Monday, September 30, 2013

Masjid Runtuh Oh Masjid Runtuh - Ganukite

Bumbung masjid runtuh lagi. Di mana kah salahnya ? Apa silapnya ? Lazimnya rumusan mudah , ini adalah takdir ALlah.Selepas itu barulah diletakkan kesalahan kepada kontraktor yang membuatnya. Bahan tidak mencukupi dan tidak ikut 'spek' .

Hari ini penulis bertemu dengan seorang orang alim lah juga tarafnya, bila berbicara bab masjid runtuhnya, menyebabkan belaiu mengeluarkan nada yang tinggi. Katanya, ini adalah balasan kepada orang tertentu di Terengganu, jika tidak bertaubat dan mohon maaf selagi itulah perkara ini tidak akan selesai. Mana-mana orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Masjid Bujal tempoh hari minta bertaubat dan mesti dihukum dengan berat orang yang berkenaan.

Selagi perkara ini tidak dibuat,, mka perkara ini tidak akan selesai




Nasib baik tiada jemaah dalam masjid

ORANG ramai melihat runtuhan siling dan bumbung masjid Kampung Tebauk di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Kejadian runtuhan bumbung masjid terus berlaku di negeri ini dan terbaharu, bumbung ruang solat kedua masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal di sini pula roboh awal pagi semalam.
Insiden yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan kira-kira 40 peratus daripada bahagian bumbung masjid bernilai kira-kira RM6 juta yang digunakan sejak dua tahun lalu roboh dan tidak boleh digunakan.
Kejadian runtuhan di masjid berkenaan merupakan yang ketiga berlaku di Terengganu sejak 3 Oktober 2009. Masjid berkenaan terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bumbungnya turut runtuh pada 2 Jun 2009.
Bilal masjid tersebut, Man Mat, 61, memberitahu, dia merupakan orang pertama pergi ke masjid itu pagi semalam iaitu kira-kira pukul 5 pagi dan terkejut mendapati sebahagian bumbung masjid berkenaan runtuh.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2gNIUlN3E 
Hakcipta terpelihara

Saturday, September 21, 2013

BAM dan jurulatih berkelahi.... Apa jadi dengan sukan BADMINTON

KELAHI..... KELAHI dan gaduh..... dan gaduh lagi. Itulah warna warni atau citrawarna sukan di negara kita. Kita ingat dalam politik sahaja berkelahi dan bergaduh. Rupa-rupanya dalam sukan pun ada politiknya juga.

Kelmarin Rashid Sidek jurulatih BAM meletakkan jawatan, kerana dakwanya beliau tidak berpuashati dengan campurtangan 'keterlaluan' orang-orang Presiden dalam tugasannya.

Hari ini, prisedan BAM yang baru bingkas membuat sidang media membelasah Rashid atas dakwaan yang tidak berasas itu, jelas pihak BAM. 

Rakyat teramai mahukan sesuatu yang positif berlaku dalam sukan badminton. Harapan tinggi diletakkan ke atas pengurusan yang baru. Kita rakyat pun tidak faham dengan situasi yang berlaku. Rakyat mahukan HASIL nya. 

Jika berkelahi ada hasilnya, maka teruskan perkelahian berkenaan. Jika perkelahian itu tidak mendatangkan hasil dan hilang fokus apa yang mahu mereka kejar dan kerjakan, maka hentikan salah menyalah sesama mereka.

Akur dan akui kelemahan dan kelebihan masing-masing. Meletakkan 100 peratus kesalahan ke atas jurulatih sahaja adalah tindakan keterlaluan. Maka mengakui kelemahan seperrti yang didakwa Rashid bukanlah mencacatkan BAM

Thursday, September 19, 2013

Mana ada benda yang baik percuma dan murah ?

Daripada wang habis entah ke mana-mana. Lebih baiklah FAM gajikan pengurus daripada luar yang bakal dan mampu menyuntik wajah dan mutu bolasepak kita peringkat antarabangsa.

Polimek mahal murah bukannya masanya. Sebab kita adalah negara kaya yang mensasarkan  menjelang 2020 pendapatan rakyat negara adalah berpendapatan tinggi belaka. Malulah kita jika berkira sangat , macam mana dengan negara Afrika termasuk Burkino Faso mampu membayar gaji kepada pengurus bolasepak kelahiran Perancis ini.

Mentaliti KJ sama juga macam mantan PM Dr M dan menteri kanannya Samy Tol. Jika kita mahu yang terbaik, kita mestilah kena BAYAR. Mana ada dalam dunia ini percuma.

Justeru, kalau mahukan mutu blasepak dan pasukan bolasepak kebangsaan kita mantap, maka janganlah sayang dan berkira sangat dengan duit.

  

Bayar saja FAM!

Foto
Khairy syor badan induk melabur banyak jika mahu jurulatih berkualiti

Kuala Lumpur: "Jika mahukan yang terbaik, anda harus membayar untuk dapat yang terbaik, walau berapa pun jumlahnya," demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, semalam.

Beliau mengulas demikian mengenai spekulasi tuntutan gaji yang diminta jurulatih Perancis, Philippe Troussier sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahukan khidmatnya membimbing skuad kebangsaan menggantikan Datuk K Rajagobal, hujung tahun ini. 
Troussier yang pernah membimbing Jepun dari 1998 hingga 2002 selain menjadi jurulatih Nigeria (1997), Burkina Faso (1997-1998), Afrika Selatan (1998), Qatar (2003-2004) dan Maghribi (2005) dikatakan menuntut gaji RM146,000 sebulan atau RM5 juta setahun. 


