Jika benar janji Menteri Dalam negeri baguslah. Beliau mahu bertinak segera dengan lambakan pekerja asing di negara kita. Katanya, beliau tidak mahu negera luar berpersepsi kita niaga hamba abdi ala moden di mata dunia.
Kita bangga dan yakin sangat dengan menteri baru kita yang perihatin. Kita tidak mahu ada lagi para pekerja asing ini bekerja dipost-post yang sensitif, seperti pengawal keselamatan tempoh hari yang membunuh dengan kejam seorang pegawai bank.
Selain, itu nampak sangat negara kita mudah sangat BOLOS. Sistem dan tata kelola cara keluar masuk macam hampeh dan tidak berguna. walaupun kita kini berada di ambang negara maju dan berprestasi tinggi.
Tapi dalam masa yang sama, boleh kah kita percaya ?
Zahid Hamidi ikrar perangi isu pekerja asing
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sepenuhnya lambakan pekerja asing khususnya yang datang secara haram selepas kejayaan menangani jenayah berat melalui pelaksanaan Op Cantas baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tegas itu diambil kerana beliau tidak mahu lambakan pekerja asing di negara ini memberi gambaran kepada masyarakat antarabangsa seolah-olah berlaku perniagaan hamba abdi di negara ini.
Saya tidak mahu perniagaan hamba abdi seolah-olah berlaku di negara kita," katanya ringkas menerusi laman Twitternya di sini hari ini sebagai menunjukkan ketegasannya memerangi lambakan pekerja asing.
Polemik mengenai isu pekerja asing kembali tercetus selepas pengawal keselamatan warga Indonesia yang menggunakan kad pengenalan palsu bertindak menembak mati kakitangan AmBank (M) Berhad pada 23 Oktober lalu.
Dalam kejadian tragis tersebut, mangsa, Norazita Abu Talib, 37, maut ditempat kejadian selepas ditembak di kepala menggunakan senjata jenis pump gun oleh suspek yang sehingga kini masih bebas dan gagal dikesan pihak berkuasa.
Minggu lalu, Ahmad Zahid mengumumkan kerajaan bakal menguatkuasakan penggunaan kad biometrik kepada setiap pekerja asing yang mahu bekerja di negara ini sebagai salah satu kaedah membendung lambakan golongan tersebut.
Katanya, kad itu yang kini dalam peringkat ujian boleh diimbas melalui telefon pintar selepas Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat (FWCMS) dilaksana kelak dan mana-mana yang ingkar akan dihantar pulang.
No comments:
Post a Comment