Saturday, August 17, 2013

Isu Ibadat Di Resort : Roboh Surau Sisi Siapa Salah ?

Bolehkan kita gunakan 'Marahkan Nyamuk Kelambu Di bakar'. Terkejut dengan paparan sebuah resort di Tg Sedili Kota Tinggi yang pemilik seorang Islam membenarkan penganut agama lain jalani ibadat dalam surau resort berkenaan.

Selepas pendedahan itu, kerajaan Bn Johor  malu besar. Reaksi segera darpada JAIJ dan oenasihat agama JAIJ 'ingin merobohkan surau berkenaan'. Paling malang pengusaha resort berkenaan yang membelanjankan wang yang banyak bina surau berkenaan di reman selama 4 hari.

Bayangkan, undang-undang negara kita. Bawah akta dan kesalahan apa yang digunakan? Sampai perlakuan sedemikian hendak diambil. Penulis terbayang tindakan ke atas Ayah Pin , diklasifikasikan majlis fatwa sebagai ajaran sesat. Maka baru tindakan meroboh penempatan, monumen dan tempat peribadatan ayah Pin dirobohkan.

Adalah malang undang-undang negara kita kini? Mujurlah dalam hal ini Karpal Singh senyap sahaja. Jika tidak jika beliau ;berbunyi; tentuah beliau akan didakwa rasislah pulak.

Episod ini, adalah episod memalukan Islam di negara kita. Selepas 56 tahun, kita kutuk penjajah Britih yang memesongkan akidah dan sebagainya dek kerana Barat. Maka selepas 56 tahun, kita terkial-kial nak menghukum pelaku dan tindakan rakyat Islam yang tersalah faham.




Bertindaklah tapi bukan roboh surau!

Subky Latif,15 Ogs 2013
Semua pihak yang berkenaan – polis, Jabatan Agama Islam Johor, istana dan lain-lain – telah mengambil langkah sewajarnya bagi menjernihkan kejadian menjolok mata di resort Sedili Besar, Kota Tinggi.

Memang menggemparkan surau yang disediakan untuk pekerja dan pelanggan Islam dari jauh dan dekat beribadat, telah dimanfaatkan oleh pelancong Buddha menyembah dan memuja tuhannya.

Ia kejadian yang tidak wajar berlaku, tetapi kejadian itu adalah satu perkara bagi mengkritik kecuaian umat Islam umum dan khusus yang tinggal berdekatan dengan resort itu. Semua bumi Allah ini tempat yang suci bagi didirikan rumah ibadat sesuai dengan keadaan sekitar. Ia wajar dimakmurkan. Apabila orang Islam tidak memakmurkannya, maka diisi oleh suatu yang lain.

Sama seperti rumah atau bangunan yang tidak dihuni, ia akan  diisi oleh jin. Justeru jangan biarkan rumah kosong lama. Kalau jin tidak masuk di zaman ini, si rempit dadah akan bertenggek di situ.

Kiranya pekerja-pekerja resort dan jiran-jiran yang berdekatan selalu solat di surau itu, nescaya tiadalah orang lain mencemar bangunan suci.

Kejadian itu satu kritikan kepada kesibukan orang Islam mengisi pembangunan meterial, maka tempat ibadat yang disediakan telah terabai.

Pernah saya terbaca satu kisah pada zaman salah Nabi Daud AS atau Nabi Sulaiman AS. Justeru kesibukan dengan urusan pemerintahan dan isteri yang ramai, maka seorang isterinya telah mengadakan berhala sesuai dengan kawasan bilik kediamannya. Tidak wajar kediaman Nabi ada penyembahan menyengutukan Allah.

Kejadian ini adalah satu kritik bagi menyedarkan Nabi itu kejadian seperti itu boleh berlaku jika terdapat kecuaian sekalipun kecil. Kejadian ini bagi mengingatkan Nabi tadi supaya sentiasa berwaspada. Kejadian di Sedili Besar itu adalah ingatan kepada sekalian umat Islam khususnya penguasa umat Islam supaya sentiasa waspada terhadap semua urusan orang Islam.

Syukur kejadian di resort itu telah menyedarkan umat Islam supaya jangan mensia-siakan nikmat surau yang didirikan. Isi ia dengan ibadat sekalipun oleh seorang setiap waktu atau setiap  hari. Jika ada orang memanfaatkannya, maka tidaklah ia dimanfaatkan oleh kegiatan agama lain.

Apa tindakan yang akan disambil terserah kepada pihak berwajib di situ, tetapi saya tidak setuju cadangan merobohkan surau itu atas sebab ia tidak didaftarkan atau kerana ia telah dicemar oleh  kegiatan bukan Islam.

Surau itu tidak ada apa-apa kesalahan. Jika gereja Aya (Saint) Sofia di Konstantinopel ditukar menjadi masjid apabila kota itu menjadi Istambul, dan banyak gereja di England dibeli bagi dijadikan masjid, maka mengapa surau sekalipun pernah dicemar mesti dihukum roboh.

Isi ia dengan kegiatan Islam. Jangan cerewet kerana ia tiada sijil izin kadhi maka ia dikira haram lalu boleh diroboh. Isu kiblat tidak tepat bukan hujah surau diroboh atau tidak boleh buat surau. Pihak berkuasa tempat  yang memberi izin pembinaan resort, hotel atau homestay wajar mengingatkan pemaju mendapat panduan arah kiblat yang tepat.

Resort kini bukan sekadar tempat makan angin atau penginapan bagi pengembara, tetapi ia menjadi tempat seminar dan mesyuarat. Maka pelanggan memerlu dewan solat dan lain-lain kegiatan. Jangan lihat pembinaan surau agak besar sebagai usaha menundakan masjid mukim. Perlu dimaklumkan bukan tempat solat Jumaat.

Adapun bagi pengunjung berkumpulan bagi agama selain Islam yang menginap di resort perlukan ruang kegiatan agamanya, resort boleh fikirkan satu tempat lain tetapi bukan mengisi surau yang tidak gunakan oleh umat Islam. Lainlah kalau umat Islam selluruhnya sudah tidak mahukan agamanya lagi.

No comments: