Rumah Ngaji vs rumah urut
KUALA Lumpur mengajar saya seribu satu rencah kehidupan, dari A hingga Z. Awal 70-an, ketika mula berkelana di kota besar ini, saya terus disentak renjatan budaya. Sebagai budak kampung serba totok, apa yang dilihat, didengar dan dirasa, semuanya luar biasa.
Baru saya tahu di kota megah ini ada bermacam jenis rumah. Rumah mula-mula saya tinggal terletak di hujung Kampung Datuk Keramat. Tidak ada air paip, tidak ada elektrik, malah tidak ada tandas. Itu namanya ‘rumah haram’, kemudian diubah sebutan jadi setinggan.
Seburuk-buruk rumah saya di kampung terpencil di Muar, ada juga air paip, elektrik dan tandas jirus. Pelik, apabila jadi orang bandar – warga kota konon! – saya mandi air telaga, sebelah malam guna lampu minyak tanah, buang air dalam longkang. Luar biasa!
Ada ‘rumah pangsa’, berlapis-lapis, macam sarang burung merpati, naik-turun menggunakan lif. Kalau lif rosak, terpaksa menongkah tangga hingga urat kaki kejang. Rumah pangsa kemudian disebut flat.
Sebagai wartawan jenayah, sering mengikut polis dan penguat kuasa melakukan serbuan, saya mengetahui banyak lagi jenis rumah. Dia orang menyebut ‘rumah ayam’, merujuk kepada kawasan berseronok di sekitar Chow Kit yang menempatkan gadis dan wanita pelayan seks. Pelacur disebut ayam, taukenya disebut ibu ayam.
Ada ‘rumah judi’ tempat orang main poker sambil mabuk arak. Rumah judi terbesar ketika itu ialah padang lumba kuda @ race course di Jalan Ampang – kini tersergam menara berkembar Petronas – yang setiap hujung minggu dikunjungi beribu peminat judi kuda.
Dan, ada juga ‘rumah urut’ yang tukang urutnya ialah gadis dan wanita seksi. Khidmat yang ditawarkan lebih dari urut. Sampai sekarang rumah urut tumbuh di merata tempat, banyak yang beroperasi secara haram menggunakan berbagai nama indah lagi komersial seperti ‘pusat kesihatan’, ‘spa’, ‘salun uniseks’ dan lain-lain.
Seperti dilaporkan media di Selangor, juga KL, ada beratus rumah urut haram, menawarkan khidmat gadis GRO luar termasuk dari Indonesia, Thailand, dan China. Masuk secara sah menggunakan visa pelawat, mereka dikurung di rumah urut. Mereka bukan pelancong, tetapi pelacur.
Rumah ayam, rumah judi, rumah urut semua membawa unsur-unsur negatif. Tetapi, ada juga rumah yang menyemarakkan nilai-nilai positif lagi murni, seperti ‘Rumah Orang Tua’, ‘Rumah Anak Yatim’, ‘Rumah Pengasih’ dan rumah-rumah kebajikan lain. Pendek kata di KL ada rumah baik, ada rumah tidak baik.
Terkini, ada ‘Rumah Ngaji’. Matlamat utama program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Kumpulan Media Karangkraf ini ialah untuk menimbulkan kesedaran ummah tentang kepentingan al-Quran. Kitab suci itu perlu dibaca, difahami maknanya, dan dihayati untuk kesempurnaan hidup.
Dengan moto ‘Al-Quran Landasan Kehidupan’ kelas-kelas di bawah program ini telah dimulakan sejak tiga bulan lalu. Bilik-bilik berhawa dingin dan suasana kondusif pembelajaran disediakan di bangunan Sinar Harian, ibu pejabat Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam.
Lima orang pegawai agama dengan ijazah dari dalam dan luar negara menjadi tenaga pengajar tetap untuk mengendalikan pembelajaran kitab suci menerusi kaedah ‘Al-Badar’ dan ‘Talaqi’. Sama ada pelajaran asas – termasuk yang baru mengenal ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’ – atau untuk memperbaiki tajwid dan mutu bacaan, semuanya disampaikan dengan amat berkesan.
Siapa sahaja boleh menghadiri ‘Rumah Ngaji’, tanpa mengira jantina dan usia, terutama penduduk di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. Buat masa ini kelas-kelas diadakan tiga kali seminggu, Isnin, Rabu dan Jumaat, antara 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Walaupun tidak diuar-uarkan secara meluas, sambutan terhadap program mulia ini amat menggalakkan. Ramai penduduk setempat berusia antara 5 – 40 tahun kini mengikuti kelas. Untuk tahun 2014 WUI mempelawa siapa sahaja untuk singgah dan menelaah al-Quran di ‘Rumah Ngaji’. Datang terus, atau hubungi 03 5101388 untuk pertanyaan dan pendaftaran.
Tidak ada sebarang bayaran dikenakan. Bilik pengajian kondusif, tenaga pengajar berijazah, semuanya percuma. Tidak cukup hanya celik huruf dan celik komputer, WUI mahu setiap orang celik al-Quran, sebab kitab suci pembimbing ummah.
Mudah-mudahan dengan ‘Rumah Ngaji’ kita dapat memerangi rumah urut, Insya-Allah.

No comments:
Post a Comment