepun meneliti maklumat dan peta dalam usaha mengesan pesawat MH370 di sebuah lokasi di Laut China Selatan, semalam. - REUTERS
 
 
WASHINGTON 15 Mac - Pesawat MH370 yang hilang sejak lapan hari lalu, dikhuatiri terhempas di Lautan Hindi akibat kehabisan minyak selepas terbang sejauh beribu kilometer.

Rangkaian televisyen CNN yang memetik kenyataan sumber di Amerika Syarikat (AS) melaporkan, satu analisis berdasarkan isyarat lemah yang dihantar kepada satelit dan data radar tentera mendapati, pesawat MH370 berkemungkinan terhempas sama ada di Teluk Bengal atau lokasi lain di Lautan Hindi.

Laporan analisis tersebut yang dilakukan oleh pasukan penyiasat Malaysia dan AS mungkin dapat mengecilkan kawasan pencarian pesawat terbabit yang hilang sejak seminggu lalu.
Kedua-dua pihak turut menjalankan analisis secara terperinci bagi mencari petunjuk kemungkinan pesawat itu menukar haluan penerbangan merentasi Semenanjung Malaysia dan menghala ke Teluk Bengal atau lokasi lain di bahagian barat daya Lautan Hindi.

Dalam pada itu, sumber berkenaan berkata, isyarat lemah yang diterima satelit menunjukkan pesawat terbabit menempuh penerbangan sejauh beribu-ribu kilometer sebelum terhempas di Lautan Hindi akibat kehabisan minyak.

Sumber itu menambah, pesawat MH370 tidak mungkin memasuki ruang udara India yang dilengkapi kekuatan pertahanan udara dan kawasan liputan radar yang luas bagi mengesan serta memintas kapal terbang berkenaan.

Jelasnya, isyarat yang dihantar pesawat ibarat 'tanda berjabat tangan' atau komunikasi ringkas antara pesawat dan satelit.

"Dalam keadaan normal, kedua-dua sistem akan berkongsi data yang lebih banyak, namun kes MH370 menunjukkan sistem transponder pesawat itu, dipercayai ditutup dengan sengaja.

"Bagaimanapun tiada lokasi tepat dapat dipastikan melalui isyarat lemah yang dikesan satelit, sekali gus tidak membantu operasi mengesan kedudukan pesawat itu," kata sumber tersebut. - AGENSI/REUTERS


No comments: