Potong elaun 10 peratus, PM masih ada RM6 bilion

Kata Rafizi, tindakan memotong elaun keraian hanya reaksi kerajaan yang sedar kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan baru-baru ini
“Tidak membantu sama sekali menghentikan pembaziran. Tidak ada satu sen pun daripada peruntukan RM6.8 bilion dalam dana tersebut dipotong walaupun perbelanjaan itu hanya akan membazirkan wang rakyat,” kata Rafizi.
Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong sebelum ini mendedahkan sekurang-kurangnya RM6.8 bilion daripada peruntukan Belanjawan 2014 Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijadikan dana politik dan tidak jelas butirannya.
Katanya, ia termasuk RM4 bilion dana fasilitasi, RM1 bilion program pembangunan, RM900 juta untuk penyusunan semula masyarakat, projek khas (RM200 juta) dan projek mesra rakyat (RM665 juta).

Ujarnya, kerajaan harus menghentikan peruntukkan dana bagi program yang tidak jelas matlamatnya seperti Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diberi peruntukkan hampir RM300 juta.
“Sebab utama masalah kewangan di negara ini menjadi parah adalah kerana kita mempunyai kepimpinan yang tidak serius dalam memerangi rasuah , walaupun diselubungi rasuah,” katanya.
No comments:
Post a Comment