FAM ada wang

Bercakap lanjut selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang akan bertanding dalam Kejohanan Sukan Perpaduan Islam di Palembang, Khairy bagaimanapun yakin FAM tiada masalah memenuhi tuntutan gaji itu kerana badan induk itu mempunyai dana yang besar.

“Amat penting untuk skuad kebangsaan dibimbing jurulatih terbaik kalau sekiranya kontrak Rajagobal tidak dilanjutkan tidak kira ia datang dari Malaysia atau pun dari luar negara. 
“Lagi pun, saya rasa tidak perlu disensasikan gaji jurulatih atau pengurus pasukan sekiranya dia datang dengan latar belakang dan resume yang cukup baik.

Saya melihat kita kadang kala jika membesarkan isu gaji, akhirnya kita tidak dapat yang terbaik disebabkan ada orang cemburu atau ada orang yang dengki.

“Kalau sekiranya dia memang baik, kita beri dia petunjuk prestasi utama (KPI), jika dia tidak mencapai KPI, kita tamatkan kontrak dia.”

Khairy bagaimanapun berharap FAM membuat pilihan tepat dalam menentukan jurulatih yang membimbing Harimau Malaya. 

“Bila kita bercakap mengenai jurulatih seperti Troussier, jurulatih bertaraf dunia, inilah harga pasaran yang ada. Jika kamu mahu yang terbaik, itulah harga yang diperlukan.

“Apa pun, saya harap FAM dapat buat pilihan yang tepat kerana mereka persatuan yang mempunyai sumber kewangan yang besar dan saya harap ia bukan jadi kekangan buat mereka.”

Selain Troussier, beberapa jurulatih ternama dikatakan turut berminat untuk mengendalikan skuad kebangsaan namun FAM belum mengadakan perbincangan rasmi dengan mereka.



Mantan ADUN nafikan kereta mewah hak dia ?

Macam biasa dan jawapan standard mana-mana pemimpin dan pimpinan Umno dalam sesuatu perkara kini boleh dikesni sejak zaman berzaman lagi. Pattern' jawapan mereka adalah sama dan tetap sama.

Dalam kes terbaru bekas SU Politik Dato Shahrizat Jalil Ketua Wanita Umno. Kini telah disiasat SPRM berkenaan kes rasuah. Dalam siasatan SPRM sejumlah 10 buah kenderaan mewah telah 'dirampas' . Dan dilaporkan 10 buah kenderaan yang dirampas itu adalah milik SU Politik berkenaan.

Namun, pada hari ini dalam media, dilaporkan SU Politik bekas menteri berkenaan menafikan kenderaan itu adalah kepunyaaan beliau. Tetapi dakwa ia adalah milik orang lain. Cerita nya macam cerita Pak Pandir Lama sebelum ada Pak Pandir moden. Anak Pak Pandir mati, tetapi Pak Pandir bagi tahu oranag ramai bahawa anak orang lain pun mati lah juga. So... apa

Hal ini samalah dengan kes, bila orang ramai bising bahawa harga rumah naik. Kata Menteri Umno , janganlah beli hartanah lagi. Harga ayam naik, janganlah makan ayam , tuan-tuan makanlah ikan. Dan macam macai lagilah.

10 kenderaan mewah bukan milik saya - Suhaimi



SUHAIMI Ibrahim mempersoalkan laporan akhbar The Star pada sidang akhbar di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 18 Sept. - Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim menegaskan sebanyak 10 kenderaan mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) bukan miliknya.

Beliau yang kesal dengan laporan media berhubung perkara itu berkata, kenderaan mewah tersebut milik individu lain yang turut disiasat dalam kes berkenaan sambil menegaskan tiada sebuah kereta, harta atau sebarang dokumen miliknya dirampas SPRM sehingga kini.

Menurutnya, kesemua 10 kenderaan mewah tersebut juga bukan milik proksi beliau sebagaimana dakwaan pihak tertentu.
Sehubungan itu, Suhaimi yang juga bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) meminta media berhati-hati melaporkan perkara tersebut dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya laporan tidak benar tersebut terus berulang.

Tambahnya, beliau tampil memberi penjelasan kerana yakin bebas daripada amalan rasuah selain mengambil sikap berani kerana benar walaupun mengakui dugaan yang diterima kali ini paling mencabar sepanjang hidupnya.
"Saya beritahu terus terang, 10 buah kenderaan mewah itu bukan milik saya tetapi milik individu lain yang turut disiasat dalam kes ini. Tapi media melaporkan seolah-olah hanya saya seorang sahaja yang disiasat. Lebih tujuh individu yang disiasat oleh SPRM dalam kes ini.

"Boleh tanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau sahkan sendiri dengan SPRM. Tiada sebuah kereta atau harta benda saya yang dirampas. SPRM juga tidak merampas sebarang dokumen. Saya datang memberi keterangan dengan sukarela," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM100,000 selepas ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana program 1Azam dengan 10 buah kenderaan mewah turut dirampas.

Menurut Suhaimi, jika benar terbabit dalam penyelewengan dana projek 1Azam, beliau tidak mungkin hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya Jumaat lalu berseorangan tanpa ditemani peguam.
"Pegawai SPRM telefon minta saya hadir. Saya datang sukarela tanpa ditemani peguam. Saya bagi kerjasama sebaik mungkin ketika disiasat selama lima hari kerana percaya saya bersih daripada rasuah. Selebihnya, biarlah SPRM buat kerja kerana saya tidak mahu ganggu siasatan," katanya.
Mengenai dakwaan rumahnya di Taman Melawati dekat sini, juga ada kaitan dengan penyelewengan dana program 1Azam, Suhaimi berkata, pihak yang membuat fitnah itu sepatutnya sedar beliau sudah terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti pembinaan, restoran dan pertanian sejak 1995.
"Tiada satu pun perniagaan itu ada kaitan dengan tugas saya sebagai bekas setiausaha politik sebelum ini. Saya beli rumah terbabit hasil rezeki melalui perniagaan. Jangan membuat tuduhan melulu tanpa siasatan," katanya.



Tuesday, September 17, 2013

Pandangan Sisi Aspan; Antara Pengganas PKM & PERASUAH


Perbezaan pengganas PKM dengan Perasuah Negara

 

Pengerusi Parti Komunis Malaya yang di haramkan, Chin Peng, telah mati di Bangkok pada Hari Malaysia, 16hb September 2013. Kematiannya telah menjadikan ahli politik mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membuat kenyataan yang garang-garang terhadap orang yang telah mati dan tidak bernyawa itu.

Ada pemimpin UMNO dan NGO yang dahagakan isu untuk di sebut menggunakan kematian Chin Peng ini untuk menempelkan rasa sayang dan cintakan negara dengan meminta mayatnya tidak dikebumikan di negara ini kerana tindakan parti itu masuk kehutan dan menjadi pengganas kepada negara.

Saya tidak mahu memberikan komen tentang kematian Chin Peng ini kerana dia telah meninggal dunia dan ramai orang tidak sedar pun yang Chin masih hidup sehingga mendapat berita tentang kematiannya pada 16hb September yang lalu.

Saya lebih cenderung untuk memberikan ulasan tentang kenyataan-kenyataan yang ‘made belief heroes’ dalam UMNO dan beberapa orang pemimpin NGO yang sibuk untuk menunjukkan kesetiaan kepada negara dengan membidas orang yang telah mati itu.

Benar Chin Peng telah membunuh dan menyeksa ramai rakyat yang bertuankan British semasa parti itu masuk kehutan dahulu. Tetapi kita jangan lupa yang keganasan Chin Peng itu tidak ada bezanya dengan parti dan pemimpin yang merosakkan negara melalui tindakan rasuah dan menyalahgunaan kuasa.

Pemberontakan Chin Peng itu menghasilkan kematian banyak tubuh dan jasad manusia tetapi sikap rasuah yang menjahanamkan negara juga telah banyak menindas perasaan dan membunuh jiwa rakyat yang berjuta bilangannya dinegara ini.

Pendeknya Chin Peng telah membunuh tubuh ribuan manusia tetapi sikap rasuah dan salahguna kuasa pemimpin itu telah membunuh keseluruhan sistem kerajaan dan demokrasi negara kita. Rasuah telah membunuh jiwa berjuta rakyat negara ini. Kerajaan yang rasuah dan menggunakan kuasa telah merobohkan segala sistem dan ‘fabric’ politik dan kenegaraan kita dan itu sangat membunuh perasaan rakyat.

Kadang-kadang kita lupa apabila kerajaan itu rasuah ia akan membawa kekecuhan politik dan minda rakyat. Kelemahan dan kesalahan itu telah diperguna oleh pihak parti politik yang bertentangan untuk mendapat simpati rakyat untuk mengambil kuasa yang sesungguhnya belum tentu boleh membaik pulih budaya rasuah itu. Ada tanda-tanda jika pihak yang lain mendapat kuasa pun belum tentu sistem pentadbiran kerajaan serta politik negara itu akan mampu dipulihkan.

Parti Komunis Malaya telah diharamkan dan pimpinannya telah pun mati seorang demi seorang. Tidak perlu kita jadikan sebagai isu untuk mendapat publisiti murahan kerana politik masing-masing. Tidak perlu di ingati peristiwa lama itu.

Kalau pun kita hendak mengingatinya biarlah kita mengingati bagaimana ahli-ahli parti komunis itu keluar untuk memaksa rakyat memberikan makanan untuk mereka didalam hutan dan mencuri makanan rakyat untuk dibawa kedalam hutan di seluruh negara.

Apa yang mereka curi hanyalah makanan untuk menyambung hidup mereka dihutan, tetapi apa yang di curi oleh perasuah negara ini bukan untuk mengalas perut yang lapar tetapi untuk membina ‘empire’ kekayaan untuk mereka sendiri dan keluarga terdekat mereka.

Pengganas komunis semasa itu hanya mencuri beras dan binatang ternakan orang kampung sahaja. Jika dibandingkan jumlah yang dicuri oleh pengganas rasuah negara sekarang ini dan apa yang dicuri oleh pengganas komunis semasa itu adalah terlalu kecil. Lagi pun kecurian makanan dan beras oleh pengganas itu sudah lama berlalu dan tidak berlaku lagi.

Yang kita takuti dan masih merasakan kesakitannya ialah jumlah wang rakyat yang dicuri oleh pengganas rasuah yang belum tentu lagi akan berakhir. Entah bila lagi ia akan berakhir, kita tidak tahu. Ia berlaku dimana-mana dalam skala yang besar dan melibatkan banyak pihak.

Pendeknya kalau di pandang dari sudut nilai dan moral diantara perasuah negara dengan pengganas komunis dahulu, ia tidak lah begitu besar dan jelas perbezaannya. Ia lebih kurang sama tahap nilai dan moralnya.

Cukuplah menjadikan Chin Peng itu modal politik murahan semata-mata. Carilah modal politik yang lain yang boleh menunjukkan perbezaan dengan kita.

Kalau kita masih mahu mengingatinya, kita ingati apa persamaan diantara PKM itu dengan kita untuk dijadikan sempadan dianatar yang baik dan yang salah.

Monday, September 16, 2013

MEB adakah bakal menempa sejarah DEB ?

Selepas kerajaan berbelanja secara berhemat. Maka rakyat ditipu sekali lagi dengan agenda baru ekonomi bawah nama MEB. Apakah MEB akan jadi semacam DEB juga selepas 20 tahun dilaksanakan bagi mensasarkan 30 peratus ekuti saham bumiputera di negara terkaya dunia ini.

PM dengan penuh mangak, mengumumkan agenda baru dan dalam masa yang tranformasi yang cuba digagaskan seiringan dengan MEB ini, semuanya nampak pemuh kekalutan. Tiada fokus dan tiada iltizam hala yang manakah mahu disasarkan.

Menyamakan aganda Melayu sebagai agenda negara dan agenda negara sebagai agenda Melayu dalam negara pelbagai kaum mengundang pelbagai sabotaj dalam semua aspek perlaksanaan.DEB sendiri agenda yang dimasakkan dalam kandungan tatakelola kerajaan Melayu sendiri 'disabotaj' dan 'dikhianati' oleh orang Melayu sendiri.

Rekod, prestasi, pasukan sama walaupun berbeda pemainnya, tidak ada harapan besar yang dapat diharapkan dengan agenda yang mengegarkan dunia Harimau Malaya ini.
 
Yang menjadi sukar dan payahnya, ramai sangat dalam negara kita yang 'pakar' dalam mengampu dan mengipas dengan apa sahaja idea dan wawasan yang kurang masak yang cuba diketengahkan disoong secara membabibuta sahaja.

Sepatutnya, para pakar ekonomi hendaklah memberi pandangan kritis dengan perleksanaan ini. Mempersoalkan semua aspek dan lakukan auditan awam. Ini adalah tanggungjawab bersama.

Adakah kita mahu menjahanamkan ekonomi negara, dengan menyerahkan para labu labu dan tikus.Sudah tiba masa para pakar tranformasikan pendirian mereka dan duduklah di atas neraca keadilan. Maka jadilah cerminan atas neraca keadilan.

Maka, bekerjalah dan bersamalah menjadi jurucakap rakyat sama.

Sama-sama pikul tanggungjawab

Amir Baharuddin

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Golongan Melayu serta bumiputera perlu bekerjasama memikul tanggungjawab dalam menjayakan agenda nasional, Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Amir Baharuddin berkata, ini kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan secukupnya melalui dana serta skim keusahawanan yang mampu menjadi batu loncatan kepada golongan bumiputera untuk mengubah taraf hidup serta ekonomi mereka.

Jelas beliau, golongan bumiputera juga perlu belajar berdikari jika mahu mencapai kemajuan setaraf dengan bukan bumiputera yang telah lama memonopoli ekonomi negara.

''Usaha ini dilihat amat menyakinkan dan secara tidak langsung golongan tersebut akan tertarik untuk membina perniagaan sendiri melalui peruntukan yang telah disediakan.

''Pada masa sama, mereka juga harus berusaha lebih gigih dalam merealisasikan agenda ini bagi membantu meningkatkan sektor ekonomi tempatan supaya Malaysia dapat mencapai kedudukan sebagai negara maju," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera merangkumi lima fokus utama iaitu mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Prof. Dr. Shazali Abu Mansor pula berkata, masyarakat tidak wajar mempersoalkan agenda yang dikhususkan kepada golongan bumiputera tersebut kerana faedahnya pasti akan diperoleh sama rata.

''Dalam jangka masa panjang, apabila sektor perniagaan dan keusahawanan golongan bumiputera meningkat, ini turut memberi kesan terhadap peniaga bukan bumiputera dan mereka akan mampu berdaya saing serta mencapai kemajuan bersama.

''Selain itu, saya sarankan pelaksanaan agenda ini dapat memberi perhatian lebih kepada yang kurang berkemampuan bagi memastikan mereka menikmati bantuan diberikan dan diberi peluang untuk memperbaiki taraf hidup," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, Datuk Ramli Norani menyifatkan inisiatif tersebut bukan sahaja merangkumi golongan berpendapatan sederhana dan tinggi, malah semua peringkat.

"Kita lihat kerajaan bukan sahaja telus, tetapi mempunyai satu matlamat tinggi untuk melihat golongan-golongan bawahan turut mendapat nikmat yang sama," katanya.

Dalam hal ini tambah Ramli, generasi muda seharusnya bijak mengambil peluang disediakan dan menguruskannya dengan baik.

Dalam masa sama, beliau berkata, pelaksanaan agenda itu juga membuka legasi baharu dalam usaha kerajaan mengurangkan pengangguran khususnya golongan siswazah bumiputera.

"Ada baiknya siswazah yang menganggur ini, elakkan daripada pekerjaan makan gaji dan menceburi bidang perniagaan," katanya.

Sunday, September 15, 2013

Ulama : Tolong baca ?


Kami tidak pernah ditarbiyyah dan diajar untuk 'mengajar ulama'. Apatah lagi mahu melawan ulama. Ulama adalah pewaris nabi. Mana mungkin kami sanggahi. 

Justeru itu,  penulis sama ada ramai rakan-rakan yang berada di luar sana, setiap kali muktamar PAS. Kami tidak mahu ditinggali. Kami datangi medan muktamari. Kami korbankan kerjabuat kami, kerana ini adalah himpunan atau pertemuan tahunan sekali  sahaja. Nak naik haji tidak lepas hajati. Cuma boleh ke medan muktamari, itupun terkadang membawa diri seorang diri, terkadang bersama anak bini, terkadang dengan rakan-rakan senegeri ke setiap ceruk rantau muktamar PAS diadakan.

Kami hadir sebagai pemerhati, bukan mahu adili siapa salah siapa berbiri. Maka bayar wang pendaftaran muktamari RM5, tidur di masjid terkadang dihalau siak atau pengerusi Masjid. Bangun dari mimpi pagi tanpa gosok gigi bergegas bersarapan terkejar ke sana kemari mahu ikuti persidangan atau perjalanan Muktamar. Terkadang masa yang dikorbani ada 5 hari atau ada juga 3 hari dengan bajet amat terhad. Makan nasi bungkus dah dibiasi. Tinggalkan anak isteri demi perjuangan ini. semuanya kerana mahukan perjuangan ini direalitikan. 

Kami marah pada diri kenapa Islam belum menang, menang lagi. Bila mahu menang. Bila Islam hendak didaulatkan, biarlah kami sempat nimati sebelum mati.

Apa yang dicakap ulama kami amat mengerti, kami diertikan apa itu gerakan Islam, dan apa itu Tahlul Siasi. Kami difahami, kami disidangi, kami disyarahi...

Tetapi kenapa akhirinya jadi begini...mahu tinggal dan tanggalkan persepakati dengan PR ? why...why... Generasi Y



PEMIKIRAN POLITIK ISLAM MODEN

MEMAHAMI ISTILAH
Gerakan Islam atau Islamic Movement adalah istilah popular yang digunakan pada awal 80an bagi menggambarkan kumpulan Islam yang bergerak untuk mengembalikan kehidupan Islam dalam segala kehidupan manusia.
Gerakan Islam melibatkan mobilisasi sosial, ekonomi dan pendidikan bagi mengembalikan jati diri dan identiti umat Islam daripada menjadi ratahan Barat dari sudut militari dan pemikiran.
Itulah retorik yang membentuk dalam apa yang dikenali oleh Barat sebagai The Resurgence of Islam. Istilah Parti Islam menjadi lebih kecil dibandingkan dengan istilah Gerakan Islam di mana aktiviti politik berpilihanraya hanyalah sebahagian daripada skopnya.
SUSUR-GALUR
Iran-revolution-ap-543Islam sebagai entiti kekuasaan hanya muncul selepas Revolusi Iran pada tahun 1979. Gerakan Islam diberikan satu kekuatan baru bahawa perjuangan Islam mampu membentuk sebuah entiti kuasa negara malah berupaya menggugat kuasa besar Amerika yang selama ini ditanggap sebagai kebal. Isu samada ia kemenangan Islam ataukah kemenangan Syiah belum mendapat perhatian kerana dunia Islam menganggap ia adalah kemenangan Islam.
Melusuri selanjutnya ialah kemenangan di Turki yang telah mengejutkan dunia, walaupun parti Erbakan hanya bertahan beberapa tahun sahaja. Algeria pada awal 90an turut menyaksikan skop politik Gerakan Islam menjanjikan masa depan yang cerah dengan kemenangan FIS (Front Islamic Salvation).
Namun harapan berkecai apabila kemenangan ini dibatalkan dan tentera mengambil alih. Algeria terpaksa melalui perang saudara berdarah beberapa tahun akibat kemenangan demokrasi dirompak oleh tentera.
ISTILAH POLITICAL ISLAM
failureOliver Roy memerhatikan perkembangan ini sepanjang tahun-tahun 80an dan 90an lalu merumuskan satu tesis yang cuba merasionalkan Islam dan kekuasaan serta bagaimana Islam menjadi entiti kuasa.
Beliau melihat Islam dalam entiti yang lebih luas dan menganggap kewujudan dan kemenangan Islam politik adalah peluang ekspresi terhadap anti-Barat dan bukan untuk memperkenalkan dasar-dasar alternatif.
Kelompok yang terlibat dengan Islam politik pada hemat Oliver adalah mereka yang tidak mengikut nasihat ulama Islam tradisional dan mewajarkan tindakan mereka untuk kepentingan politik semata-mata.
Political Islam juga dikaitkan dengan anti kemodenan sehingga ia dilihat gagal untuk membawa program pembangunan untuk rakyat. Oliver merumuskan ianya sebagai “The Failure of Political Islam” justeru menjadi bahan pemikiran untuk menafikan kemungkinan peluang Gerakan Islam menjadi pemerintah.
POST-ISLAMISM
Post-Islamism adalah satu tesis menggambarkan keadaan kuasa Islam setelah memegang tampuk pemerintahan hilang momentum legitimasi retorik yang didapatinya lalu tertekan kepada suasana dan kehendak semasa dan seterusnya cuba menjenamakan dirinya semula setelah pengalaman-pengalaman lampau kekuasaannya menerima kritikan dari orang ramai.
Menariknya teori ini kerana ia mengambil pengamatan terhadap Republik Islam Iran pada tahun 90an yang melalui perubahan-perubahan dalam struktur masyarakatnya yang cuba memisahkan diri dari penguasaan negara ke atas kehidupannya untuk mendakap realiti.
downloadPendiri teori ini ialah Asef Bayat seorang tokoh akademik berbangsa Iran yang tinggal di Barat. Asef juga menganggap andaiannya hanyalah konstruk pemikiran empirikal terhadap fenomena Islam di pesada kuasa dan bukan analisis secara kategorikal.
Beliau bercakap tentang realiti yang ‘memaksa’ semangat Islam yang membentuk jalan mereka ke arah kuasa, kini memerlukan penjenamaan semula di mana asasnya ialah dari sekadar tema ‘tanggungjawab’ kepada ‘hak’ dan dari sumber kuasa tunggal kepada menerima kepelbagaian dan dari perspektif teks kepada memahami pensejarahan teks dan dari masa kegemilangan lampau kepada masadepan.
Pemikiran ini seolah melakarkan asas kepada kewajaran Islamis menggunakan ‘apa’ dan ‘bagaimana’ dari sudut strategi dalam konteks tekanan masyarakat sivil, demokrasi dan hak asasi manusia.
MENGAPA PENTING SUSUR-GALUR?
Kefahaman melihat perkembangan pemikiran politik Islam penting untuk kita memahami apa yang mencabar Gerakan Islam hari ini dari sudut kemampuannya berada dalam aturcara demokrasi dan masyarakat sivil yang membentuk asas sebuah negara hari ini.
Memindahkan persepsi sesetengah pihak khususnya Barat daripada tanggapan Islam fobia bukanlah mudah walaupun model keterlibatan Gerakan Islam dalam demokrasi digagalkan sendiri oleh golongan sekular-liberal yang mengusung demokrasi ke sana-sini.
Namun apa yang lebih penting dan utama ialah sejauh manakah kejelasan Islamis dalam perjuangan politik mereka memahami bahawa mengimbangi antara prinsip dan mendakap realiti adalah sebahagian daripada ilmu Islam itu sendiri dan bahawa ia memerlukan kepimpinan yang tajam pengamatannya kepada realiti tanpa perlu hilang prinsip.
Nama-nama yang disebut dari pendiri pemikiran ini seperti Oliver Roy dan Asef Bayat hanyalah pengamat dan menukilkannya mengikut disiplin akademik.
Kepimpinan Gerakan Islam yang terlibat dalam kerangka politik tidak semesti menerima konstruk pemikiran ini tetapi ia akan membantu mereka untuk membuat satu tindakan pengimbangan antara prinsip keyakinannya dan realiti yang dihadapinya.
Oliver atau Asef bukan aktivis, yang menentukan betul atau tidak teori mereka ialah penggerak dan kepimpinan Gerakan Islam sendiri.Bersediakah aktivis politik Islam membentuk kekuatannya sendiri dari susur galur pemikiran ini?
IMPLIKASI
Kepimpinan politik Islam perlu membuat keputusan untuk menjenamakan dirinya supaya ia terus kekal relevan dan mampu memberi alternatif politik baru.
Politik baru bukan pemisahan dari asas dan prinsip perjuangannya tetapi adalah legitimasi kewujudannya melalui penyegaran dan rejuvenasi.
Hanya dari kejelasan ini Gerakan Islam mampu bangkit, bersediakah kita mengekalkan legitimasi kewujudan dan kerelevenan kita lewat susur galur pemikiran politik Islam kontemporari?

KDU: Mahu bawa PAS ke mana ?

Isu panas kelmarin adalah kekalutan dalam PAS. Kali ini, pencetus khabar baru adalah daripada Ulama.

Ada dua versi pandangan, pertama sudah dijelaskan oleh Dato TG Presiden bahawa kerjasama PAS dalam PR hendaklah dikaji untuk dibuat penambahbaikan. Bukannya dikaji bagaimana cara mahu tinggalkan PR ini.

Ramai rakyat, membaca seruan daripada KDU (Ketua Dewan Ulama) sebagai saranan sungguh-sungguh dan bukannya olok-olok. Parameter bacaannya kerana kekalahan PAS dan penolakkan undi Melayu pada PRU yang lepas.

Kita tunggu sahaja, apa reaksi Pak Subky Latif dalam hal ini. Melalui MSO (Mohd Sayuti Omar) penulis prolifik yang digeruni kawan dan lawan. Beliau adalah orang pertama yang membahaskan secara kritis dan menyanggah pandangan KDU PAS ini.

Kini, ramai yang mentertawakan dan mempersendakan 'kita atas halatuju ' Multaqa berkenaan. Pertemuan seumpama itu, adalah bagaimana dakwah, manhaj dan sebagainya diperkasa kepada massa. Sementelahan dalam bertembung dengan 'Genarasi Y' yang sentiasa mempersoalkan itu dan ini.

Kini, ramai kawan-kawan kita makin bercelaru. Di mana imej PAS sebagai parti islam. Penulis tertarik dengan ulasan blog Dr Mujahid Yusof Rawa dalam soal Gerakan Islam dan Dakwah. Yang seratus peratus meniru modes operandi Ikhwan Muslimun Mesir.

Nampaknnya 'peperangan dan perdebatan' besar bakal berlaku pada Muktamar akan datang. Ibarat kata TGNA , PAS jangan 'beri pelampung kepada Umno'.

Inilah luahan penulis, yang kerdil dan amat menyayat hati bilamana parti yang ku sanjungi dan dokongi akan jadi begini

 
Pas dalam PR tak rugi, tegas Nik Aziz
  • Nik Abdul Aziz Nik MatMursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 1 / 1 
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan keberadaan parti itu di dalam PR bukan satu kesilapan sekaligus merugikan.

Menurutnya, keputusan Pas bekerjasama dengan PKR dan parti dalam PR telah membawa parti itu ke depan dalam pentas politik negara.

Beliau berkata, Pas juga berjaya mempersembahkan Islam dengan baik kepada orang bukan muslim berbanding Umno melalui kerjasama dengan PR.

"Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa Pas ke hadapan pentas politik di Malaysia.

"Lebih bermakna daripada itu, Pas berjaya mempersembahkan Islam kepada bukan Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Tambahnya, kerjasama Pas dengan PR adalah misi sebenar parti itu.

"Di sinilah letaknya misi sebenar Pas di dalam PR.

"Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihan raya, tetapi juga perlu diingat Pas sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik," katanya.

Semalam, resolusi Mulataqa Ulama Pas meluluskan supaya Pas melihat semula kerjasama politik bersama pakatan pembangkang serta menyarankan agar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang memberi ruang munasabah kepada ulama haraki Pas.

Mulataqa juga mahu ulama haraki Pas mengukuhkan gerak kerja menghadapi dan menangani pemikiran yang merosakkan umat Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, langkah ia wajar berikutan kebelakangan ini berlaku pelbagai perkara yang melemahkan Pas selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi itu sendiri.

"Saya harap Pas Pusat segera menubuhkan jawatankuasa khas untuk kaji dan menilai semual kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas termasuk Tahaaluf Siyaasi terutama dengan PR sejauh mana ia menguntungkan Pas," katanya.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata, kajian semula tahaluf siyasi yang diumumkan Harun adalah keputusan kolektif pimpinan Pas yang diperkuatkan melalui muktamar tahunan yang berlangsung selepas PRU 2008.

Nik Abdul Aziz juga turut mengucapkan tahniah kepada ulama yang bermultaqa, semalam.

"Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam.

"Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan Pas sebagai parti politik yang berdasarkan Islam," katanya lagi.

Blog Breakdown: Maaf

Hampir satu minggu google crom bermasalah. Payah untuk posting

Perantaukite...

Tuesday, September 03, 2013

TERIMA KASIH KERAJAAN : SEMUA JENIS MINYAK BAKAL NAIK

Kemenangan berganda UmnoBn, bagi kali ke 13 memerintah negara ini belum cukup. Selain, atas nama merancang demi untuk rakyat. Atas nama pembangunan demi pembangunan, daripada rakyat kepada rakyatlah,  juga harga minyak kelmarin diumumkan naik. 

Tahniah tidak terhingga kepada kerajaan atas kekalan memerintah negara ini. Rasanya masih tidak terlambat. Buatlah apa yang perlu dibuat, berilah alasan atas nama alasan rakyat.

Penulis  bertanya beberapa rakan membuat tinjauan rambang di pagi hari. Semua memberi reaksi 'tahniah' yang bermakna. Tetapi pelik lagi hairan bila tiba pilihanraya, UmnoBn tetap kekal menang membentuk kerajaan.

Atas asas hipotesis apakah kajian ini mahu disandarkan. Umno Bn bila pilihanraya tetap kekal akan menang. Hairan ya...

Perhatikan pandangan pakar tentang Subsidi Yang Kerajaan Bangga-Banggakan


Sinar Harian dedah penipuan subsidi minyak yang tidak wujud?

sinar harian minyak subsidi
sinar harian minyak subsidi

Sumber sisipan Sinar Harian: Apa Kesan Harga Minyak Naik?

Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara

Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.

Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.

Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.

Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.

1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?



HAMID YEOP:

Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.

Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.

Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).

2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?

HAMID YEOP:lawak minyak naik

Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.

Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.

3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?

HAMID YEOP:

Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.

Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.

4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?

HAMID YEOP:

Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.

5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?

HAMID YEOP:

Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.

Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.

Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.

Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.

6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?

HAMID YEOP:

Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.

Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.

Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.

Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini'menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.'

Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.

7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?

HAMID YEOP:

Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.

Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.

Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.

Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).

Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.

Benarkah stok minyak kita akan habis?

HAMID YEOP:

Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.

Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.

9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?

HAMID YEOP:

Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.

10) Akhirnya apakah harapan Prof?

HAMID YEOP:

Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi 'World Reserved Bank'.

Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)

oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN



Sunday, September 01, 2013

Bolasepak pun tipu juga - Tak selamat


PENGESAHAN daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis lalu bahawa mereka ada menerima maklumat mengenai kegiatan menjual perlawanan dalam saingan bola sepak Piala Malaysia 2013 yang sedang hangat berlangsung ketika ini sedikit-sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat sukan paling popular di tanah air itu.
Walaupun kegiatan tersebut masih belum terbukti, ia sudah cukup untuk membuat para peminat berasa curiga terhadap para pemain lebih-lebih lagi jika pasukan kesayangan mereka tumpas kepada pasukan-pasukan yang tidak sepatutnya.
Timbul pelbagai persoalan di benak fikiran mereka. Benarkah rasuah kembali menular dalam kancah bola sepak tempatan? Mengapa pemain sanggup melakukan perbuatan itu? Bagaimana pemain boleh berurusan dengan bookie-bookie? Adakah kegiatan rasuah itu turut melibatkan para pegawai?
Pastinya, apa pun persoalan yang timbul, semua itu telah mewujudkan satu senario yang kurang menarik kepada arena bola sepak negara yang sebelum ini pernah dikejutkan dengan detik hitam apabila sebahagian besar pemain Liga Malaysia (Liga M) terpaksa digantung kerana terlibat dalam pengambilan rasuah pada tahun 90-an.
Walaupun jauh di sudut hati saya masih mengharapkan amalan rasuah yang digusarkan oleh sebahagian besar peminat bola sepak tempatan ketika ini hanya sebagai satu 'tohmahan' daripada pihak-pihak tertentu, kadang-kadang kita terfikir juga 'kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang'.
Jika perkara ini benar, ia akan menjadi satu detik yang amat menyedihkan kerana semua peminat bola sepak yang selama ini sanggup menghabiskan wang, masa, ada yang tercedera ketika bertandang ke stadium kerana insiden-insiden tidak terduga dan kadang-kadang bagi mereka yang fanatik mungkin sanggup bertegang urat semata-mata untuk mempertahankan pasukan kesayangan mereka bagai ditipu 'hidup-hidup' oleh 'pelakon-pelakon' di atas padang.
Kadang-kadang terfikir juga, apa lagi yang pemain inginkan sehingga sanggup menerima rasuah.
Setahu saya, gaji yang diterima oleh sebahagian besar pemain yang bermain di Liga Super atau Liga Premier sangat besar dengan sesetengahnya menerima gaji mengalahkan gaji yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif di sesetengah syarikat.
Mungkin kerana sikap tamak haloba, habuan-habuan lumayan yang diberi oleh para bookie menjadikan pemain-pemain ini buta dalam mengejar kekayaan walaupun dengan cara yang salah.
Pemain-pemain ini sanggup membiarkan diri mereka menjadi 'kuda tunggangan' kepada para pengatur perlawanan demi memastikan impian mereka untuk mendapat habuan yang lumayan tercapai.
Pada masa sama, mereka sanggup menipu para peminat untuk menyaksikan 'lakonan' mereka di atas padang.
Bagaimanapun, kesannya sangat besar kerana perbuatan para pemain terbabit telah merosakkan nilai kepercayaan para peminat bola sepak yang selama ini memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada pasukan kesayangan masing-masing serta menghancurkan sukan bola sepak itu sendiri.
Untuk para pemain terbabit, percayalah, harta menimbun yang diperoleh itu bukanlah satu jaminan untuk kita terus hidup dalam dunia ini, satu hari kita pasti akan pergi jua dan harta-harta itu akan ditinggalkan.
Lebih sedih nama kita akan diingati bukan sebagai seorang hero tetapi sebagai petualang dan ia akan melekat serta menjadi bahan rujukan hitam untuk generasi akan datang dan mungkin sampai bila-bila.
Seharusnya, pihak berwajib terutamanya Persatuan Bola Sepak Malaysia, persatuan bola sepak negeri dan SPRM perlu melihat gejala rasuah dalam bola sepak ini secara serius dan langkah-langkah tegas perlu segera diambil bagi membendung kegiatan haram ini daripada terus berleluasa.
Satu langkah yang konkrit perlu dilakukan untuk memastikan amalan haram ini dapat dicegah atau mereka yang terlibat diseret ke muka pengadilan dengan segera.
Jika kita biarkan amalan ini berterusan, mutu bola sepak negara bukan sahaja akan berada di takuk lama, malah mungkin akan menjadi lebih teruk dan Malaysia tidak mungkin akan menjadi kuasa besar dalam acara sukan paling popular di dunia itu.
Bagaimana kita mahu menjadi kuasa besar dalam bola sepak jika dalam setiap pasukan ada pemain-pemain yang bersifat 'api dalam sekam' seperti ini.
Moral pemain-pemain yang jujur dan benar-benar bermain untuk kejayaan pasukan pula pastinya akan terjejas kerana rakan mereka di dalam pasukan yang sama bertindak 'menikam mereka dari belakang'.
Sehubungan itu, semua pihak perlulah bersatu untuk menangani masalah ini dengan tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa jika mereka mengetahui sebarang maklumat mengenai aktiviti menjual perlawanan.
Pihak berkuasa pula perlulah bersungguh-sungguh untuk menghapuskan gejala ini dalam sukan bola sepak negara.