Tuesday, November 19, 2013

Isu Pasukan Kebangsaan Bolasepak: Bedakan Kritik atau Perlekeh

Antara kritik dan perlekeh. Sememanglah ada dua maksud secara relatif. Isu ini berbangkit kerana Safee Sali pemain bolasepak kebbangsaan dikritik/diperlekeh oleh Ketua Pengarah MSN.

Biasanya yang buat kritikan adalah orang awam atau peminat, tetapi bila Pengarah MSN sendiri kritik dan perlekeh memanglah ada yang tidak kena. Hanya beliau sahaja apa yang dimaksudkannya.

Safee pu sendiri terasalah yang kritik bukan batang tubuh peribadi Zolkaples tetapi kapisiti yang dibawa itu Ketua Pengarah MSN

Justeru itu, Safee kena faham dan tahu antara kritik dan perlekehkan. Maksudnya dia mesti bersikap pro dalam hal ini. Oleh itu, tak usahlah buat cabaran 'bodoh;.

Mujurlah, kritikan pembangkang terhadap jenayah semakin meningkat atas kelemahan PDRM. Tidak dicabar oleh KPN supaya minta YB pembangkang turun dan jadi pula sebagai anggota polis atau ambil tempatnya sebagai KPN. Kacau jadinya. Dalam hal ini pasukan polis nampak pro berbanding Safee.

Mungkin Safee rasa bertanggungjawab penuh kepada pasukannya secara langsung. Bila ada kritikan maknaya benda itu amat penting dan diperhatikan. 

Jadi Safee kena cermin diri, berbanding olahraga dalam bolasepak ada banyak stakeholder yang ambil  berat sokong ikuti perkembangan kerana masing-masing ada tanggung jawab peringkat masing-masing.

Maka, terbukalah semua para pemain. Kami rakyat impikan pasukan 1980an yang berjaya layak ke Sukan Olimpik. Kenapa waktu itu mampu, sekarang tidak ?




Saya kritik bukan perlekeh

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong menjelaskan kritikannya terhadap prestasi skuad Harimau Malaya ketika tewas 0-1 kepada Bahrain baru-baru ini, bukan bermaksud memperlekeh kemampuan pasukan itu.
Malah, Zolkples berkata beliau juga tidak berniat menghentam pasukan itu kerana pandangannya berhubung pencapaian pasukan kendalian Datuk K Rajagobal itu adalah komen yang realistik.

“Saya lihat kualiti persembahan pemain semakin baik jika dibanding dengan pencapaian lima tahun lalu. Hari itu, saya cuma beritahu saya tidak meletakkan harapan tinggi dan sudah menjangka kekalahan dan bukan bermaksud menghentam pasukan dan pemain,” katanya. 

Dalam laporan akhbar semalam, penyerang Harimau Malaya, Safee Sali menegaskan sudah tiba masanya pasukan kebangsaan memerlukan sokongan padu dari semua pihak bukannya kritikan yang tidak berkesudahan.

Bekas pemain Pelita Jaya dan Johor Darul Takzim (DT) itu juga `memperli' Zolkples dalam laman sosial berkata “Suruh dia mainlah..cakap pandai.. nanti balas komen dia cakap pemain tidak terima pendapat... orang macam inilah yang rosakkan sukan.. hanya pandai kritik... buat kerja tidak mahu.”

Zolkples berkata bagi membuktikan pasukan Harimau Malaya masih relevan, mereka perlu menampilkan kemampuan apabila berdepan Qatar dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, malam ini. 

Berhubung tindakan Safee mempertikai pandangannya menerusi Facebook penyerang itu kelmarin, Zolkples bagaimanapun enggan mengulas lanjut. 

Namun dalam nada sinis, Zolkples berkata semua atlet profesional perlu berfikir secara matang sebelum memberi kenyataan dan ‘bukan cepat melatah’ apabila dikritik. 

“Atlet sukan lain sering menghargai jasa kerajaan dalam membantu mereka seperti (ratu skuasy negara) Datuk Nicol David yang sentiasa berterima kasih dengan bantuan MSN. 

“Atlet di bawah MSN tahu tugas dan tanggungjawab mereka kepada negara dan berterima kasih kepada kerajaan, jadi tidak perlu saya hebohkan kepada semua apa MSN beri kepada FAM,” katanya.

Mengulas prestasi merudum Rajagobal sebagai pengendali Harimau Malaya, Zolkples berkata dari segi Petunjuk Prestasi Utama (KPI), jurulatih berkenaan gagal mencapai tahap yang dikehendaki. 

“Berhubung masa depan Rajagobal, eloklah FAM sebagai majikan untuk tentukan sama ada mahu sambung atau tidak kontrak beliau (yang berakhir bulan depan),” katanya.- BERNAMA

No comments: