Friday, January 03, 2014

Insaflah penulis Upahan Utusan Mebangsatkan Bangsanya ?

Penulis Upahan Utusan ini langsung tidak berasa malu. Yang dirinya adalah orang Melayu . Secara tidak langsung beliau memperlekehkan bangsanya sendiri. Walhal Melayu yang ke Dataran Merdeka pergi dengan ada wawasan dan niat. Setidak-tidak menyatakan perasaan melalui Unjuk Rasa.

Sedarkah enulis negara yang UBN dalam PAU lalu dakwa adalah Negara Umat Melayu. Maka tidak kisahlah ramai belia Melayu kerana ini adalah negara mereka. Takkanlah ada bangsa Korea atau bangasa Thai dalam Unjuk Rasa tempoh hari/

Penulis ini tahukah, berapa ramai Belia Melayu yang duduk dan masuk Pusat Serenti daripada Universiti. Kenapa dia risaukan Unjuk Rasa yang tidak kekal Di Dataran Merdeka cuma sehari sahaja ada di sana berbanding dengan yang ada di Pusat Serenti . Dan berapalah pula yang kena dibiayai sepanjang mereka berada di One Stop Cnter berkenaan.

Adakah begini cara fikir intelektual Melayu, dalam memperkasakan bangsanya. Boleh kah kita menumpang kecerdikan bangsa kita seupama ini. 

Adakah beginikah sistem pendidikan yang mahu dibangsakan kepada bangsa Melayu. Menyokong dan mengampu semberono. Walaupun dia tahu jutaan mulut dan perut bangsanya disesakkan dengan kenaikan harga barang/

Walaupun dia tahu pemimpin bangsa dan sebangsanya dengannya rasuah dan lakukan pelbagai kesalahan moral dan akhlak. Dan di mana letak dan duduk bangsanya yang selalu disinonimkan dengan perkataan- atau konotasi yang menjurus atau dilabelkan kepada bangsanya.

Sebagai contoh jika berjanji ramai yang ketawa bilamana mendengar 'Janji Melayu'. Begitu juga dengan ketepatan waktu akan keluarlah 'Jam Melayu' dan macam-macam lagilah



'Belia Melayu mudah diperalat'

SEBAHAGIAN anak muda Melayu yang menyertai perhimpunan haram pada malam ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang kecewa melihat anak muda Melayu cukup mudah diperalatkan oleh pihak tertentu untuk menjayakan perhimpunan haram.
Keng Liang berkata, pemerhatian mendapati dalam setiap perhimpunan haram termasuk Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka kelmarin, kehadiran anak muda Melayu melebihi 90 peratus.
Tegasnya, kehadiran anak muda kaum lain dalam perhimpunan sedemikian adalah sangat rendah iaitu di sekitar 500 orang bagi jumlah kehadiran 10,000.
"Dalam siri perhimpunan haram di ibu negara, anak muda Melayu didapati menjadi benteng hadapan.Ini satu trend yang tidak bagus, kenapa mereka ini terlalu mudah dipergunakan," katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Keng Liang menasihatkan anak muda Melayu yang berminat dengan politik supaya lebih cerdik dalam apa jua tindakan.
Katanya, anak muda Melayu perlu sedar jika ditangkap pihak berkuasa, pihak yang mempergunakan mereka akan lepas tangan.
"Mereka kena cerdik, nak main politik janganlah sampai dipergunakan pihak yang mempunyai agenda peribadi.
"Maaf cakap, anak muda bangsa lain lebih tahu apa yang lebih penting untuk masa depan mereka," katanya.
Dalam pada itu, Keng Liang menjelaskan bahawa teguran dan kritikan yang dibuat terhadap anak muda Melayu tidak bermaksud beliau bersikap perkauman.
"Saya menegur kerana menganggap anak muda Melayu sebagai keluarga besar saya sebagaimana kaum-kaum lain.
"Jika ada orang yang mahu saya berjuang dan ambil tahu tentang bangsa Cina sahaja, itulah orang yang sebenarnya rasis," tegasnya.

No comments: