Sunday, June 23, 2013

Siapa tiru siapa ?

Salahkah mereka ? Mereka hanya cuma mahu mencari keseronokan. Siapakah yang mengasuh mereka. Dalam situasi ini, rakan penulis selalu berhujah bahawa kita semasa muda pun pernah lalui pengalaman sebegini.

Pemikirannya sama dengan pemikiran Dr M. Cara fikir adalah sama denga cara Dr m fikir dan macam dr M berhujah sama. Justeu, siapa tiru siapa ?

Buat maksiat dalam pesta buih

SEBAHAGIAN daripada pengunjung sebuah pub yang ditahan selepas pihak berkuasa 
menyerbu pesta liar mandi buih di Jalan Yap Kwan Seng semalam.


KUALA LUMPUR - Sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati 47 remaja Melayu begitu asyik melakukan aksi sumbang sambil mandi buih ketika menghadiri satu pesta liar di sebuah pub di Jalan Yap Kwan Seng di sini kelmarin.
Lebih memeranjatkan apabila tiga daripada mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan lima yang didapati turut terkinja-kinja dengan seluruh badan dilitupi buih. Baju yang dipakai lencun hingga menampakkan susuk tubuh mereka.
Serbuan pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan dibantu anggota polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Daripada jumlah itu, 38 merupakan lelaki manakala bakinya perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun.
Difahamkan, pelanggan dikehendaki membayar RM40 untuk menyertai parti liar tersebut.
Parti itu sering dianjurkan di premis berkenaan tetapi ia tidak khusus pada hujung minggu sahaja. Penganjur akan mengadakan parti berkenaan pada hari-hari tertentu mengikut permintaan pelanggan tetap.
Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut menahan dua pemilik premis berusia dalam lingkungan 30-an yang dipercayai penganjur parti mengikut Seksyen 35 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana menggalakkan maksiat.
Tinjauan mendapati, ketika diserbu, kesemua pelanggan tersebut sedang asyik menari mengikut alunan muzik rancak sambil tubuh mereka diselaputi buih serta memakai pakaian seksi seperti bikini.


No comments: