Hari-hari kita disogokkan dengan angka. Berkenaan apa yang kerajaan buat dan kerajaan beri kepada rakyat. Setiap hari media dengan penuh kebanggaan akan melaporkan dan memaparkan angka-angka RM bahawa kerajaan melalui agensi pusat, negeri dan sebagai akan membantu rakyat. Bantuan kerajaan disalurkan bagi me segara caramana duit dibelanjakan. Maka berbelanja lah agensi pusat berkenaan duit sejumlah begitu dan begini lapornya. Semua angka-angka yang dipaparkan menampakkan kerajaan amat cakna, beria, bersungguh-sungguh mahu membela rakyat semua.
Pernah kah kita terfikir, bahawa ke manakah duit itu diagihkan, macam mana kaedah sistem penyampiannya, siapakah yang layak dan dilayakkan bagi mendapat bantuan agihan bantuan berkenaan, berapa banyakkah yang dibelajakan kepada orang yang menerimanya. Bagimanakah latar dan rupa orang yang laak menerimannya. Dan akhir sekali benarkah dana itu dimudahkan dan di samarata kan agihan jumlah wang sejumlah itu yang di peruntukkan.
Dan kita lihat terhasil nanti, apakah ia berkesan dan dijayakan dengan sesungguh-sungguhnya. Maknanya jika diihat, diyakini tidak ada lagi rakyat yang merempat dan merana kerana kerajaan sejak daripada dulu, bersedia, tidak henti-henti berusaha dan terus berusaha membuat itu ini membantu sana sini, memberi apa sahaja termampu bagi menceriakan hidup dan kehidupan rakyat ke arah kesejahteraan sosial seperti slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Dan kita lihat terhasil nanti, apakah ia berkesan dan dijayakan dengan sesungguh-sungguhnya. Maknanya jika diihat, diyakini tidak ada lagi rakyat yang merempat dan merana kerana kerajaan sejak daripada dulu, bersedia, tidak henti-henti berusaha dan terus berusaha membuat itu ini membantu sana sini, memberi apa sahaja termampu bagi menceriakan hidup dan kehidupan rakyat ke arah kesejahteraan sosial seperti slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Hanya orang-orang yang kuat cemburu sahaja terus menerus menjadi buta mata dan buta perutnya. Maknanya kita pelik jika begitu mengapa, dilaporkan masih berlaku ketirisan mencecah RM20 billion setahun. Apa yang tidak kenanya. Mengapa kemiskinan makin melebar kalangan rakyat. Mengapa kehidupan menjadi payah, hampir 80 % rakyat banyak hutang menuju muflis.
Dipendekkan kata , negara kita sebenarnya cukup kaya hasil yang diperolehi dan terhasil. Boleh mengkayakan rakyatnya. Bukan setakat hasil unjuran Bajet RM250 billion sahaja seperti yang dilaporkan sebagai punca pendapatan tahun hadapan. Walaupun belanja negara kita pula mencecah anggarannya RM265 billion.
Dimaknakan cerita, kerajaan kita berancang untuk bermewah dan berbelanja ikut nafsu. Namun negara kita tetap kaya ALlah kurniakan hasil melimpaih ruah alam atas dan banyak sumber yang boleh dimanfaatkan.
Justeru rakyat, kena berfikir banyak juga. Berfikir ke depan dan jauh. Jangan kita ditipu dan tertipu dengan angka-angka yang dimanipulasi oleh puak depa. Janganlah jadi rakyat yang taat sahaja, kita kena bertindak sebagai pengaudit. Ini kerana kita bakal diaudit juga oleh ALlah bila bertemunya nanti tentang apa yang kita buat bersama.
Sama-samalah membantu menjaga negara kita.
Mara lulus RM440j pembiayaan perniagaan
MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
- KOTA BHARU 17 Nov. - Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan 5,435 permohonan pembiayaan perniagaan bernilai RM440 juta melalui tiga program keusahawanan pada tahun lalu.
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa ketiga-tiga program tersebut adalah Skim Pembiayaan Mara (SPiM), Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) dan Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM).
"SPiM melibatkan 1,291 pemohon, SPiKE (4,097) dan SJUM (47)," katanya berucap pada Majlis Makan Malam Perdana Pengerusi Mara Bersama Komuniti Usahawan Kelantan 2013 di sini malam tadi.
Teks ucapan beliau dibaca oleh Ahli Majlis Mara, Datuk Ariss Samsudin.
No comments:
Post a Comment